Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 5 hingga 8 Disember. Untuk ibu bapa, ini bukan sekadar info cuaca tapi ini melibatkan keselamatan, keselesaan dan rutin harian anak.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, hujan dijangka turun tanpa henti di beberapa zon utama dalam tempoh empat hari tersebut.
▶ 5–6 Disember: Sabah antara paling awal terjejas
Hujan berterusan dijangka berlaku di:
•Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan)
•Kudat
Bagi keluarga di kawasan ini, terutama yang ada anak kecil atau bayi pastikan perjalanan luar diminimakan kerana beberapa lokasi di sini memang sensitif terhadap cuaca lebat.
▶ 6–7 Disember: Pantai Timur & Pahang pula menerima kesan
Antara kawasan terlibat:
Kelantan
•Tumpat
•Pasir Mas
•Kota Bharu
•Bachok
•Pasir Puteh
Terengganu
•Seluruh negeri
Pahang
•Kuantan
•Pekan
•Rompin
Ini tempoh yang biasanya mencetuskan banjir kilat, angin kencang dan kesukaran bergerak. Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, taska atau pusat tuisyen mungkin perlu mula rancang lebih awal.
▶ 7–8 Disember: Giliran Johor & banyak kawasan di Sarawak
Johor
•Segamat
•Kluang
•Mersing
•Kulai
•Kota Tinggi
•Johor Bahru
Sarawak
•Kuching
•Serian
•Samarahan
•Sri Aman
•Betong
•Sarikei (Pakan, Sarikei, Meradong)
•Sibu (Sibu, Selangau)
•Mukah
•Bintulu
Kawasan rendah, berhampiran sungai, atau laluan utama mungkin alami kelewatan perjalanan dan potensi banjir.
Kenapa Info Ini Penting Untuk Ibu Bapa?
1. Kesihatan anak lebih sensitif waktu cuaca begini
Hujan berpanjangan = cuaca lembap + sejuk.
Ini mudah mencetuskan:
•batuk
•selsema
•asthma flare
•kulit anak sensitif (eczema naik bila lembap)
Mama-papa mungkin perlu lebihkan warm bath, pakaian tebal, dan pantau simptom awal.
2. Risiko keselamatan meningkat, terutama bila bergerak dengan anak
Jalan licin, air bertakung, pokok tumbang, dan paras sungai naik.
Elakkan perjalanan jauh kecuali perlu. Kalau terpaksa keluar, sediakan:
•baju hujan anak
•tuala kecil
•plastik spare untuk kasut basah
•powerbank
•ubat keperluan
3. Rutin sekolah & aktiviti luar anak mungkin terganggu
Hari hujan = anak mudah cranky sebab tak boleh keluar main.
Ibu bapa boleh mula standby aktiviti indoor untuk elakkan anak bosan dan bergaduh sesama sendiri.
Antara idea:
•lukis & mewarna
•playdough
•bina blok
•mini scavenger hunt dalam rumah
•movie time
4. Penting untuk buat persediaan kalau rumah berada di kawasan rendah
Bukan nak takut-takutkan, tapi berjaga-jaga:
•Sediakan beg kecemasan anak (susu, diapers, baju, lampu suluh kecil)
•Dokumen penting simpan dalam fail kedap air
•Powerbank & bateri sentiasa penuh
•Pastikan kereta ada minyak
•Periksa longkang rumah supaya air tak bertakung


Saluran Rasmi Untuk Mama-Papa Semak Info Cuaca Terkini
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk dapatkan info tepat melalui:
•Laman web rasmi MetMalaysia
•Aplikasi myCuaca
•Platform media sosial MetMalaysia
•Hotline: 1-300-22-1638
Kalau cuaca tak menentu, elakkan bergantung pada WhatsApp viral atau info tak sah.
Musim hujan bukan boleh dielak, tapi boleh diurus. Dengan info awal dari MetMalaysia dan persediaan rapi dari ibu bapa, anak akan kekal selamat, sihat dan selesa walaupun cuaca kurang menyebelahi.