Orang tua dulu-dulu memang sangat mengambil berat mengenai penjagaan badan selepas bersalin. Selain bertungku dan berurut, mereka juga mengambil ubat-ubatan herba untuk kesan yang lebih mujarab. Yang paling penting, makan makanan berkhasiat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat.

Pendek kata, berpantang selepas bersalin bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Seperti perkongsian wanita ini, dia mengalami tumpah darah sebanyak tiga kali selepas menyapu sampah dan sental bilik air ketika berpantang.

Hari Ke-4 Pantang Sapu Sampah & Sental Bilik Air, Tumpah Darah 3 Kali. Keluar Macam Air Paip
Gambar Hiasan

Dalam pantang boleh sapu sampah tak?

Maaf sekadar ingin berkongsi dengan semua ibu-ibu yang bakal jadi ibu or tunggu masa nak bersalin atau tengah berpantang.

Pantang larang orang Melayu tradisional sebenarnya kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kalau difikir secara logik sebenarnya pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda or generasi akan datang.

Sekarang dah moden, kebanyakan kita banyak pertikaikan zaman tok nenek kita punya kepercayaan. Ada benda kita boleh ikut ada benda kita akan rasa mengarut, sebagai contoh macam pertanyaan puan isu :

“MENYAPU DALAM TEMPOH BERPANTANG”

Mek nak share pengalaman mek berpantang anak no 3 ni. Ikutkan rasa macam “Erhhh kenapa tak boleh sapu rumah pulak?” Takkan nak biar rumah bersepah? Okay nak dijadikan cerita, mek ni berpantang sendiri dan dibantu oleh suami. Ada anak kecik umur 5 dan 3 tahun yang boleh tahan lasak & excited nak “tolong” jaga baby baru ni.

IKLAN
Hari Ke-4 Pantang Sapu Sampah & Sental Bilik Air, Tumpah Darah 3 Kali. Keluar Macam Air Paip
Gambar Hiasan

Hari ke 4 mula menyapu, sental bilik air

Sumpah nak cakap bersalin no 3 ni rasa kuat betul, lepas bersalin boleh turun katil berjalan pergi wad. Lepas bersalin setengah jam masuk bilik air. Tak macam bersalin anak no 1 & 2 tu. Esok harininya boleh discaj dah balik rumah biasa la mata serabut tengok rumah bersepah penuh mainan berterabur sana sini, sakit mata wa!

Mula la aktiviti gatal tangan hari ke 4 pantang start menyapu bawah meja selepas makan sebab anak-anak makan nasi terabur. Masak, basuh pinggan macam biasa (walaupun suami dah jeling tak kasi buat)

Petang tu mandikan baby siap-siap kita pulak nak bertungku, suami keluar bawa anak-anak ke taman sebab kesian 2 orang kakak abang dia nak perhatian. Baby tidur lena, jadilah cerita mek “ringan tangan” pergi sental bilik air. Kemain syok tonyoh-tonyoh sental-sental berkilat bersinar menyinari hidupku. Lepas tu dalam hati ni rasa syukur sebab rasa kuat lepas bersalin no 3 ni. Suka sangat.

Hari ke 7 seminggu rutin macam biasa nurse akan datang cek postnatal. Masa ni nurse dah tegur kata muka mek pucat, mek anggap macam biasa je sebab normal la baru lepas bersalin kan. Elok hari ke 8 tu birthday encik suami dan anak sulung mek pun busy buat suprise dekat dorang, biasa dalam pantang tengah malam kita akan “tukar shift kerja malam” masa tu rasa sakit kepala sangat-sangat! Tapi boleh bangun menyusu macam biasa sebab ingatkan tak cukup tidur.

IKLAN
Hari Ke-4 Pantang Sapu Sampah & Sental Bilik Air, Tumpah Darah 3 Kali. Keluar Macam Air Paip
Gambar Hiasan

Hari ke 7 tumpah darah. Keluar macam air paip

Jam 12.30am mula la turun darah macam air ketuban tu banyak sangat-sangat orang tua kata “tumpah darah” terkejut sangat. Bagitahu dekat husband, husband ajak pergi hospital tapi pikir anak-anak nanti siapa nak jaga pepagi macam ni. Biar je dulu dalam sejam kalau jadi lagi baru pergi hospital. Tengok takde dah, dia stop sendiri. Arghh lega mujur takde pape. Hari ke 9 nurse datang cek lagi, cerita la dekat nurse apa yang jadi malam tadi. Dia tanya sekarang pening ke rasa nak pitam ke, mek jawab rasa pening sikit je. Dia pun cek BP (masa ni tengah baring) lepas dah siap semua cek ibu & anak, nurse nak balik elok mek berdiri jadi lagi weiii turun darah kali ke 2 dia turun macam air paip sekali gus tu. Allahu seram kalau ingat balik.

Kakak nurse tu pun terkejut, menjerit, cuak eh semua ada bila tengok reaksi muka dia haritu. Dia buat surat kena refer ke hospital. Kali ni baru rasa takut dalam kepala ni “aku nak mati dah ke ” kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku, siapa nak susukan baby yang baru 9 hari tu. Penuh emosi, fikir dugaan datang sebab mengandung no 3 ni macam-macam ujian datang. Ingat dah bersalin takde apa dah, rupanya datang lagi dasyat. Sedih emosi tak boleh cakap masa ni.

Rahim luka teruk

Sampai hospital biasa la doktor cek sana sini scan sana pergi sana pergi sini sebelum masuk wad, rupanya ada baki darah beku lagi. Rahim luka teruk. Time dorang cek tu jadi lagi darah turun sekali gus, maknanya kali ke 3 la jadi yang banyak ni.

IKLAN

So doktor pakar pun datang cek semua, biasa la on antibiotic sebab dah ada jangkitan dekat rahim kalau darah non stop dalam masa 24 jam kemungkinan buang rahim terus. Tapi alhamdulillah, keluar sikit-sikit tak banyak macam air paip sebelum ni.

Hari Ke-4 Pantang Sapu Sampah & Sental Bilik Air, Tumpah Darah 3 Kali. Keluar Macam Air Paip
Gambar Hiasan

Guna tenaga punca bleeding

Dalam duduk hospital tu emosi dia kemain, down sangat-sangat, doktor datang sorang sorang “interview” tanya buat kerja apa, ada angkat berat ke, berdiri lama ke pun mek sok seh sok seh nangis tak benti takleh jawab. Sedih betul. Semua family/org call mek reject tak leh cakap sebak dia tu tak tau nak cakap macam mana. Tengok muka husband mek datang pun mek banjir, memang tak nak jumpa siapa-siapa pun masa tu tak pasal duduk 5 hari 4 malam dekat hotel 5 star tu.

Dah keluar wad pun kena follow up untuk cek rahim, darah beku. Alhamdulillah beransur pulih. Tapi yang buat mek emosi tu sebab orang cakap kalau tumpah darah ni antara hidup dan mati je. Allahuakbar. Punca bleeding ni sebab kita guna tenaga dalam keadaan kita yang masih lemah, kita rasa diri kita kuat tapi sebenarnya dalaman kita masih tak okey, semua tu ambil masa nak jadi macam sebelum ni. Sebab tu la orang tua dulu-dulu pesan jangan menyapu, menyapu ni paling pantang!

So daripada peristiwa pahit berpantang anak no 3 ni baru mek sedar apa orang tua dulu larang tu ada la sebab dia. Bukan suka-suka tak bagi buat. Mula-mula tak percaya sebab anak no 1 dan 2 tak pernah pun jadi macam ni, tiba dia kasi pengajaran utk anak ke 3 ni. Sekarang pun masih dinasihatkan oleh doktor jangan angkat berat lagi, jangan lasak sangat dalam masa 3 bulan ni. Ok baiklah doktor saya memang serik.

TQ yang baca sampai habis, sebab panjang berjela ni gagah ye kome. Tq sangat ! Cerita ni kisah benar bukan rekaan semata-mata, hanya untuk berkongsi pengalaman untuk semua yang membaca post ni. Jadi berpantang la betul-betul ye mommies. Terima Kasih

Sumber : Oh Bulan via Suria Mohammad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI