Ibu Ayah Leka Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Di Eskalator Akibat Terlepas Dari Dukungan Ibu!

Share

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut terjatuh dari eskalator ketika ibu ayahnya sibuk berselfie.

Bayi malang tersebut terlepas daripada dukungan ibunya dalam satu kejadian yang berlaku di pusat membeli belah di India.

Dalam rakaman kamera pengawasan litar tertutup menunjukkan pasangan tersebut mengambil gambar selfie di luar kedai berhampiran dengan eskalator.

Suami wanita tersebut mengambil gambar selfie di luar kedai
Pasangan ini mula naik eskalator

Mereka kemudian beredar sebelum kembali ke eskalator untuk ke kedai seterusnya.

Ketika itu, wanita tersebut dilihat mendukung anaknya dengan menggunakan sebelah tangan sebelum bayi malang tersebut terlepas dari dukungan lalu tercampak ke luar eskalator.

Rakaman menunjukkan bayi terlepas dari dukungan ibunya

Mereka kelihatan cemas dan orang ramai bergegas menghulurkan bantuan.

Menurut peniaga yang menyaksikan insiden tersebut, suami wanita tersebut mengajak isterinya untuk berswafoto ketika berada di eskalator, mengakibatkan wanita tersebut hilang keseimbangan dan tanpa sengaja terjatuhkan anaknya.

Rakaman menunjukkan pada awalnya bayi tersebut terhantuk pada palam besi sebelum terjatuh di antara ruang tepi eskalator hingga ke tepi lantai di pusat beli belah di Ganganagar, Rajasthan.

Ibu ayah yang cemas segera berlari untuk menyelamatkan bayi mereka

Para peniaga yang panik segera berusaha membantu menyelamatkan, bagaimanapun bayi tersebut mati di tempat kejadian sebaik jatuh di lantai.

Bayi kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Para peniaga yang panik melihat kejadian juga cuba membantu.

Pihak polis yang datang ke lokasi kejadian sedang menjalankan siasatan.

“Ia jelas satu kemalangan,” menurut jurucakap.

‘Keluarga bayi malang ini menolak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana ia jelas satu kejadian kemalangan.’

Pasangan itu dikatakan baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sebelum mengambil keputusan untuk bersiar-siar di dalam pasar raya tersebut.

Sebelum ini dalam satu kejadian hampir sama beberapa hari lalu, seorang bayi juga maut terjatuh dari tingkat dua selepas terlepas dari dukungan ibunya di Mumbai.

Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran kepada semua ibu ayah yang ada anak kecil. Sentiasa utamakan keselamatan mereka. Jangan berselfie di eskalator!

Sumber: dailymail

IKLAN