Baru usia dua tahun langsung tak kekok untuk memasak dan melakukan kerja-kerja rumah. Macam tak percaya tapi ini adalah realiti buat si cilik, Syazwi Nufail bin Syazwan yang sekarang ini berusia 2 tahun 6 bulan.
Menurut ibunya, Nurul Nazireen Khazali, minat dan bakat Syazwi ini mula nampak sebelum usianya dua tahun dan tak sangka dia sangat minat dan gembira bila dapat memasak dan membuat kerja rumah bersama.
“Ini kerana, dari awal lagi saya tak membiasakan Syazwi melihat gajet atau televisyen untuk menghabiskan masa terluangnya. Prinsip kami mendidik Syazwi, selagi ayah belum balik kerja, tiada hiburan.
“Jadi waktu dia dengan saya adalah lakukan aktiviti bersama. Sama ada buat aktiviti kerja rumah, memasak, bermain dan belajar. Usia ini saya lebih tekankan untuk lakukan kemahiran kendiri demi masa depannya sambil melayan apa sahaja pertanyaan,” katanya.
Kongsi Nurul Nazireen lagi, ramai juga yang bertanya saya adakah tak risau ajak anak masuk sekali di dapur ketika memasak? Bagi saya, jika kita niatkan yang baik untuk anak dan sentiasa peka serta rancang apa nak buat, insyaAllah dipermudahkan.
“Lagipun anak-anak ni mereka mudah faham jika kita cakap elok-elok. Yang menjadi masalahnya adalah kita sendiri halang anak masuk ke dapur dengan cara yang mungkin menyebabkan dia tertanya-tanya kenapa tak boleh.
Ads
“Itu sebabnya, bila jadi macam ni anak akan curi-curi masuk dan mencuba sesuatu yang mungkin boleh membahayakan dirinya,” ujarnya.
Tambah Nurul Nazireen, sebelum dua tahun Syazwi dah pandai baking bersama saya. Selain itu, setiap kali masak dia datang nak tengok dan tolong masukkan semua bahan.
“Ramai juga yang mungkin anggap saya ambil risiko, tapi semua itu saya buat tanpa lalai. Lagi satu ketika usianya lingkungan dua tahun memang kena dukung untuk bantunya masukkan bahan-bahan dalam periuk.
“Jadi untuk mudah dan juga keselamatannya terjamin, kami belikan kerusi learning tower untuk dia. Alhamdulillah sejak dari itu, dia makin cepat belajar dan dengan sendirinya dia tahu aspek keselamatan di dapur,” katanya.
Ads
Berikut saya kongsikan aktiviti memasak saya bersama Syazwi @ Chef Wi. Saya kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin tidak sama untuk anak-anak anda. Cuma boleh nak cuba, asalkan sentiasa dalam pemantauan kita.
1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.
2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai. Untuk kerusi memasak Syazwi, saya beli dengan ig: dinamitoys
3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibubapa lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastic terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea.
Ads
4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat. Syazwi sejak kecil memang minat untuk membantu. Dia terasa sangat dihargai bila saya masak dan panggil dia untuk turut serta.
Antara kebaikan apabila anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak, mereka belajar benda baharu. Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan.
Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills). Aktivti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan.
Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baharu. Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.
Nak tengok lebih banyak aktiviti Syazwi di rumah, boleh ke Ig: @syazwi.nufail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang tidak selera makan tentu akan jejaskan perkembangan fizikal dan otak anak. Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat, makanan juga penting untuk perkembangan otak.
Justeru, hendak anak pintar bukan sahaja melakukan rangsang aktiviti motor kasar dan motor halus kepada anak tetapi soal pemakanan juga perlu dititikberatkan. Hakikatnya usia satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak.
Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi. Begitu juga untuk kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.
Justeru, pemakanan sihat mampu memberi impak positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah. 6 KESILAPAN IBU BAPA MESTI ELAK
Dalam pada itu, terdapat 6 kesilalapan ibu bapa yang tidak disedari yang boleh menjejaskan selera makan anak iaitu
1.Ibu bapa memberi alasan tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka lebih gemar makan di luar. Menyebabkan anak tidak berpeluang menikmati kelazatan masakan ibu.
2.Pengambilan snek iaitu pengambilan makanan ringan (snek) dua jam sebelum waktu makan, waktu mengganggu selera makan anak.
3.Waktu makan yang berubah-ubah dan memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera.
4.Ada juga ibu bapa yang suka berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya takut dan menjauhi waktu makan.
5.Hidangan makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak kurang menikmati aneka jenis diet.
6.Gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.
Ayah juga boleh tunjuk skill memasak untuk galakkan anak makan
Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan. Untuk memastikan anak anda mencapai potensi tumbesaran dengan sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah sepatutnya. Ia juga bagi mengelak kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan anak bukan sahaja berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka.
Setiap ibu bapa penting untuk memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan dan corak pemakanan anak, supaya daya tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi kanak-kanak tidak terganggu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membela haiwan peliharaan di rumah boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada keluarga, termasuklah kepada anak – anak. Menjaga dan bermain dengan haiwan peliharaan boleh memberi kesan positif terhadap perkembangan anak – anak.
Memelihara dan merawat haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, ikan hiasan, arnab dan sebagainya menjadikan suatu hal yang menyenangkan bagi pemilik haiwan tersebut. Selain itu, memiliki haiwan peliharaan juga mampu untuk menghalang rasa sunyi. Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui pemeliharaan haiwan.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/side-view-kid-with-cute-cat_45167836.htm#query=anak%20bela%20kucing&position=1&from_view=search&track=ais
Menurut Dr Harith, terdapat kebaikan anak – anak boleh dapat melalui pemeliharaan haiwan. Jom lihat video yang dikongsikan di akaun TikTok beliau.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita menginginkan yang terbaik untuk anak. Salah satunya adalah dari segi pembelajaran. Hati ibu manalah yang tidak risau jika anaknya mungkin tertinggal dalam pelajaran sedangkan ketika di rumah semuanya nampak normal.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, dia berkongsi kegusarannya apabila anak di rumah aktif dan suka bercakap tetapi lain halnya di sekolah. Guru anak memberitahu yang anaknya kurang bercakap dan pelajarannya juga merosot.
Di Rumah Aktif, Tapi Di Sekolah Kurang Bercakap
selamat .. boleh tak nk luahkan kat sini mana ada yg boleh membantu .tapi sembunyi identiti saya.. saya sebenarnya ada masalah anak2 saya .
Masalah yg sama bila kat rumah diorang aktif, boleh bercakap boleh komunikasi bila buat homework mcm fhm.. tapi di sekolah cikgu ada menyatakan anak saya mcm aktif ,lemah dan kurang bercakap.
Sama ada faham ke tak faham banyak senyap ..bila saya tanya anak saya dia diam je.. saya pun tak tahu nk selesai kan masalah ni macamana ..
Pelajaran Anak Lemah
Rasa nya setiap tahun cikgu cakap mcm tu..yg pasti saya takde jawapan apa yg cikgu tanya.. dan pelajaran anak saya memang lemah sgt..
Saya tak tahu nk buat mcmana.. kat rumah dia buat homework macam biasa.. please share tips yg membina ..
Untuk berkongsi sebarang masalah dan cerita menarik, anda boleh klik di KONGSI CERITA atau boleh inbox di FB PA&MA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.