Keibubapaan

Hari Lahir Arman Naza: Cucu Billionaire, Buah Hati Chryseis Tan Genap Usia 3 Tahun Pilih Tema Construction

Share

Hari Lahir Arman Naza menjadi antara momen paling istimewa buat keluarga besar Tan dan Naza apabila si kecil kesayangan ini genap berusia tiga tahun. Arman merupakan anak kedua  kepada Chryseis Tan dan SM Faliq SM Nasimuddin, dua nama besar yang cukup dikenali dalam dunia perniagaan tanah air.

Walaupun Arman masih kecil, kehadirannya sentiasa menceriakan suasana dengan senyuman manis dan gelak tawa polos yang membuatkan sesiapa sahaja mudah jatuh hati. Hari istimewa ini disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah, sarat dengan kasih sayang keluarga.

Sambutan Istimewa Anak Cucu Jutawan

Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal Dato’ Vincent Tan, bersama suaminya SM Faliq SM Nasimuddin yang juga pewaris empayar Naza Group of Companies, tidak pernah gagal mencipta kenangan manis buat anak-anak mereka.

Tahun ini, pasangan ini mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran buat Arman dalam suasana yang mesra keluarga. Majlis ini bukan sekadar meraikan pertambahan usia, malah menjadi simbol kesyukuran melihat anak membesar sihat dan ceria.

Tema Construction Jadi Pilihan

Bersempena Hari Lahir Arman Naza yang ketiga, tema Construction dipilih sebagai konsep utama sambutan. Agaknya Arman suka tengok cerita animasi Bob the Builder. Lebih manis, anak keduanya itu yang memilih sendiri tema berkenaan. Tema ini jelas mencerminkan  Arman seorang anak yang aktif dan lasak sebagaimana ciri-ciri seorang anak lelaki melalui perkembangan diri yang positif mengikut tahap usianya.

Dekorasi majlis dihiasi dengan elemen tapak pembinaan seperti lori simen, ekskavator mini, kon keselamatan dan warna-warna terang yang menyerlahkan suasana ceria. Konsep ini bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, malah turut mencuit hati para tetamu dewasa.

Arman kelihatan sangat comel mengenakan busana bertemakan construction lengkap dengan topi keselamatan mini. Penampilannya itu seakan-akan pekerja tapak binaan kecil yang penuh gaya dan keyakinan.

Momen Manis Bersama Keluarga

Antara momen paling mencuri perhatian dalam sambutan Hari Lahir Arman Naza ialah detik meniup lilin dan memotong kek bersama ahli keluarga terdekat. Arman kelihatan teruja apabila semua mata tertumpu kepadanya.

Sesi bergambar, bermain belon dan menikmati kek hari lahir menjadi antara kenangan indah yang dirakam sepanjang majlis. Walaupun majlis diadakan secara sederhana, suasananya tetap penuh gelak tawa dan keakraban.

Sambutan ini membuktikan bahawa kebahagiaan kanak-kanak tidak bergantung kepada kemewahan semata-mata, sebaliknya cukup dengan perhatian, masa dan kasih sayang daripada ibu bapa serta keluarga tersayang.

Ucapan Penuh Makna Buat Arman

Chryseis Tan yang juga merupakan usahawan produk kecantikan Lumi turut berkongsi kemeriahan Hari Lahir Arman Naza di media sosial. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang turut menitipkan ucapan doa.

Ucapan istimewa Chryseis jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya:

“Happy Birthday Arman! 💛 This cheeky yet lovable boy turns 3 today.
May you grow into a kind and responsible young man. We love you so so much!”

Sebagai seorang ibu, Chryseis meluahkan rasa syukur melihat anak keduanya itu membesar sihat, ceria dan sentiasa membawa kegembiraan dalam keluarga.

Keluarga Bahagia Chryseis Tan & SM Faliq

Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka iaitu Arianna Kyla Tan,5, SM Arman Naza , 3 dan bongsu SM Ariz Naza yang baru lahir pada 28 November  tahun lalu.

Semoga Arman terus membesar sebagai anak yang sihat, ceria, berakhlak mulia dan membanggakan keluarga. Sambutan Hari Lahir Arman Naza ini pastinya menjadi antara memori indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

 

Sumber: chrystan_x

Published by
Nor Yusoff