Selepas berdepan ujian bila mana terpaksa berada lama di NICU, penyanyi Dr Fitri Haris meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas bayinya dibenarkan pulang.

Bahkan kini Fitri juga turut mendedahkan wajah dan nama pilihannya dan isteri, Fazilah Omar yang cukup indah.

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

Fitri dan isterinya sepakat memilih nama Bilal Habibi yang membawa maksud bilal kekasihku. Malah kata Fitri lagi, dia mendapat ilham nama itu selepas beberapa sesi ziarahnya ke bumi Allah, Mekah.

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

“Alhamdulillah, Syukur pada yang maha Agung, Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya @el_mrsfitri dan anakanda selepas 17 tahun (saya) dan 10 tahun (isteri).

“Pohon doa dari semua buat anakanda saya agar menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa dan menjadi penyambung syi’ar dan sunnah baginda Rasul Allah yang maha Agung.

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

“Bismillah.. saya perkenalkan anakanda kami yang bernama BILAL HABIBI BIN MOHAMAD FITRI (nangis pulak tengah type ni huhuhu) yang membawa maksud “BILAL KEKASIHKU”,” kongsinya.

IKLAN

Malah kata Fitri, nama indah itu diambil ketika beliau menjadi seorang mutawif membawa para jemaah mengenali kisah sirah pra Anbiya.

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

“Pilihan nama ini ilham dari-Nya, ketika mana saya bertugas menjadi seorang mutawwif membawa para Jemaah mengenali kisah sirah para Anbiaya’. Kisah BILAL sangat meruntun hati saya dan cinta BILAL kepada Baginda Muhammad S.A.W sangatlah agung dan suci.

“Semoga jika ada darah dan air suara seperti Abi, moga BILAL dapat menggunakan suara sehebat BILAL melaungkan Azan dan menyebarkan perintah Allah melalui suara yang di berikan.

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

“Pohon doa agar BILAL terus kuat dalam agama Allah, Islam yang suci.

IKLAN

“Kepada-Nya saya dan Isteri berserah memohon kekuatan dalam bukan sahaja menjaga dan membesarkan tetapi mendidik dengan penuh kesabaran mengenal Agama Allah. Ameen,” kongsinya lagi.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Fitri turut sama memuji kecomelan Bilal serta nama indah pilihannya.

Ramai puji comel

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

IKLAN

Subhaallah hebatnya nama kamu

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

“Hebatnya Nama” Ramai Puji Sedapnya Nama Anak Fitri Haris, Comel Sungguh!

Dr Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya.

Menarik: Nak Ibu Rehat & Happy, Rajinnya Muhammad, Diana Danielle Bangga Anak Pandai Berdikari

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI