Sembunyi-sembunyi untuk pergi kerja memang biasa dilakukan oleh mommy daddy kan? Tapi dalam hati tu Tuhan sahaja yang tahu sedihnya nak tinggalkan anak pergi kerja.
Nad Zainal juga mengalami situasi ini. Semalam dia telah berkongsi video bagaimana anaknya, Fahad Ibrahim, 2 tahun atau Yem menangis apabila mendapati mommy nya ‘hilang’. Bagaimana pun Yem telah ditenangkan oleh daddy nya.
Perkara itu sempat dirakamkan. Tangisan anak kecil amat meruntun hati ibu-ibu. Dilema ibu antara anak dan komitmen kerjaya serta tugas memerlukan kecekalan hati dan ketabahan.
Para follower Nad juga berkongsi hal yang sama dan memberikan tip kepada ibu muda ini agar tabah menghadapi situasi ini. ada yang memuji kecekapan suami Nad memujuk dan menjaga Yem dan tip menenangkan hati ketika melalui keadaan ini.
Selepas melalui fasa yang kritikal dan berjaya menjalani pembedahan Germ Cell Tumor setahun lalu, buah hati rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah kini dari sehari ke sehari banyak menunjukkan perkembangan positif.
Bukan sahaja semakin aktif bermain tetapi difahamkan Ainul sudah pandai duduk sendiri dengan stabil dan mula merangkak.
Melalui perkongsian bapa Ainul, Ahmad Safiuddin di Facebooknya dia berkongsi keletah adik Ainul apabila mereka terjaga jam 4 pagi mendapati si kecil sedang duduk dan siap nak cabut wayar oksigen lagi. Bukan main cerdik Ainul sekarang!
‘Pukul 4 pagi, Ainul tengah duduk’
Mamanya terjaga Ainul tengah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara. Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk Ainul memang dah boleh duduk, tapi Ainul perlu didudukkan. Bukan duduk dengan sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, Ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan.
Cumanya, terkejut lah kan tiba-tiba kami bukak mata, tengok-tengok dia tengah duduk siap cabut oksigen lagi. Allah mengucap panjang kami hahaha. Mana tak risau, dia tidur pakai tiub oksigen, kalau setakat tubing oksigen sahaja tercabut ok lagi. Kalau yang tercabut tu trachy? Mahu tak kecoh pukul 4 pagi tu.
Sekarang waktu Ainul qada’ main
Alahai anak. Ini baru duduk. Kalau dia dah tahu berjalan nanti, lagi haru malam-malam. Buatnya kami tengah tidur dia gasak berjalan, memang naya. Dia sebab ainul ni tak keluar suara. So kadang-kadang kami tak perasan bila malam. Start malam ni, walid kena OT lah jaga ainul. Tapi apa pun, ini bukan marah, tapi kelakar. Pukul 4 pagi ajak orang main, apahal.
Bila walid ambik dia and then letak bawah ketiak, dia menangis lepas tu dicungkil-cungkilnya hidung dan mata kita sebab nak ajak main. Ini video mama dia record siang tadi. Ainul dah mula belajar merangkak. Dulu sangkut tang kaki dia tu, tak lepas-lepas nak keluar. Now dah nampak dia dah reti keluarkan kaki.
Alhamdulillah. Umur hampir 2 tahun. Sekarang waktu dia qada’ main dia untuk setahun yang lepas. Lambat sikit tak apa anak, inshaAllah usaha kamu akan membuahkan hasil di kemudian hari. Kami semua tahu bahawa kamu ini seorang pejuang.
Sumber : Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah.
Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
2. Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
4. Cakap takk serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fahami perkembangan kanak-kanak dari dalaman mereka. Namun apa yang berlaku ialah ibu ayah selalu mengambilnya dari sudut pemahaman dari kaca mata seorang dewasa. Farah Lee kongsikan infonya.
Farah Lee kali ini berkongsi tentang fasa perkembangan psikologi kanak-kanak yang tidak suka berkongsi. Natijahnya kanak-kanak pada usia prasekolah kerap dianggap kedekut dan tidak suka berkongsi oleh ibu bapa dan orang dewasa. Ia dijelaskan oleh kajian Thick Description oleh Carsaro 2006 yang dikongsikan oleh Farah.
Keengganan berkongsi oleh kanak-kanak pada usia ini dilihat sebagai ‘protection of interactive space.’ Selalunya kanak-kanak akan memerhati terlebih dahulu dan bermain bersama-sama. Apabila rasa seronok barulah mereka akan mula berkongsi mainan.
Farah Lee kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana Childhood Studies di University of Leeds, UK. Berikut ialah perkongsian Farah Lee;
farahlee_.
Nampak I punya reflection dalam slide tu.? ? One of the slides for my class today. Answering ‘why children refuse to share’. Or bahasa orang kita ‘kedekutnyaaaa’
.
Adult, faham mereka dari dalaman mereka, bukan dari kedewasaan kita.
.
“If we don’t look for them, we can’t find them”. #FLchampioningchildhood
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Adakah anda atau ahli keluarga anda pembawa atau penghidap talasemia tanpa disedari? Siapa yang berisiko untuk mendapat talasemia, apakah tanda-tandanya serta rawatan yang boleh dilakukan kepada penghidap talasemia?
Ikuti rangkuman info mengenai penyakit talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.