Isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina berkongsi pengalaman ‘wean off’ susu badan untuk anak keenamnya, si kembar Emelia dan Eusoff.
Menurutnya, perjalanan cerai susu bukanya mudah kerana melibatkan emosi si ibu dan juga anak namun dia bersyukur kerana urusanya dipermudahkan.
“Just nak update. Saya berjaya cerai susu untuk Emelia dan Eusoff dengan jayanya! Dah hampir sebulan cerai susu. Alhamdulillah mommy dan baby okay.”
“Macam mana saya buat? Saya bagitahu mereka ‘titi sakit’. Mommy dah tak ada susu sebab Emelia and Eusoff dah besar. Mereka boleh minum guna botol.. tapi saya janji akan tetap peluk mereka sebelum tidur.”
“Mereka tetap minta nak menyusu selepas 4 hari, tapi saya cakap tak boleh, saya tak boleh sebab titi sakit, agak sukar untuk saya. Emelia moved on, happy juga sebab tak perlu lagi say no sebab buatkan saya rasa sedih.”
Ads
“Eusoff pulak, manja sangat. Dia saja menduga..lebih dari 2 minggu dia tetap minta titi, dan buat muka manja. Pandai dia menguji mommy.”
Dr Halina turut berkongsi daun pudina sebenarnya boleh menghalang penghasilan susu ibu dan penggunaan pudina berjaya mengurangkan bengkak susu yang dialami olehnya ketika proses bercerai susu.
“Post weaning, another famous question that i received .. how do i deal with engorged boobs? After 24hrs not feeding, semua pun bengkak and painful. Initially i pun tak tahu nak buat apa. Then i teringat that peppermint is a milk-production killer. I read abt it before and i know it works for me because last yr during xmas, i drank peppermint mocha latte and on the same day itself, my milk production depleted. Itu baru satu cup.”
Ads
“So, i ambik peppermimt essential oil yang memang dah ada kat rumah, i sapu je on myself. And hand express my bengkak susu. Then next day my milk production reduced drastically. I put the peppermint eo just for 3 dats. And Im done. Alhamdullillah Allah made it easy for me and and E&E.”
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti. Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka.
Kalau boleh seawal usia anak lagi, ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca, mengira dan apa sahaja kepandaian yang boleh dibanggakan.
Kebanyakan ibu bapa milenial hari ini sanggup berhabis duit demi memastikan mereka dapat menyediakan apa yang paling terbaik untuk perkembangan dan tumbesaran anak.
Kesibukan mencari wang ringgit untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak membuatkan ibu bapa kadang kala terlupa untuk menerapkan nilai murni dan adab dalam diri anak. Bila kita perhatikan anak-anak sekarang yang agak kurang mempunyai nilai empati dalam diri masing-masing membuatkan kita jadi takut.
Membesarkan anak bukan sekadar mendidik mereka mempunyai otak yang bijak sahaja tetapi perlulah seimbang dengan nilai murni, adab dan akhlak yang sempurna dalam diri mereka.
Apatah lagi dalam menghadapi cabaran kehidupan hari ini yang sangat mencabar. Sesetengah kanak-kanak mungkin nampak bijak dan ke hadapan kepintarannya tetapi jiwa kosong dan tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
Kesannya kita tidak nampak hari ini tapi bila mereka dewasa kelak barulah ada masalah yang muncul. Jadi sebelum anak kita membesar sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan simpati dan empati maka biasakan mereka sejak kecil dengan nilai-nilai murni kerana kepandaian itu boleh diajar tetapi nilai murni dan adab dalam diri anak hanya boleh terbentuk bila kita biasakannya sejak dari kecil lagi.
Sebenarnya tak susah pun untuk serapkan nilai murni dan adab ke dalam diri anak kita. Benda-benda simple yang nampak remeh tapi sebenarnya jika dipraktis setiap masa dapat memberikan impak besar dalam diri anak sehingga mereka dewasa.
Saya tertarik membaca perkongsian contoh nilai-nilai murni yang boleh kita amalkan bersama anak-anak dalam rutin seharian seperti dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini.
Mungkin selama ini kita terlepas pandang dan anak memerhati sahaja perbuatan kita yang tak sepatutnya dicontohi. Jom kita sama-sama biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
BAGAIMANA NAK SERAPKAN NILAI MURNI DAN ADAB KE DALAM DIRI ANAK KITA
1) Bila masuk ke rumah, sambut anak dengan salam dan ciuman. Ini tanda kasih dan sayang.
2) Baik kepada jiran dan jangan cakap belakang. Mereka mendengar.
3) Dan juga Jangan bercakap buruk tentang pemandu lain jika anda memandu. Anak kita akan meniru akhlak kita.
4) Ajak anak anda bersama setiap kali berjumpa dengan ibu bapa kita. Bila kita bercakap dengan ibu bapa kita, ajak anak kita bercakap dengan mereka. Lebih banyak mereka melihat kita menyayangi mereka, lebih tinggi kasih sayang mereka pada anda bila sudah tua nanti.
5) Bila memandu mereka ke sekolah, janganlah on kan radio atau mainkan muzik. Apa kata, ceritakan tentang diri anda. Pengalaman anda. Ianya akan memberikan impak yang besar. Percayalah.
6) Imej diri. Sikat rambut, gosok gigi, dan pakai pakaian yang sopan walaupun berada di rumah. Mereka perlu tahu, berpakaian kemas dan bersih tidak semestinya bila kita nak keluar sahaja.
7) Cuba jangan salahkan atau komen setiap perbuatan yang mereka lakukan. Kadang- kadang, biarkan atau lepaskan. Mereka perlu belajar membina keyakinan diri.
8. Minta kebenaran bila nak masuk ke bilik anak anda. Jangan ketuk dan terus masuk. Tetapi tunggu kebenaran dari anak. Mereka akan belajar untuk tidak masuk sesukahati ke bilik anda nanti.
9) Minta maaf kepada anak anda jika anda melakukan kesalahan. Ianya mengajar anak anda menjadi rendah hati dan sopan.
10) Jangan bersifat sarkastik dan mempermainkan perasaan mereka. Walaupun anda tidak berniat atau bergurau. Ianya sangat sakit.
11) Tunjukkan rasa hormat pada privasi anak anda. Ianya penting untuk membentuk perasaan nilai dan harga diri.
12) Jangan fikir anak anda boleh faham dan dengar untuk pertama kali. Bersabar dan konsisten.
13) Bermainlah dengan mereka. Luangkan masa bersama. Mereka akan ingat sehingga dewasa.
14) Tegas. Sekiranya mereka perlu ditegur, jangan ragu untuk melakukannya. Perbetulkan kesilapan mereka dengan segera. Jangan sekali-kali mengatakan “Oh dia hanya kanak-kanak” atau “dia akan belajar bila dewasa”. Tidak! Inilah masanya untuk belajar. Sekiranya mereka tidak belajar sekarang, mereka tidak akan pernah belajar.
15) Ajar mereka untuk bersabar dan bersyukur. Jangan berikan semua yang mereka minta. Ikut had anda. Menahan beberapa perkara walaupun anda mempunyai kemampuan untuk memberikannya. Pada yang Islam, ajarkan mereka untuk mengucapkan ‘JazakAllah’. Katakan kepada mereka untuk melakukan syukur kepada Allah atas segala sesuatu.
16. Akhirnya, sentiasa berdoa untuk mereka setulus hati. Doa ibu bapa adalah antara yang dijamin penerimaannya.
Semoga Allah swt memberikan kepada kita kemampuan untuk membesarkan anak-anak kita dengan tingkah laku dan akhlak yang baik. Semoga Allah menjadikan mereka kesejukan mata untuk kita. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kedua-dua dunia dan akhirat. Amin
Anak yang sedang membesar memang suka meneroka. Kadang-kadang sikap anak yang sedang membesar memang menguji kesabaran ibu bapa.
Ada ibu bapa yang sangat tegas sehingga tidak memikirkan emosi anak-anak atau lebih tepat ibu bapa yang autoritarian. Cara membesarkan kanak-kanak oleh ibu bapa ini dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan.
Sebenarnya cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan menggunakan disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.
Lebih tengking daripada puji. Lebih pukul daripada peluk. Lebih marah daripada belai. Lebih rotan daripada cium.
Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering. Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong. Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
Anak dikata sibuk bekerja. Anak dikata lupa orang tua. Anak dikata pentingkan keluarga. Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah. Anak tumpahkan air, kita pukul. Anak pecahkan cawan, kita rotan. Anak menangis, kita herdik. Anak ajak main, kita leka. Anak ajak berbual, kita tak endah. Anak ajak pergi jalan, kita penat. Anak makan sendiri terkial-kial. Anak main sendiri termangu-mangu. Anak tidur sendiri tersedu-sedu. Anak tak pandai, kita keji. Anak pandai, kita tak puji. Anak berjaya, kita tak hargai. Anak membesar dengan memori sepi.
Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar. Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi…kerana dibesarkan …walaupun tidak dibelai dan dimanja.
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang….
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata “Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam”
Sumber : Uswatun Hasanah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar dilihat semakin bertambah bahagia sejak punya anak mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Melewati Instagram pasangan ini, ada sahaja momen dan wajah terkini Ameena yang sentiasa dikongsikan oleh Aurel dan Atta.
Terbaru, pasangan ini dilihat sedang bercuti di Bali bersama buah hati tersayang mereka.
“Masya Allah Tabarakallah. Pengen dehh tinggal di Bali.
“So peaceful. Ameena selalu happy di ajak jalan-jalan apa lagi kalau ke pantai,” tulisnya di kapsyen ketika bercuti di Bali.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah Ameena yang semakin hari semakin comel dan sihat membesar dikala usianya yang kini sudah pun hampir empat bulan.
Wajah-wajah comel Ameena juga turut dikongsikan pasangan ini sepanjang percutian singkat mereka sekeluarga.
Tidak mahu Ameena pakai pakaian terdedah
Paling menarik, Aurel dan Atta juga turut memakaikan anak sulung mereka dengan tudung di kepala.
Malah memetik laporan Kapan.com, kedua mereka tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan biarpun masih kecil.
Melalui perkongsian Atta di vlognya, dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulunya itu.
Terdahulu, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar diijabkabulkan pada 3 April 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Februari lalu.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.