Bila anak diserang batuk dan selesema tentu Mama jadi tak keruan kan? Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru  seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor,  ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

APAKAH 5 PETUA SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN?

1. Bawang Merah

Hingus Anak Asyik Meleleh, Batuk Pun Tak Berhenti. Ini Solusi Kalau Tak Nak Bagi Ubat

Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk  mengeluarkan jusnya.  Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.

Artikel Menarik: {Mandikan 3 Kali Sehari Bila Anak Demam, Selesema. Bagi Haba Panas & Lendir Keluar}

2. Garlic Socks

Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.

3. Tidur Cara Meninggikan Bahagian Kepala

IKLAN

Hingus Anak Asyik Meleleh, Batuk Pun Tak Berhenti. Ini Solusi Kalau Tak Nak Bagi Ubat

Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal  nipis supaya anak dapat baring dengan selesa. Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.

4. Daun Kaduk

Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.

Artikel Menarik: {Apple Onion Essence Alternatif Legakan Batuk, Selesema. Sesuai Bayi 8 Bulan Ke Atas}

5. Mandian Lemon

IKLAN

Hingus Anak Asyik Meleleh, Batuk Pun Tak Berhenti. Ini Solusi Kalau Tak Nak Bagi Ubat

Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya  membantu  mengeringkan hingus bayi.

RESIPI BAM SEMULA JADI

Hingus Anak Asyik Meleleh, Batuk Pun Tak Berhenti. Ini Solusi Kalau Tak Nak Bagi Ubat

BAHAN-BAHAN:

1 cawan kecil minyak kelapa

IKLAN

3 sudu besar beeswax

15 titis minyak eucalyptus

20 titis minyak peppermint

10 titis minyak pati lemon

10 titis minyak pati kayu manis

1 bekas

CARA MEMBUAT:

  1. Cairkan beeswax secara double boil dan sejukkan sedikit.
  2. Campurkan minyak kelapa dan minyak pati ke dalam beeswax tadi.
  3. Kacau adunan tersebut sehingga bertukar jernih dan berbau harum.
  4. Tuangkan ke dalam bekas kaca dan sejukkan sepenuhnya selama sejam atau dua jam sebelum boleh digunakan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI