Aiskrim dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Berilah aiskrim perisa apa pun, ia tetap jadi rebutan anak-anak kita. Aiskrim diet mungkin kedengaran asing namun aiskrim dengan gabungan bahan istimewa ini bukan hanya boleh dimakan oleh anak-anak bahkan juga untuk ibu yang berdiet.
Hanya gantikan susu pekat dengan stevia dan ibu yang berdiet bolehlah menjamah aiskrim dengan tenang tanpa perlu bersalah. Anak pun boleh tumpang sekaki. Resipi aiskrim ringkas tetapi sihat yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini cukup mudah. Jom cuba!
Homemade Healthy Ice Cream. Ni dah buat kali kedua, sedapp. Resepi pun senang je.
Resepi untuk 1 bekas:
2 kotak susu low fat (200ml)
Stevia 3 titik (kalau yang tak diet, letak susu pekat 3 sudu untuk ganti stevia)
Ovalette 2 sudu
Tepung jagung 1 sudu
Blender sampai kembang siap.
Ads
Taburkan coklat chip semi sweet hersheys. Siap.
Nak lagi sedap letak kacang.
Ads
Boleh pelbgaikan perasa yaa.. yang coklat susu original tambah serbuk koko. Strawberry guna susu strawberry, vanilla tu guna essence vanila dan susu original.
Bekukan semalaman ya.
Ads
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Resipi emak-emak memang sedap. Biasanya agak renyah untuk dibuat, tapi berbaloi bila kita makan. Salah satu resipi yang menggunakan daging adalah Daging Bawang Putih. Tambah pula bulan puasa, memang sedap sungguh kalau makan lauk ni dengan nasi putih.
Resipi ini dikongsikan oleh Myra Chaqkey di laman Facebook via Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sangat mudah dan boleh dibuat untuk anda bersahur nanti atau berbuka puasa esok.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Dulu Arwah Mak selalu masak ni.. Sedap nasi bertambah2 lauk ni pun cukup.
Bahan pun mudah cepat & sedap
Daging Bawang Putih
pstt:- resepi dari arwah nenek asal bangkok
RESIPI DAGING BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih*
12 biji cili padi*
1 biji cili merah*
350gm daging
Minyak masak
Sedikit air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kisar bahan bertanda *
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Manakala timun pula mampu menggantikan kehilangan air dari badan kerana timun mengandungi air.
Selain sayur, buah juga amat penting untuk tubuh badan. Sayur-sayuran dan buah-buahan haruslah diambil secara seimbang supaya anak-anak sentiasa kekal sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian dari Doktor Izaza;
Dah makan sayur kena lah minum air buah yang fresh, barulah seimbang dan sihat. Dah ramai sekarang yang rajin buat fresh fruits jus sendiri, sebab lebih murah dan lebih bersih
Kat luar pun dah banyak kiosk yang jual fresh fruit drinks. Lagi best sebab pakai cold press juicer, semua khasiat buah masih kekal
Dr Iza dapat ilham buat fresh juice ni dari anak-anak sebab kat rumah budak-budak ni kalau makan buah semua kulit buah dorang buang, padahal kulit buah tu lah yang banyak khasiat
Contoh kulit buah yang elok untuk anak-anak makan, adalah buah epal hijau, buah pear, buah plum, timun, anggur dan buah cherry
Untuk kekalkan khasiat buah-buah tu, baik kita buat fresh jus supaya bagi badan akan rasa lebih fresh, sihat dan boleh rasa kenyang
Bahan-bahan untuk minuman ni sangat simple, murah dan senang nak dapat. Boleh beli kat mana-mana super market atau pasar
Bahan-bahan
2 biji epal hijau
1 biji timun Jepun
Separuh lemon (perahan jus lemon)
2 sudu besar madu
Kalau guna cold press juicer tak perlu tambah air, tapi kalau gunakan pengisar, kena tambah 2 cawan air suam. Lepas dikisar boleh tapis juice atau boleh terus diminum
Untuk anak-anak baik ditapis dan buang semua hampas, sebab budak-budak tak suka rasa hampas buah-buah, terutama kulit buah epal atau timun
InsyaAllah, jus ni bukan saje elok untuk kesihatan badan, tapi elok juga untuk gusi. Sebab ada Vitamin C untuk cegah gusi berdarah, lagi-lagi musim panas ni, boleh elak badan panas dan elak demam dan selsema
Zaman makin maju, cara memasak pun dah semakin mudah. Siapa kata masak lauk hanya boleh guna kuali periuk? Masak lauk sekarang pun boleh guna air fryer tau! Masa yang digunakan lebih cepat, dapur kurang berkecah dan senang untuk dibersihkan.
Tapi yang lebih penting, masakan akan jadi lebih sihat dengan penggunaan air fryer disebabkan penggunaan minyak yang sedikit atau tidak digunakan langsung.
Seperti resepi ayam masak kicap ini, tidak memerlukan penggunaan minyak masak yang banyak kerana menggunakan air fryer untuk digoreng tapi masih sedap untuk dimakan seisi keluarga.
Cara memasak: 1. Perapkan ayam dengan bahan perap. Tak perlu lama, 15- 20 min pun Ok. Kemudian masak ayam dalam air fryer (ikut masing masing punya setting). Separuh masa memasak, balik kan ayam dan kemudian sambung hingga ayam elok masak.
Sumber foto: Facebook Noor Lela Abdul Samad
2. Dalam kuali tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau wangi. Masukkan bawang besar. Tumis sekejap. 3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kalau suka masin boleh tambahkan garam, tapi jangan banyak sangatsebab sos tiram dah masin.
Sumber foto: Facebook Noor Lela Abdul Samad
4. Masukkan ayam. Kacau- kacau hingga ayam dan sos sebati. Masukkan kentang. Taburkan cili merah. Gaul ratadan tutup api dapur. Haah. Dah siap masak.
Boleh cedok dan hidangkan.
Kebaikan Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Tahu
1. Minyak untuk perapan hanya gunakan sedikit sahaja. Sama juga untuk tumisan. Tidak perlu gunakan minyak yang terlalu banyak. Lebih bagus jika menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun mempunya banyak khasiat.
2. Minyak zaitun mempunyai elemen anti penuaan. Apabila umur meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Penggunaan minya zaitun dalam masakan dapat mengurangkan tanda- tanda penuaan.
Sumber foto: www.freepik.com
3. Minyak zaitun juga membantu mencegah daripada kanser payudara. Oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.
4. Minyak zaitun membantu mengawal kolesterol dalam badan. Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan.
Sumer foto: www.freepik.com
Mudahkan resipi yang dikongsi. Tak perlu makan masa yang lama untuk memasak. Lagi sedap dihidangkan dengan nasi panas, pasti bertambah. Boleh dinikmati Bersama seisi keluarga.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.