Mak ayah kena tahu 3 jenis learning style ni. Setiap anak cara belajarnya tak sama. Salah cara ajarnya, risau boleh makin tercicir anak nanti.
1 – Visual
Paling ramai jenis visual. Lebih kurang 65 peratus kanak-kanak dalam kategori ni. Selalu nampak mereka ni macam kuat berangan, termenung & susah fokus belajar.
Mereka ni hebat belajar jika ada :
– warna
– bentuk
– riak muka
– corak
– tempat menarik
– bahasa tubuh
– gambar
– video
– peta
– graf
– jadual
2 – Auditory
Telinga paling sensitif adalah auditory learner. Sekitar 30 peratus kanak-kanak dunia, dan cara mereka belajar adalah dengan mendengar.
Cara terbaik auditory belajar ialah :
– arahan
– kata-kata
– muzik
– bunyi bunyian
– irama
– peraturan
– audio book
– perbualan
– tukar pendapat
– bercakap
Ads
3 – Kinestetik
Hanya sekitar 10 peratus sahaja tapi mereka ini la yang paling bertenaga & paling aktif sekali berbanding lagi dua di atas. Susah nak duduk setempat, ramai orang tak faham & tahan nak ajar anak kinestetik.
Sebab mereka ni kalau nak belajar kena ada :
– gerakan
– aktiviti
– hand on
– sentuhan
– stimulasi fizikal
– praktikal
– buat sendiri
– kaitan dengan diri
– cabaran
Ads
Setiap anak yang normal pasti ada ketiga-tiga deria visual, auditory & kinestetik ni. Cuma selalunya hanya satu sahaja yang paling dominan & paling besar pengaruh dalam gaya belajar anak..
Eh, beruntung dapat tahu apa learning style dominan anak sejak dari awal. Learning style ni ibarat dapat tahu ‘formula rahsia’ untuk anak jadi orang yang hebat kelak.
Wallahu a’lam…
Ada anak-anak yang dilahirkan memang mempunyai bakat dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebayanya. Bersyukur dan bertuahlah si ibu ayah. Tetapi sejauh mana kita tahu yang anak kita mungkin mempunyai kebolehan luar biasa berbanding kawan-kawannya?
Kadangkala kita tak perasan pun mengenai pencapaian dan kebolehan si anak. Pada anggapan kita ia adalah perkara biasa dan mungkin dicapai oleh semua kanak-kanak seusia mereka. Ini kerana ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah berkesudahan.
Makanya sebagai ibu bapa, kita hendaklah lebih prihatin dan berinformatif mengenai perkembangan kanak-kanak. Jika anak kita mempunyai tanda-tanda yang dia dianugerahkan bakat dan kebolehan luar biasa maka ibu ayah sepatutnya memberikan sokongan dan perhatian supaya kebolehan mereka akan lebih berkembang dengan positif.
Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda istimewa atau kebolehan luar biasa pada seseorang kanak-kanak mungkin membantu anda mengenali potensi diri si kecil.
Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:
1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.
2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.
3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.
4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.
5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.
6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.
7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.
Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.
Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.
Aku cuba move on dan berhenti pikir benda ni, tapi tak boleh. Hari-hari teringat, setiap masa. Bila teringat jadi marah, geram, sedih. Aku bersyukur walaupun emosi aku terkoyak teruk dengan kes ni, aku masih tidak bertindak di luar batasan.
Ramai orang pm aku tanya perkembangan kes anak aku, Hannah Khawlah yang patah paha 3 hari sebelum raya puasa hari tu. Aku diam je, aku malas nak jawab. Ada 4 5 orang jugak dari mereka yang aku stalk FB, nampak macam lawyer. Oleh itu, malam ni aku nak cerita kisah sebenarnya. Aku tahu ada yang sampai set see first profile aku semata-mata nak tahu perkembangan kes anak aku. Aku baca semua message request korang, tapi aku tak reply. Terima kasih kerana ambil berat.
Jadi, hari ni aku nak cerita la. Minggu lepas aku pegi IPD, jumpa pegawai penyiasat lagi sekali untuk tambah statement. Buat pengetahuan kalian, suspek masih belum dituduh. Aku faham kesukaran IO nak tuduh orang tanpa bukti yang kukuh, lagipun melibatkan arahan mahkamah.
Begini, tarikh 12/06/2018 lebih kurang pukul 6:50am aku siapkan anak aku. Anak sulung aku dah keluar awal-awal lagi dah dengan bini aku. Bulan puasa memang selalu bini aku keluar awal. Jadi, pagi tu aku tukarkan pampers dengan pakaikan baju pada Hannah. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan. Kira-kira sepanjang 10 tahun terlibat dengan bidang perubatan ni, rasanya tak kurang dari 100 pesakit dah aku simenkan. Dah beribu pesakit yang patah aku pernah saksikan dan bantu uruskan. Maknanya di sini, amatlah tidak logik jika aku terlepas pandang yang kaki anak aku patah dari rumah. Patah paha ni dok saja-saja pun sakit yang amat, apatah lagi kalau nak pakaikan pampers, pakai seluar. Lagi la kuat dia melalak.
Tuan-tuan, anak aku ni patah paha. Bukan patah jari kelingking. Patah paha ni aku cakap kau, kalau kena orang dewasa pun melalak macam nak putus nyawa. Ni budak 3 bulan, kalau aku pakaikan pampers dalam keadaan dia dah patah, memang dia dah menangis gila-gila la. Sehari dua tu anak aku selsema. Memang dia memerap sikit. Kalau letak dia menangis. Kena belai lebih. Amatlah tidak sama menangis budak tak sihat dengan menangis patah paha.
Nak kata patah dalam perjalanan ke rumah pengasuh, jarak rumah dia ke rumah aku tak sampai 30 langkah pun.
Berbeza masa aku pegi balik pukul 2pm, aku tengok je dah tahu kaki anak aku patah. Gambar pertama kat bawah ni adalah gambar yang aku ambik sebelum aku sentuh anak aku. Aku nampak kaki dia ada ‘obvious deformity’, terus aku snap gambar. Kemudian aku check, confirm patah.
Tiga hospital aku bawak, Hospital Shah Alam, PPUM dengan Hospital Serdang. Nak dapatkan rawatan terbaik punya pasal. Sedih tu tak payah cakap la. Sapa tak hancur hati tengok anak kecik macam tu dah terseksa.
Pengasuh cakap anak aku menangis sejak aku hantar dari pagi. Dia ingat menangis biasa-biasa, tengahari baru perasan kaki bengkak. Aku anggap ini cerita dongeng lagi merepek. Kalau ada yang kata pengakuan itu logik, bak sini aku cuba patahkan paha anak kau, aku nak tengok melalak tu jenis biasa ke jenis macam mana.
Kenapa ambik masa dari 7pagi sampai pukul 1:30 baru nak maklumkan aku yang anak aku menangis tak berenti? Masa aku pegi amik anak aku tu, belum sentuh pun dia menangis kuat gila. Aku angkat je, terus menangis selak, aku tak dapat nak bayangkan sakit dia tu macam mana. Menurut report pengasuh, katanya anak aku merengek ketika aku hantar pagi tu. Kena dukung manjang, letak je nangis. Baru aku tahu kalau budak umur 3 bulan pata paha dia akan merengek je. Dan bila dukung dia senyap. Sangat la kontra dengan realiti sebenar di mana kalau ada kepatahan, dukung lagi la kuat menangis kerana ada pergerakan, ini situasi yang berlaku masa aku pegi ambik anak aku petang tu. Aku tak nafikan anak aku ada merengek, tapi itu sebab 2 3 hari tu dia demam selsema.
Aku malas nak fikir banyak-banyak kenapa itu jadi begitu atau ini jadi begini, bukan tugas aku untuk menyiasat dan dakwa. Aku cuma pengadu. Aku tiada kuasa. Aku pun dah dimaklumkan oleh IO tentang SOP nak tuduh suspek dan aku akur.
Aku diberitahu kes tak dapat dituduh kerana itu la, kerana aku tak dapat buktikan anak aku dihantar dalam keadaan normal. Aku terkedu jugak la dengar. Aku anggap ini ketentuan dari Allah je la. Aku dah usaha pegi report polis, tapi keadilan bukan milik anak aku. Mungkin Allah bagi balasan dalam bentuk lain pada manusia yang datangkan kesakitan pada anak aku tu. Aku berserah je. Kalau Allah nak laknat hidup dia, maka terlaknatlah.
Jadi, itulah dia. Aku dah tak nampak jalan dah dengan kes ni. Anak aku pun dah makin sihat dan membesar dengan baik. Cuma nampak la kaki dia yang patah tu tak aktif sangat, bila meniarap dan nak pusing, kaki yang patah tu tak bergerak. Dia tak guna banyak kaki tu. Mohon doa supaya anak aku tiada kecacatan masa dia besar nanti.
Aku beranggapan dakwaan melalui criminal setakat ini gagal atau belum berjaya. Akan datang tak tahu. Atas nasihat peguam yang dilantik untuk kes ni iaitu Tetuan Redzuan& Faiezad dari The Law of Chambers, kalau possible dan ada peluang kami akan cuba dengan saman sivil.
Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini bermaksud ibu bapa perlulah mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak bermula sejak mereka masih kecil.
Dan tindakan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin berkongsi sebuah video dia menegur dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh di laman Instagram miliknya dipuji ramai.
Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.
Malah tindakan itu mendapat pujian ramai netizen sehingga ada yang mengaitkan kenangan mereka dimarahi ibu bapa ketika kecil dahulu.
Bagaimanapun menerusi posting terbaru Sarah di laman Instagramnya, memaklumkan ada yang tidak bersetuju dengan cara Sarah memarahi anak-anak.
Ada yang beranggapan Sarah terlalu kejam dalam mendidik anak-anak, serta tidak menghormati dan membuli anaknya sendiri kerana memuat naik video mereka dimarahi.
Namun sebagai ibu, Sarah berpendapat, anak-anak perlu diajar untuk mereka memahami apa yang dituturkan.
“Ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya suruh anak saya berjanji untuk tidak bergaduh, atas alasan janji itu perkara berat bukan boleh di buat main-main dan anak sekecil itu tak faham.
“Baik ini pulak pendapat saya, sedangkan orang dewasa pun ramai yang tak faham tentang janji, ini kan lagi anak kecil.
“Anak kecil mungkin tak faham janji itu apa, tapi kita harus bagi mereka faham berkenaan janji
“Contoh sekiranya terjadi lagi pergaduhan saya akan ingatkan anak saya tentang janji yang pernah dia buat. Jadi lama kelamaan anak itu akan faham tentang janji.
“Dalam masa yang sama mereka akan terima hukuman,” jelasnya.
Tambah Sarah, apa pun yang setiap apa yang dilakukan haruslah bermula dengan ibu dan ayah.
“Seperti saya, apa yang saya janjikan pada anak saya , saya akan kotakan. Saya tidak akan menuruti kehendak anak-anak saya hanya kerana tak nak dengar anak saya menangis dan memberikan janji-janji kosong supaya anak tidak buat perangai.
“Sekiranya saya kata tidak bermakna tidak. Anak harus didik.
“Itu pendapat saya dan hanya sekadar pendapat. Maafkan saya sekiranya menguris. Saya juga manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian & Ig Siti Sarah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.