
Biasanya ibu atau ayah yang boleh jadi ‘tarzan’ bila anak tak pandai membaca. Bimbang anak akan ketinggalan apabila masuk darjah satu tahun hadapan. Perkongsian ibu ini memang amat berguna apabila anaknya yang tidak tahu membaca akhirnya dapat membaca dengan lancar.
Berikut adalah tip yang dipraktikkan oleh Puan Nurul Jamian untuk mendidik anaknya dan pada masa yang sama menggunakan buku bacaan khas mengajar anaknya membaca.
9 Tip Mengajar Anak Membaca
TIP1:Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.
TIP2:Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar.
Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar.
TIP 3: Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku.
TIP 4: Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata ‘Na’. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata ‘Na’ tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat.
TIP 5
Sumber: itsmenurul.blogspot.my