Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlukan perhatian lebih. Mereka semakin lasak dan aktif bila mula pandai berjalan. Perhatian perlu lebih diberikan pada mereka, bimbang anak terjatuh dan paling ditakuti terkena kepala yang sememangnya cukup bahaya pada perkembangan anak-anak.
Bila anak dah mula panjat sana sini, mak ayah kenalah beri perhatian lebih, takut terjatuh. Inilah yang cuba disampaikan oleh suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang berkongsi mengenai kecederaan pada kepada anak.
Menurutnya, kecederaan pada kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak jika berada pada tahap serius. Dan hal ini sememangnya tidak boleh dipandang mudah oleh semua mak ayah.
Perlu berikan lebih perhatian pada anak-anak dan kenal pasti jenis kecederaan bagaimana yang membolehkan untuk mereka bertindak dan merujuk kepada doktor. Jangan terlepas pandang.
Ikuti perkongsiannya dan simptom-simptom yang patut dikenal pasti oleh mak ayah.
Ads
KECEDERAAN KEPALA BABY & BUDAK
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol atau lebam kat kepala dia. ?
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak (kalau kecederaan teruklah). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan atau mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Ads
Bila parents dah perasan anak tu ada benjol atau luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni.
Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swipe kiri kalau nak tahu simptom-simptom tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehlah monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau. Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
Ads
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan.
Jangan lambat bawa jumpa doktor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn.
Penggunaan puting sememangnya memudahkan ibu bapa untuk menenangkan bayi yang meragam tidak tentu masa atau yang suka mengempeng hingga menganggu rutin ibu.
Bagaimanapun, di sebalik nak mudah dan menenangkan anak terdapat kesan sampingan yang mungkin akan dialami bayi.
Antara kesan penggunaan puting ini ia selalu berkaitan rapat dengan jangkitan telinga. Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka.
Selain itu, penggunaan puting juga boleh buat gigi jadi jongang. Ini kerana, walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari.
– Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut.
– Pertumbuhan gigi yang tidak teratur.
– Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit).
– Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan.
Bagaimanapun, ada ibu bapa yang berpendapat, penggunaan puting yang diberikan pada anak bukanlah sepanjang masa tetapi pada waktu yang perlu sahaja.
Namun jika keadaan dah terpaksa untuk berikan puting pada anak, pastikan ibu bapa ambil tahu beberapa perkara ini.
Sumber: Klinik Dr Asmah & wanista
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seroang kanak-kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.
Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan IKU yang mempunyai masalah penglihatan.
Gambar-gambar yang tular di media sosial itu dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai John Cuenca Alterado yang kebetulan sedang berjalan-jalan di sekitar Cebu ketika sedang bercuti di sana.
Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan. Kanak-kanak itu juga dilihat setia menemani ibu dan ayahnya walau ke mana sahaja.
Daripada maklumat yang diperolehi dari penduduk sekitar mengatakan bahawa anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka sekeluarga menetap di Kawasan pergunungan.
Identiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Namun perkongsian gambar-gambar ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi kepada ramai pihak. Semoga ada yang sudi membantu mereka sekeluarga dan anak tersebut dapat menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak seusianya kelak. Kecil-kecil lagi dah berkorban demi keluarga.
Bersalin anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan: mitos atau realiti? Kehamilan dan proses bersalin merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu. Setiap kelahiran membawa cabaran dan kesakitan tersendiri, sama ada untuk anak lelaki mahupun perempuan.
Namun, terdapat pendapat umum yang menyatakan bahawa bersalin anak lelaki adalah lebih sakit berbanding bersalin anak perempuan. Adakah ini satu fakta berdasarkan kajian perubatan atau sekadar mitos yang tersebar luas?
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesakitan Bersalin
Proses bersalin adalah pengalaman yang sangat berbeza untuk setiap wanita, dan banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesakitan yang dirasai, antaranya:
Saiz Bayi dan Posisi Dalam Rahim
Saiz bayi yang lebih besar boleh mempengaruhi kesakitan semasa bersalin. Bayi lelaki biasanya mempunyai purata berat badan yang sedikit lebih tinggi berbanding bayi perempuan, dan ini boleh menyebabkan proses bersalin lebih sukar. Namun, saiz bayi bergantung kepada genetik dan faktor lain yang tidak semestinya berkaitan dengan jantina semata-mata.
Posisi Bayi Semasa Bersalin
Kedudukan bayi dalam rahim juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesukaran proses bersalin. Bayi yang berada dalam posisi tidak normal seperti posisi sungsang akan menyebabkan kesakitan yang lebih, tidak kira jantinanya. Ini menunjukkan bahawa posisi adalah faktor penting dan boleh mempengaruhi kesakitan yang dirasai oleh ibu.
Kekuatan Kontraksi dan Respons Tubuh Ibu
Sesetengah ibu mengalami kontraksi yang lebih kuat atau lebih kerap, yang boleh meningkatkan kesakitan semasa proses bersalin. Selain itu, ketahanan tubuh setiap ibu terhadap kesakitan juga berbeza-beza. Respons tubuh terhadap hormon seperti oksitosin juga mempengaruhi tahap kesakitan.
Pengaruh Faktor Emosi dan Mental
Tekanan emosi dan mental memainkan peranan penting dalam persepsi kesakitan. Ibu yang lebih tenang dan bersedia secara mental cenderung mengalami pengalaman bersalin yang lebih terkawal. Ini termasuklah keyakinan bahawa bersalin adalah proses semula jadi yang tidak perlu ditakuti.
Apakah Kata Kajian Perubatan?
Secara amnya, tiada kajian saintifik yang mengesahkan bahawa bersalin anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan. Penyelidikan menunjukkan bahawa tahap kesakitan lebih bergantung kepada faktor fizikal dan hormon, berbanding jantina bayi itu sendiri.
Namun, beberapa kajian mendapati bahawa kelahiran anak lelaki kadang-kadang dikaitkan dengan keperluan yang lebih tinggi untuk intervensi perubatan seperti pembedahan caesarean. Ini mungkin disebabkan oleh berat badan bayi lelaki yang sedikit lebih tinggi, tetapi ia tidak secara langsung membuktikan bahawa kelahiran anak lelaki lebih sakit.
Pandangan Ibu Berdasarkan Pengalaman
Ada ibu yang merasakan bahawa kelahiran anak lelaki lebih sakit, manakala ada juga yang berpendapat sebaliknya. Pengalaman bersalin anak lelaki atau perempuan boleh berbeza antara satu sama lain, tetapi ini lebih bersifat subjektif. Setiap kehamilan adalah unik dan dipengaruhi oleh banyak faktor selain jantina bayi.
Berikut antara beberapa kajian yang telah ditelah dibuat berkaitan tentang isu ini:
Jurnal Penyelidikan Pediatrik telah menerbitkan artikel, berdasarkan kajian yang dijalankan di San Cecilio Clinical Hospital of Granada dan kumpulan penyelidikan dari University of Granada (UGR). Kajian itu diketuai oleh Javier Diaz Castro dan Julio Ochoa Herrera, selain mendapat kerjasama dari Jabatan Fisiologi di universiti tersebut.
Kajian tersebut melibatkan 56 ibu hamil yang sihat, dan daripada kehamilan itu telah melahirkan 27 bayi lelaki, manakala 29 adalah bayi perempuan.
Selepas proses bersalin, doktor mengkaji kerosakan pada tubuh ibu-ibu tersebut. Pengkaji mendapati bahawa biomolekul ibu yang telah melahirkan bayi perempuan menunjukkan kerosakan yang kurang dan mendedahkan bahawa kelahiran lelaki lebih menyakitkan.
Javier dan Julio merasakan analisis ini telah membuka satu bidang kajian yang menarik mengenai hubungan antara jantina bayi dan komplikasi yang boleh terjadi saat melahirkan. Ia turut memberi kesan terhadap daya tahan tubuh terhadap penyakit dan jangka hayat bayi.
Berdasarkan kajian tersebut, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa jantina bayi boleh mempengaruhi proses bersalin. Pengkaji menerangkan sebab di sebalik perbezaan ini:
*Bayi perempuan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk menangani tekanan – sistem enzim yang terdapat pada bayi perempuan lebih matang apabila bersedia untuk dilahirkan yang membantu dalam mencegah kerosakan sel.
*Tubuh bayi perempuan mempunyai antioksidan defensif yang lebih baik daripada tubuh bayi lelaki – membuatkan bayi perempuan memiliki risiko lebih rendah mengalami kerosakan membran sel dalam tubuh bayi.
Dari perspektif ibu hamil pula, kelebihan melahirkan bayi perempuan dapat mengurangkan risiko ibu mengalami inflamasi dan proses bersalin tidak terlalu sakit.
Dr. Petra Verburg dari Robinson Research Institute di University of Adelaide, Australia pula menyatakan, “jantina bayi mempunyai hubungan secara langsung dengan komplikasi yang boleh terjadi ketika kehamilan.”
Ini antara komplikasi ibu sewaktu melahirkan bayi lelaki berdasarkan kajian tersebut:
*Bayi lelaki dilahirkan lebih awal daripada tarikh matang yang membuatkan banyak komplikasi pada bayi.
*Bayi lelaki lebih cenderung dilahirkan pramatang. Kelahiran berlaku antara minggu ke-20 dan ke-24 kehamilan sebanyak 27% lebih tinggi. Manakala, kelahiran pada minggu kehamilan iaitu ke-30 dan ke-33 sebanyak 24%. Selain itu, dilahirkan antara minggu ke-34 dan ke-36 adalah 17% lebih tinggi.
*Ibu hamil yang mengandungkan bayi lelaki lebih terdedah kepada diabetes, praeklampsia dan tekanan darah tinggi ketika hamil.
Realiti atau Mitos?
Berdasarkan pandangan perubatan, kesakitan bersalin tidak ditentukan oleh jantina bayi. Ia lebih dipengaruhi oleh faktor seperti saiz bayi, posisi, ketahanan tubuh ibu, dan faktor-faktor lain yang lebih berkaitan dengan ciri fizikal dan kesihatan ibu serta bayi. Oleh itu, persepsi bahawa bersalin anak lelaki lebih sakit mungkin hanya sekadar mitos yang diwarisi dari pengalaman atau pandangan individu.
Akhir kata, proses bersalin adalah satu pengalaman yang sangat peribadi dan unik. Setiap ibu akan melalui cabaran yang berbeza-beza, dan yang paling penting adalah sokongan dan pemahaman dari orang-orang di sekeliling agar proses kelahiran berjalan dengan baik.