Lama tak dengar khabar si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan lebih usianya. Walaupun tanpa kasih ibu, mereka nampakya begitu disayangi oleh abiynya dan ahli keluarga lain.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah si kembar ini dengan layanan istimewa daripada abiynya yang cukup mengambil berat dan menguruskan keperluan mereka sama seperti seorang ibu melayan anak-anak.

Hidup Perlukan Pengorbanan. Demi Si Kembar Bapa Harap Rezeki Terus Murah

Semakin sihat membesar

Jika arwah ibu Safiya dan Sofiya ada semestinya dia bangga lihat anaknya membesar dengan sihat. Menerusi perkongsian abiy Safiya dan Sofiya, Syazwan Najmi, anugerah dua puteri ini kepadanya benar-benar hadiah istimewa.

Hadirnya mereka ini juga asbab rezekinya lebih murah dan kini pelancaran Medina Scarf pun dah dilancarkan.

Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.

Hidup Perlukan Pengorbanan. Demi Si Kembar Bapa Harap Rezeki Terus Murah

IKLAN

Yang paling buatkan Syazwan sebak, semakin besar si kembar ini, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.

Medina Scarf dah dilancarkan

Betullah orang kata, ajal, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah. Kini berkat kehadiran si kembar, akhirnya jenana Medina Scarf sudah pun dilancarkan secara rasminya.

Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.

IKLAN

Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.

Hidup memerlukan pengorbanan

Dalam perkongsian terbarunya di instagram Syazwan akui hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Inilah yang dipegangnya sejak ketiadaan arwah isteri demi meneruskan kehidupan bersama anak kembarnya.

IKLAN

Hidup Perlukan Pengorbanan. Demi Si Kembar Bapa Harap Rezeki Terus Murah

Selagi ada peluang cintailah sepenuh hati, agar sampai mati ia akan mengingati, dan apa itu CINTAI.

Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.

Hidup Perlukan Pengorbanan. Demi Si Kembar Bapa Harap Rezeki Terus Murah

Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: IG Syazwan Najmi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI