Biasanya baju anak-anak cepat sangat ada bintik-bintik hitam atau orang panggil tahi lalat. Walaupun dah dicuci dan direndam sabun pun, kesannya masih ada sehingga ibu ambil keputusan tak mahu dipakaikan lagi baju tersebut pada anak.

Sayang memang sayang sebab baju masih baru, tapi disebabkan tengok kesan tahi lalat itu terus rasa sakit hati. Rasanya ramai ibu yang mengalami situasi ini, tambah lagi bila anak dah mula makan.

Oleh itu, bagi membantu ibu menyelesaikan permasalahan ini, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Cuma untuk permulaannya, ibu perlu baca dahulu label yang ada pada pakaian tersebut sebelum membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya.

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni. Tak Perlu Berus Kuat!

Lagi satu, ibu disarankan membasuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari dalam bakul. Kekotoran itu berpunca daripada susu, makanan atau air liur bayi.

Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya.

1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur

Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi.

IKLAN

2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon

Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni. Tak Perlu Berus Kuat!3. Jus, jem buah & makanan bayi

Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini.  Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni. Tak Perlu Berus Kuat!

IKLAN

4. Kotoran air kencing

Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.

5. Kesan tahi lalat

Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.

Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.

IKLAN

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni. Tak Perlu Berus Kuat!

Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lag langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni. Tak Perlu Berus Kuat!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI