Kelahiran terutama sekali secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya tumpah darah. Ibu ayah wajib untuk ambil tahu risiko yang mungkin boleh berlaku semasa selepas proses kelahiran tersebut.

Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor, tumpah darah adalah salah satu komplikasi yang boleh terjadi semasa proses kelahiran sama ada kelahiran normal atau caesarean.

Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran

Caesarean telah dikenal pasti boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak dari bersalin normal dengan anggaran maksimum darah yang keluar boleh mencecah 1L.

Manakala anggaran maksimum darah semasa bersalin normal adalah 500ml. Oleh itu seseorang wanita itu akan dikatakan telah mengalami tumpah darah sekiranya anggaran darah selepas bersalin melebihi 500ml untuk bersalin normal atau melebihi 1 liter untuk bersalin caesarean.

Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran

9 KEADAAN YANG BOLEH MENINGKATKAN RISIKO TUMPAH DARAH

Terdapat 9 keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran kepada ibu.

#1 URI BAWAH

Uri bawah (placenta previa) yang dapat disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Tahap yang paling serius ialah tahap 3 dan 4.  Hal ini biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat caesarean pada kelahiran terdahulu atau pembedahan fibroid, pernah melakukan D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai sejarah infeksi/radang pada rahim (endometritis).

#2 URI LEKANG

Uri lekang (placenta abruptio) yang berlaku apabila uri lekang/tercabut sebahagian atau sepenuhnya dari dinding rahim lebih awal iaitu sebelum bayi lahir. Ia sering terjadi pada ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi  semasa hamil, Pre-eklamsia, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban terlalu kurang disebabkan uri tidak sihat atau air ketuban pecah awal.

IKLAN

#3 URI MELEKAT

Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan akar uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga ke dinding pundi kencing menyebabkan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal.

#4 HB RENDAH

Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.

#5 ANAK KELIMA KE ATAS

Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim sudah kurang kenyal dan kuat untuk mengecut secepat mungkin selepas bersalin.

#6 RAHIM MEMBESAR MELEBIHI KEBIASAAN

IKLAN

Pengembangan rahim yang lebih daripada normal semasa mengandung sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak atau saiz bayi terlalu besar (4kg ke atas).

#7 PENYAKIT BERKAITAN DARAH

Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.

#8 RAHIM PECAH

Rahim pecah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas , pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).

#9 PROLONGED LABOUR

 Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung terlalu lama contohnya lebih daripada 12 jam . Ia boleh disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang tidak normal seperti occipo-transverse/occipito-posterior dan kes paksa salin/induksi. Keadaan ini juga  boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin.

IKLAN

Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran

RAWATAN BAGI IBU TUMPAH DARAH SEMASA BERSALIN

Biasanya semasa kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka terutama di kawasan uri melekat pada dinding rahim. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup sepenuhnya kerana rahim yang tidak mengecut atau uri tidak berpisah sepenuhnya.

Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran

Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterine atony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.

  • Mengurut bahagian atas rahim.
  • Memberikan ubat mengecutkan rahim contohnya Sintometrin atau
  • Melakukan tekanan/compresi kepada rahim
  • Menyusukan bayi secepat mungkin.
  • Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia cepat mengecut.
  • Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan.

Tahukah anda? Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran.

PERSEDIAAN BAGI IBU BERISIKO TINGGI

Bagi ibu yang dikenal pasti berisiko tinggi untuk mengalami pendarahan, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan dari segi mental dan fizikal.

  1. Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada hospital yang mempunyai pakar perbidanan dan sakit puan.
  2. Mengelakkan bersalin secara caesarean kecuali tiada pilihan lain contohnya uri bawah atau bayi songsang. Bersalin normal adalah terbaik.
  3. Memastikan paras hemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl sebelum bersalin.
  4. Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah.
  5. Memastikan jarak antara kelahiran  lebih dari 18 bulan terutama ibu yang pernah melahirkan secara caesarean dengan menggunakan kaedah perancangan keluarga yang sesuai.
  6. Memastikan BMI yang normal sebelum kehamilan.

Ibu Ayah Perlu Faham Risiko Tumpah Darah Lepas Bersalin. 9 Ibu Berisiko Ini Perlu Berhati-Hati Rancang Kelahiran

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI