Setelah 6 bulan berada di hospital akibat komplikasi selepas bersalin ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu, akhirnya Nur Fadilla telah dibenarkan keluar wad ICU dan pulang ke rumah.
Walaupun keadaannya hanya terlantar dan masih tak mampu untuk bergerak, sekurang-kurangnya dah banyak perubahan yang ditunjukkan olehnya atas semangat dari suami dan anaknya, Muhammad Syahmi serta ahli keluarga.
Menerusi perkongsian di Facebook kakaknya, Hasirah Nujiey mereka sekeluarga mengucap syukur kerana adiknya telah keluar hospital dan berada di rumah untuk melihat sendiri anaknya membesar di depan mata.
Memandangkan sejak melahirkan anaknya hinggalah Syahmi berusia 6 bulan, Fadilla tak boleh nak jaga anak cuma air mata sahaja menandakan dia betul-betul rindu.
Ads
Berikut luahan hati Hasirah setelah Fadilla dibenarkan keluar hospital.
Alhamdulillahh.. Moklaa dah boleh discaj… Terima kasih pd yg mendoakan moklaa… Hanya Allah yg dpt bls jasa kalian… terima kasih juga pd semua staff ICU INTaN…
Ads
Satu ketika dulu… 14.11.2018... Moklaa berjalan tanpa bantuan turun dari rumah.. utk menuju ke hospital demi melahirkan zuriat mereka berdua…
Waktu itu mokla sgt sihat.. tiada lg tanda2 utk melahirkan… sesampai di hospital.. mereka suami isteri berjalan menuju ke ward utk menyerahkan diri… berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda mahupom katil bertayar..
Ads
03.06.2019... Mokla pulang ke rumah.. setelah 6bln berumah di ward ICU INTAN HRPZ II…
Tetapi…..
Kepulangan mokla kali ini meruntun jiwa seluruh Ahli keluarga kami…. Mokla tak boleh berjalan sendiri.. Perlukan bantuan org sekeliling utk angkat mokla ke katil…
Walaupom begitu.. Kami bersyukur ke hadrat illahi.. kami terima segala kekurangan moklaa.. Allah sudah atur segalanya…
“Tolong… sakit.” Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang sarat lapan bulan bersama suaminya Shahril Apipie Mokhtar, 29, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Turut maut ialah Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia Bambang Sulisto, 39.
Saksi kejadian, Mohd Haziq Haikal Jamri, 15, berkata sebelum kejadian dia membersihkan kawasan terbabit dengan mengalihkan kayu sebelum pulang ke kediamannya di belakang rumah mangsa.
Katanya, tidak lama kemudian dia terkejut selepas terdengar bunyi dentuman dan terus bergegas ke luar untuk melihat apa yang berlaku.
Jerit Minta Tolong, Beritahu Sakit
“Ketika itulah saya terdengar kakak (Wan Hasheliza) menjerit meminta tolong dan memberitahu sakit.
“Suaminya pula ketika itu sedang cuba menyelamatkannya sebelum jiran lain juga datang membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, keadaan kecoh itu tiba-tiba bertukar senyap dan mereka tidak bergerak serta kaku sebelum terlihat tangan jiran terkulai.
Sementara itu, ibu kepada Haziq, Norazila Saad, 34, berkata pasangan suami isteri terbabit menyewa di rumah berkenaan sejak Disember lalu.
“Saya memang rapat dengan pasangan ini dan wanita terbabit sedang mengandung anak sulung mereka.
“Dia juga kelihatan gembira mengemas barang untuk balik ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Haji dan bersalin di sana,” katanya.
Tak sempat makan pulut ikan masin
Katanya, jirannya berkenaan sempat meminta dia memasak pulut berinti kelapa dan ikan masin, kelmarin kerana berkemungkinan mengidam.
“Sepatutnya dia menjamah (pulut berinti kelapa dan ikan masin) petang ini (semalam), namun tidak kesampaian malah saya juga sudah siap memasak pulut itu.
“Sepanjang mengenali mereka, pasangan terbabit sangat baik dan tidak kedekut,” katanya ketika ditemui.
Pilu tak berdaya bantu abang ipar
Detik memilukan buat seorang lelaki apabila melihat abang ipar dan dua jirannya maut terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan seorang wanita hamil, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita berkenaan tersepit di bawah runtuhan tangga sebuah rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, semalam.
Malah, Rahmat Selamat, 33, berkata, dia bersama dua jiran lain hanya mampu menunggu sebaik menyedari abang iparnya, Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan tiga jirannya berada dalam keadaan kaku.
Katanya, ketika kejadian dia bersama abang iparnya dan dua lagi lelaki sedang memotong rumput sebelum terdengar bunyi dentuman kuat selain suara wanita menjerit.
“Ketika kami sedang memotong rumput, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan disusuli suara wanita menjerit.
“Kami berempat termasuk arwah abang ipar terus berlari ke arah bunyi berkenaan sebelum mendapati berlaku runtuhan di salah satu unit rumah yang terletak 20 meter dari lokasi kami,” katanya.
Katanya, sebaik mereka berempat sampai di rumah berkenaan, dia melihat jirannya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, menyelinap masuk ke bawah runtuhan tangga konkrit bagi menyelamatkan isterinya Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29.
Katanya, mereka kemudian cuba mengangkat runtuhan berkenaan bersama jiran warga Indonesia Bambang Sulisto, 39, yang datang untuk membantu.
“Pada waktu itu, kami berlima cuba mengangkat runtuhan dari sebelah hadapan tangga, namun gagal sebelum Bambang dan abang ipar saya masuk ke dalam rumah untuk mengangkat runtuhan dari dalam.
