
ANAK lebih yakin dan kurang tantrum. Itu perubahan positif yang dirasai seorang bapa, Hazwan Harawi, apabila menjadikan aktiviti mendaki sebagai rutin bersama dua anaknya sejak mereka masih bayi. Dalam era keibubapaan moden, semakin ramai ibu bapa mencari pendekatan terbaik untuk membina keyakinan, emosi stabil serta kemahiran sosial anak. Aktiviti luar seperti hiking kini menjadi pilihan kerana manfaatnya yang terbukti membantu perkembangan menyeluruh anak kecil. Keberkesanan hiking untuk anak semakin mendapat perhatian ramai.
Bagi Hazwan, hiking bukan sekadar hobi malah ia adalah terapi semula jadi yang membawa perubahan besar kepada anak-anaknya.
Menurut Hazwan, perubahan paling ketara dapat dilihat pada anak perempuannya, Hana, yang kini semakin tenang dan jarang mengalami tantrum sejak kali pertama menyertai pendakian seawal usia sembilan bulan. Pengalaman hiking untuk anak ini ternyata membawa impak besar pada kestabilan emosi.
“Antara kebaikan yang saya nampak, bila bawa keluar macam ni… bila nampak Hana, dia tantrum tapi dia kuranglah. Dia tak tantrum macam dulu dah,” katanya sambil berseloroh.
Beliau turut menjelaskan bahawa tantrum hanya muncul apabila Hana penat atau lapar, selebihnya dia berada dalam keadaan baik sepanjang aktiviti dijalankan.
Selain emosi yang lebih stabil, Hazwan turut melihat peningkatan besar pada keyakinan anaknya.
“Confidence dia memang nampak. Kalau pergi mana-mana, dia tak segan dengan orang. Mungkin sebab bila hiking, orang selalu tegur. Dia dah biasa dengan orang, jadi dia boleh tegur orang. Jalan sendiri pun dia tak gentar,” jelasnya.
Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, pendedahan kepada persekitaran luar seperti alam semula jadi membantu meningkatkan kemampuan sensori, fokus, dan ketahanan emosi anak—selari dengan apa yang dialami Hazwan sekeluarga. Ini menjadikan hiking untuk anak sebagai aktiviti yang semakin disarankan.
Walaupun sibuk sebagai usahawan pemasaran digital, Hazwan tetap berusaha menjadikan pendakian sebagai rutin mingguan bersama dua anaknya.
Malah, beliau menyimpan impian untuk membawa mereka mendaki lokasi lebih mencabar apabila mereka meningkat usia.
“Mungkin satu hari nanti bila anak dah besar sikit, umur lima ke enam tahun, saya nak bawa dia pergi hiking dekat Annapurna Base Camp, Nepal contohnya. Tapi bila dia besar lah… bukan saya galas dia. Kalau galas memang tak larat,” katanya sambil tertawa.
Hazwan menegaskan, tujuan utama dia menerapkan aktiviti ini bukanlah untuk memaksa anak-anak menjadi pencinta aktiviti lasak.
“Saya buat aktiviti ni sebagai cara untuk saya luangkan masa dengan dia. Saya tak sasar pun untuk dia jadi outdoor person. Cuma kalau bila dah besar nanti dia tak minat, saya okey saja,” ujarnya.
Bagi Hazwan, selagi anak-anak menunjukkan perkembangan positif dari segi emosi, sosial dan keyakinan diri, itu sudah cukup menjadi hadiah paling bermakna daripada setiap pendakian bersama. Baginya, hiking untuk anak bukan hanya aktiviti fizikal, ia adalah ruang membina memori.
Aktiviti seperti hiking membantu:
Bagi ibu bapa yang mencari cara baharu untuk membina perkembangan anak secara holistik, mungkin sudah tiba masanya mencuba aktiviti alam seperti ini. Ringkas tetapi sarat manfaat. Kesimpulannya, hiking untuk anak adalah pendekatan mudah tetapi berkesan untuk perkembangan emosi dan sosial mereka.