
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu Hawary Education bagi anugerah Pusat Mesra Asuhan Kanak-Kanak & Taman Didikan Awal Kanak-Kanak Holistik.
Di sebalik perjalanan Hawary Education berdiri seorang tokoh pendidikan yang rendah hati namun besar wawasannya, Roszlinda Sham, atau mesra dipanggil Madam Linda. Beliau merupakan graduan Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan sejak awal sudah menanam tekad bahawa pendidikan awal bukan sekadar mengajar ABC dan 123, tetapi membina asas emosi, sosial dan karakter anak.
Kehalusan nilai seorang pendidik jelas terpancar dalam pendekatan kepimpinannya yang tegas pada standard, lembut pada jiwa dan sentiasa percaya bahawa setiap anak berhak mendapat asuhan berkualiti tinggi.
Selain keteguhan semangatnya dalam membina generasi baharu yang berkualiti, wanita hebat ini juga bergiat aktif dalam NGO bagi komuniti sokongan bagai B40 & asnaf sekitar Johor Bahru.
Hawary Education bermula pada tahun 2008, lahir daripada keinginan Madam Linda untuk menyediakan ruang pembelajaran yang lebih holistik dan mesra kanak-kanak. Apa yang ketika itu bermula sebagai satu pusat kecil kini berkembang menjadi 7 cawangan, hasil keyakinan ibu bapa serta budaya kerja yang konsisten dan penuh kasih.
Titik permulaan ini menjadi saksi bagaimana sebuah visi peribadi berubah menjadi institusi pendidikan yang dipercayai.
Kekuatan Hawary Education terletak pada pasukan pendidiknya. Dengan 65 pendidik terlatih serta 10 staf pentadbiran, setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran bukan sahaja ceria, tetapi selamat dan menyeluruh.
Selari dengan misi mereka, setiap pendidik diperkasakan dengan latihan profesional, peka dengan isu semasa, mempraktikkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak (DPKK), dan menjadi role model
kepada murid dan ibu bapa.Hawary Education mempunyai misi yang jelas bagi memastikan semua pendidik berpengetahuan, penyayang, sabar dan profesional, serta sentiasa mempraktikkan perlindungan kanak-kanak sebagai asas kerja mereka.
Visi mereka pula memberi fokus kepada pendekatan Belajar Melalui Bermain, supaya lahir modal insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan keperluan kanak-kanak abad ini, tetapi juga mencerminkan identiti Hawary sebagai pusat pendidikan yang holistik dan berpaksikan kasih sayang.
Kepercayaan masyarakat terhadap Hawary Education bukan lagi satu persoalan apabila melihat deretan pencapaian yang berjaya diraih. Antaranya termasuk:
Setiap anugerah bukan sekadar simbol prestij, tetapi bukti komitmen Hawary dalam mengekalkan standard tinggi.
Melangkah ke fasa baharu, Hawary Education merangka perkembangan strategik antara tahun 2026 hingga 2030 dengan pembukaan 10 cawangan baharu, selain pembangunan 2 Pusat Latihan PAKK.
Fokus ini bukan sekadar pembesaran, tetapi usaha menyediakan lebih ramai pendidik awal kanak-kanak yang berkemahiran, dan seterusnya memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada pelbagai komuniti.
Hawary Education membawa satu harapan besar untuk masa depan pendidikan awal. Ini kata-lata Madam Linda tentang harapannya untuk masa depan Hawary Education:
“Hawary Education bertekad untuk terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak melalui peningkatan standard kualiti, peluasan program berimpak tinggi, serta pembangunan latihan bagi warga pendidik awal kanak-kanak (key player industry) yang kompeten dan berintegriti, demi memastikan setiap anak dididik dalam persekitaran yang holistik, selamat dan penuh nilai murni.”
Harapan ini menjadi nadi kepada setiap langkah mereka bahawa pendidikan awal yang berkualiti adalah hadiah pertama dan terpenting untuk setiap anak.