“Namun, sebaik Bambang memegang batu, dia menjerit ‘karan’ (arus elektrik) sebanyak dua kali sebelum melihat lelaki itu serta abang ipar kaku terdiam, tidak bergerak,” katanya.
Rahmat berkata, pada waktu itu mereka menyedari terdapat arus elektrik di situ dan cuba memanggil nama Bambang dan Radzi beberapa kali, namun tidak berjawab.
“Kami hanya mampu melihat sahaja mereka, tanpa dapat membantu apa-apa kerana khuatir terkena arus elektrik berkenaan,” katanya.
Bukan mudah nak mendidik anak-anak melakukan kerja rumah, semuanya perlu bermula ketika usia mereka masih kecil. Berikan tugasan yang mudah bermula usia 2 tahun seperti mengemas mainan sendiri dan seterusnya berikan tugas sesuai mengikut usia umurnya.
Sama seperti ibu ini, dia mula mengajak anaknya sentiasa membuat kerja rumah sejak kecil agar mereka faham tentang tugas dan tanggungjawab. Hasilnya, anak sulung ini pandai menguruskan rumah mampu menguruskan adik-adik ketika ibu sedang berpantang,. Ikuti perkongsian penuh
Dari umur 4-5 tahun dia dah mula tolong mommy dekat dapur. Dia selalu tolong mommy. Dan mommy suka suruh dia join buat kerja rumah.
Mula-mula ramai orang cakap mommy hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini mommy dalam berpantang bersalin).
Selama 9 hari mommy pantang, yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy kakak Princess Eysha..
Walaupun umur kakak baru 11 tahun.. Mommy sangat bertuah adanya kakak hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak😭😭.. Kalau takda kakak macam mana lah mmy agak nya..berpatang dalam pkp ni..
Dengan rumah semua setiap pagi kakak kemas setiap pagi kakak mop.. Suapkan nasi untuk adik jagakan baby bila mommy mandi.. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy..
Macam tak percaya kakak buat semua ni 😭😭 mommy menangis sebab terharu… Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nk buat lagi.. stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni..
Tandas atas bawah semua kakak cuci.. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.. Sofa 3 kali seminggu kakak lap.. Takut habis berhabukk..
Ya allah aku bersyukur kau hadirkan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak eysha..rajinnya tak boleh bawa bincang🤲🤲🤲
Alhamdulillah tq juga daddy, pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecutkan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah 🤭🤭
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat kecuaian orang lain, orang lain pula yang jadi mangsa. Ini yang berlaku pada satu keluarga apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah dilanggar oleh kereta yang sehingga hari ini belum dapat dikenal pasti lagi.
Detik cemas yang melibatkan Abdul Azim sekeluarga ini ibarat satu mimpi ngeri yang tak akan dilupakan sampai bila-bila sehingga melibatkan mereka sekeluarga cedera dan kereta rosak teruk.
Dilanggar dari belakang, kereta melambung sehingga ‘melekat’ di pokok
Apa beza kamu dengan pembunuh yang membunuh kanak-kanak dan wanita? Ya kamu sama tiada bezanya! Itulah kami tujukan kepada pelanggar lari yang melanggar kenderaan kami. Kamu hampir membunuh kami berempat sekeluarga.
Menceritakan kisah itu, Abdul Azim memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12 tengah malam pada 14 Mei 2020 (khamis) yang lalu di mana dia bersama isteri dan dua orang anaknya baru sahaja pulang dari rumah abang ipar di Taman Desa Mutiara, Johor.
Dia menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang untuk pulang ke rumah mereka yang terletak di Taman Uda Utama. Ketika dalam perjalanan, kereta yang dipandunya berada di lorong kiri dengan kelajuan yang sangat sederhana. Pada ketika itu, mereka sekeluarga terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakang kanan tempat pemandu sebelum kereta tersebut terbabas dan melambung sehingga ‘melekat’ di pokok.
Rugi hampir RM25k, kereta declare total lost
Lebih mengejutkan apabila melihat isteri dan anak lelakinya yang baru sahaja berusia 3 tahun telah terpelanting keluar sementara dia dan anak perempuannya yang berumur 8 tahun masih berada di dalam kereta. Keadaan ketika itu sangat cemas lebih-lebih lagi apabila mendapati anak lelakinya yang berada di kawasan semak samun dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan isterinya sudah meraung kesakitan. Tetapi malangnya tiada satu kenderaan pun yang berhenti untuk membantu kerana keadaan jalan pada ketika itu agak gelap.
Menurut Azim, kenderaan yang melanggar keretanya juga tiada di situ. Tanpa berfikir panjang, Azim menghubungi abang ipar dan ibu mertuanya untuk meminta pertolongan dan akhirnya selepas 20 minit mereka tiba di lokasi kejadian. Mereka sekeluarga kemudian di bawa ke hospital dengan menaiki ambulans.
Kereta yang melanggar kami adalah sangat-sangat laju sehinggakan kami boleh melambung berpusing sebanyak 4 hingga 5 kali. Kami sekeluarga mengalami kerugian hampir RM25 ribu kerana kenderaan kami di declare total lost dengan kos rawatan hospital ubat ubatan yang ditanggung oleh pihak kami sendiri!
Harap dapat pengadilan, syukur keluarga masih selamat
Sementara itu, Azim turut meminta pelaku yang telah melanggar keretanya itu supaya tampil bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukannya. Tambahnya lagi, dia dan keluarga akan discharge dari wad tetapi mereka masih dalam proses penyembuhan dan perlu berulang ke hospital selama 2 hingga 3 bulan untuk kembali sihat seperti sedia kala. Dia juga turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa dia langsung tidak perasan jenis kenderaan dan nombor plat kereta yang melanggarnya itu. Difahamkan, mereka akan membuat laporan polis dan mendapatkan rakaman CCTV di kawasan tersebut.
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu...