
Tiada ujian yang lebih berat buat seorang ibu selain kehilangan anak.
Namun bagi wanita ini, dugaan itu datang dua kali ganda apabila dua anak lelakinya pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati.
Pada awal Disember tahun lalu, dua beradik, Khalish Shahdan dan Qayyum Shaqeel, lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang berarus deras ketika cuba mengambil bola di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Perkongsian meruntun jiwa seorang ibu kehilangan dua anak serentak. Menerusi perkongsian ibu ini, kali terakhir dia melihat anak-anaknya adalah pada tengah hari Khamis, 4 Disember tahun lalu, ketika hendak pergi bekerja.
Sekitar jam 7.40 malam, ibu itu menerima berita yang meruntuhkan seluruh dunianya kedua-dua anaknya dihanyutkan arus dan masih belum ditemui.
Dalam hati, dia masih berharap. Berharap anak-anaknya berpaut di mana-mana, menunggu bantuan tiba. Namun Allah lebih menyayangi mereka.
Namun siapalah kita untuk melawan ketentuan Ilahi. Mayat si adik, Qayyum Shaqeel
, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 7.47 malam dan disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 10 malam.Selain itu dalam posting yang berbeza, ibu ini mendoakan kedua anaknya bahagia ‘di sana’ dan memohon tuhan mengampunkan doa kedua anaknya. Doa seorang ibu yang tiada penghujungnya buat anak tersayang. Bagaikan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati ibu ayah mana yang tidak sedih kehilangan anak serentak.
Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang. Kini, setiap doa seorang ibu mengiringi dua anak syurganya.
Sumber: Suzie Ibrahim