“Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.

Menurut Mohd Khairul, dia bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang disayangi berjaya ditemui tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN [Jasad Wanita Hamil & Ibu Mertua Ditemui Dalam Keadaan Berpelukan Selepas Dihanyutkan Arus Kepala Air]

Sepatutnya buat check up 

Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.

“Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi..” Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna

Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.

IKLAN

“Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.

“Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tak tunjuk banyak perubahan

Mohd Khairul Asyraf berkata, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.

Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.

“Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi..” Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna
Kenangan ketika majlis pernikahan. Kredit: Bernama

Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.

IKLAN

Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.

“Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi..” Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna

Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.

Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.

IKLAN

Kredit: Metro

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

“Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi..” Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI