Kebanyakan wanita dalam kalangan masyarakat kita gemar untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin dan ia memang pilihan tepat. Ini kerana berpantang selepas bersalin memang sangat perlu bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala.
Terpulanglah kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.
Cara berpantang sendiri
Selepas melahirkan anak, ada satu tempoh di mana wanita memerlukan penjagaan yang panjang lagi rapi bagi memastikan tubuh badan sihat dan kuat kembali. Tempoh ini dinamakan sebagai ‘tempoh pantang’ dan ia berbeza bergantung kepada kaum, tradisi serta tahap kesihatan tubuh badan seorang wanita itu.
Dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh ini kebiasaanya berlarutan selama 44 hari ataupun 100 hari – mengikut pilihan. Ketika ini, anda sangat tidak digalakkan untuk banyak bergerak dan beraktiviti kerana berehat dengan cukup adalah keutamaan yang wajar dipatuhi.
Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh wanita sebagai cara berpantang sendiri? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Perkara utama
Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpantang bukanlah sesuatu yang mudah ekoran belum cukup pengetahuan dan pengalaman. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian bertanyakan pendapat kepada pakar sama ada perlu buat cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional.
Tanpa mengira cara yang dipilih, anda perlu pastikan bahawa ada beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian sebagai cara berpantang sendiri.
Berikut merupakan 4 perkara utama yang dimaksudkan itu:
Ads
#1. Dapatkan rehat yang cukup
Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Manakan tidaknya, anda perlu menjaga dan menyusu bayi yang memerlukan 100% perhatian anda, jadi sila dapatkan rehat yang cukup. Antara tip yang mungkin kami boleh berikan di sini adalah untuk anda tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur, sila cuba ya?
#2. Amalkan diet sihat
Selain itu, wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi mendapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. Oleh itu, sila ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!
#3. Jangan malas untuk bersenam
Jangan salah sangka, anda mungkin tidak perlu untuk terus bersenam sehari, seminggu atau sebulan selepas anda melahirkan bayi. Sebaliknya, dapatkan nasihat pakar tentang waktu yang sesuai untuk kalian kembali aktif bagi memastikan tubuh badan kekal cergas.
Namun adalah sangat penting untuk anda tidak melakukan senaman yang berintensiti tinggi, tapi mulakan dengan berjalan atau berjoging.
#4. Minta bantuan orang lain
Ads
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, sila dapatkan bantuan daripada pakar, keluarga serta rakan untuk membantu anda ketika ini. Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan pasangan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
Paling penting, kalian juga mungkin mahu melanjutkan cuti bersalin jika bekerja untuk memastikan tubuh badan bersedia sebelum kembali ke pejabat.
Biasakan diri dengan perubahan!
Ketika anda sedang menjalani cara berpantang sendiri di rumah, tidak dinafikan mungkin akan berlaku banyak perubahan pada diri anda. Selain perubahan pada aspek mental, anda juga mungkin akan perasan bahawa perubahan juga berlaku pada aspek fizikal yakni tubuh badan.
Oleh itu, anda perlu biasakan diri dengan perubahan yang biasa terjadi seperti berikut dan amalkan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional:
Pembengkakan buah dada
Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin. Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. Jika ia turut melibatkan kerengsaan pada puting, anda mungkin boleh dapatkan krim dari doktor untuk mengurangkan rasa sakit dan ngilu tersebut.
Perubahan dinding pelvik
Ads
Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal. Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:
Senaman Kegel
Duduk di atas bantal
Tuam kawasan terbabit
Dalam pada itu, sila elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.
Sembelit
Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting. Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar. Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap ibu hamil itu perlu untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin sama ada secara moden atau tradisional. Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan wanita itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala semula.
Di samping itu, ia juga merupakan kesempatan waktu untuk si ibu dan si anak mengeratkan hubungan mereka. Jika wujud sebarang persoalan tentang berpantang selepas bersalin, sila rujuk pakar untuk lebih informasi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita kerap mendengar istilah Sindrom Aspirasi Mekonium atau ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
Sindrom Aspirasi Mekonium merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia sama ada disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Obstetrik & Ginekologi Subang Jaya Medical Centre mengenai keadaan ini.
Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Pada kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Tetapi dalam kes tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab seperti kes Anis di mana bayinya tidak stres atau tertekan tetapi sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.
BAYI TERTELAN MEKONIUM
Apabila mekonium dikeluarkan dan terbebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang merawat akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium. Mereka kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pneumothorax atau PPHN.
SIAPA BERISIKO?
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri `lebih matang’. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium menjadi pekat. Oleh itu MAS lebih kerap terjadi kepada kandungan yang ‘lebih hari’ (past due) berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
Jangkitan kuman pada ibu.
Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil.
Ibu yang menghadapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar.
Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Ibu yang merokok dan mengambil dadah.
KESAN TERTELAN NAJIS KEPADA BAYI
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah;
Mekonium boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat. Secara tidak langsung paru-paru terlampau berkembang sehingga menyebabkan `pneumothorax’ iaitu keadaan di mana paru-paru bocor.
Ia juga boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di paru-paru atau Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN). Oleh itu bekalan darah ke paru-paru berkurangan menyebabkan bayi sukar bernafas.
Walaupun mekonium itu steril, kehadirannya di dalam saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan/ keradangan paru-paru (Pneumonitis)
Di dalam situasi yang jarang berlaku, Sindrom Aspirasi Mekonium yang teruk boleh menyebabkan kurang bekalan oksigen ke otak bayi.
USAHA PENCEGAHAN
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak terhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Kira-kira 5 % sahaja bayi yang membuang najis dalam kandungan akan mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium. Bayi yang awalnya mengalami pernafasan laju akan mula bernafas secara semula jadi selepas empat hari. Sindrom ini jarang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalsium seperti yang kita ketahui memainkan peranan penting dalam badan manusia untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi. Selain itu kalsium juga membantu jantung manusia berdegup dengan baik dan bekerja untuk menjadikan darah, otot dan saraf berfungsi dengan baik juga.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kita kerap sakit pinggang, kurang nafsu makan, kerap gelisah, lesu, berpelung, kejang, sembelit dan sesak nafas, turunnya metabolismen, daya tahan badan dan insomnia. Kurang kalsium juga boleh mengganggu kesihatan gigi manusia.
Jangan main-main dengan perkara ini kerana ia telah dialami sendiri oleh anak kepada Atuk Limie Mohamadyang terpaksa menjalani pembedahan membuang kesemua gigi susunya akibat mempunyai masalah kekurangan kalsium dan masalah lain.
Semoga perkongsian daripadanya ini dapat dijadikan teladan kepada semua ibu bapa lain supaya jangan mengabaikan tentang penjagaan gigi dan pemakanan anak dari kecil. Baca kronologi perkongsian kisah anak kecil ini.
Alhamdullilah.. Hannan Selamat dah buang semua gigi.. Skrg dia dah separuh sedar… Doktor kejut gok.. biasa org lain tidur 3-4jam. Terima kasih semua sahabat berkat Doa Semua.
#Makluman pada yg share Gigi rosak bukan sebab kuat makan coklat. Anak saya ni kurang calsium lepas susu ibu dia tak minum susu. Dan kuat milo dan malas gosok gigi. Kalau punca coklat 2 Org lagi abg dan kak dia akan terima nasib yg sama. Pada semua yang PM saya. Maaf saya tak sempat nak jawab semua msg anda.Tp saya jawab bila free. Dibawah ni saya sertakan kronologi anak saya.
#Kronologi Pembedahan Gigi Hannan Kerosakkan gigi Hannan bukan berpunca dari kuat makan gula-gula. Punca utama Hannan selepas 2tahun susu ibu. Hannan tidak lagi minum susu. Sebaliknya dia lebih suka minum milo. Dan lambat lepa.. kopi Abi dia pun dia minum. Kekurangan Calsium gigi bercampur malas gosok gigi punca utama kerosakkan gigi Hannan.
4 Tahun Masuk umur 4tahun. Hannan pernah buat pemeriksaan gigi di klinik swasta. Doctor hanya bagi ubat tahan sakit.
5 Tahun Berumur pertengahan 5 Tahun. Boleh dikatakan setiap minggu Hannan Sakit gigi sampai tak boleh tidur… skali lagi buat pemeriksaan klinik swasta. Kali ni kesan kerosakan lebih besar… gigi geraham dia telah rosak dan berlubang. Menyebabkan gusi bengkak. Pada masa yg sama.. gigi depan juga sudah rosak menyebabkan nafas berbau. Kami minta Doktor buang. Tapi dinasihatkan biar gigi susu tercabut sendiri. Dan doktor hanya bagi ubat tahan sakit yg mampu bertahan seminggu.
November tahun 2017 skali lagi kami ke klinik pemeriksaan. Masa ni gusi Hannan dah bengkak dan dia sendiri tidak selesa.. dgn selalu meludah mungkin sebab gusinya bengkak.Doctor nasihatkan kami pergi ke klinik kerajaan. Kerana umur hannan baru 5tahun dan ada risiko utk buat di klinik swasta. (Risiko blaje besor kikiki, Moga kite rakyat yang membayar cukai..kite cari Hospital kerajaan).
Permulaan kami pergi ke klinik gigi 1Malaysia. Utk buat pemeriksaan. (Doctor baru) . Doctor cadangankan bertahan dgn ubat tahan sakit dahulu.. utk cuba rawat gusi dan tahan sakit gigi. Keadaan masih tidak berubah. Hanya bertahan satu @ minggu sahaja.Selepas sebulan Kami pergi lagi buat pemeriksaan. Kali ni Doctor klinik 1Malaysia cadangkan tunggu sehingga umur 6 Tahun utk temu janji cabut gigi.
6Tahun Kami kena datang skali lagi ke klinik 1Malaysia utk buat pemeriksaan dan temu janji. Alhamdullilah walaupun doctor lain.. tp rekod Hannan sudah ada.. hanya sambung kes.. dan buat temu janji dgn pakar utk rujuk ke hospital besar kuala terengganu. Pertengahan January kami dapat date utk temu janji di hospital besar. Datang utk pemeriksaan skali lagi oleh pakar. Dan pada mulanya dicadangkan utk cabut mana gigi yg rosak. (Cuma tinggal 3btg sahaja gigi depan yang elok). Skali lagi diberi tahu utk temu janji cabut gigi Hannan perlu tunggu 3 hingga 6 bulan. Erkkk lamanya… Tp sebenarnya perkara biasa kerajaan sebab kena selesai kes terawal.. Pihak hospital akan call bila tarikh yg ada.
Selepas 2minggu buat pemeriksaan pakar. Alhamdullilah dapat panggilan dari Hospital bagi date 21hb febuary boleh datang ke hospital utk pemeriksaan bius. Dan 22hb feb Hannan dapat date pembedahan. Alhamdullilah. Bagi tahu Hannan Esok nok cabut Gigi. Suka dia dgr…
22 Feb. 2018
Perjalanan ke bilik Bedah.
10.45 pagi Hannan Dibawa ke bilik bedah.
11.15 pagi Hannan diminta doctor utk meniup belong (bukan belong sebenarnya bius yg diletakkan dimulut). Dlm 5minit Hannan mula tidur.. Dan saya diminta mencium anak dan dikehendaki tunggu diluar.
12.30 Saya dipanggil dan diberitahu pembedahan dah selesai. Hannan dikeluarkan dari bilik pembedahan. Semasa berbincang dgn doctor keadaan semasa Hannan. Tiba tiba dia buka mata dgr apa saya bincangkan dgn doctor.. eh! Terkejut… sepatutya dia masih tidur. Memandangkan dia sedar.. saya tanya dia “Sakit dok Hannan?” Dia hanya hilingkan kepala tanda tidak sakit. Perjelasan Doctor dia cabut semua gigi sebab 1. Gigi rosak teruk, 2.Gigi depan dia dah nak keluar gigi kekal dan dah bergoyang.
1.00pm Hannan di pindahkan ke Wad untuk rehat. Masa ni dia tak tidur.. cuma asyik salin kapas mulut utk buang darah.
Alhamdullilah selesai bedah.. ambil masa 1jam 15minit. Doctor buang semua gigi susu. Kerana gigi telah rosak menyebabkan gusi bengkak.
1.30pm Nurse datang hantarkan Milo ais dan Ais kosong. (Lupa nak bagi tahu. Hannan kena puasa dari 12malam hingga selesai pembedahan. Air masak juga dilarang minum pada masa ni. Jadi dari 9.30 mlm sebelum hingga 1.30pm Hannan tidak minum dan makan).
30minit selepas keluar bilik bedah. Nurse bagi air milo ais.. dan ais sejuk.
1.30-4.00 Masih menunggu pengesahan Doctor utk pulang.
4.30 Alhamdullilah dibenarkan pulang dan Hannan berada dlm keadaan sihat seperti biasa. Perjalanan Pulang. Permintaan pertama Hannan aiscream, dan saya ajak dia makan roti utk alas perut. Habis sebijik telur separuh masak dan roti sekeping.. berselera macam dok sakit.
4jam selepas pembedahan dibenarkan keluar… Permintaan pertama Aiskrim.
Disebabkan Hannan Puasa dari pukul 12malam skrg jam 5.30ptg baru jumpa makanan. Bagi makanan lembut.. Roti goyang. Alhamdullilah habis sekeping roti.
Alhamdullilah Selesai masalah gigi Hannan.
Berkenaan bayaran Saya update sedikit yg bertanya kos rawatan Utk klinik swasta skali rawatan antara RM40-RM55. Klinik 1Malaysia RM1.00 setiap kali rawatan. Hospital Besar Pakar RM18.00 (jika kakitangan kerajaan Percuma @ Maybe RM1.00).
Hadiah dari Jabatan Bedah Dan Mulut Hospital Kuala Terengganu ketika menjalani rawatan susulan selepas seminggu dibedah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial mengenai adik Syafa Adreena yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga terpaksa ditidurkan.
Menerusi perkongsian bapanya, Syahrul Hazni, baru-baru ini, kesihatan adik Syafa Adreena semakin teruk setelah mengalami jangkitan di paru-paru dan ditidurkan sejak 15 Julai lalu.
Bagaimanapun, menurut Syahrul Hazni kepada Pa&Ma, setelah lima hari ditidurkan, dengan berkat doa orang ramai, Syafa Adreena dah mulai sedar 20 Julai.
Buat masa ni Syafa masih dalam ICU. Cuma sekarang ini, doktor tengah fokus nak kuatkan paru-paru bagi bernafas sendiri tapi masih kena ada bantuan oksigen.
Ini kerana jangkitan kuman paru-paru masih teruk dan kahak dalam paru-paru, hidung dan mulut masih banyak.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan yang berlaku pada Syafa Adreena, Syahrul berkata, pada mulanya hanya demam panas, batuk dengan selesema saja.
“Kami suami isteri bawa ke klinik dan doktor bagi neb. Lepas tu, ok dan boleh balik ke rumah esoknya.
“Cuma yang buat kami tak sedap hati, badannya makin panas dan baby makin lemah. Jadi doktor buat keputusan untuk bawa ke hospital dan perlu masuk wad.
“Setelah 3 hari berada dalam wad, Syafa nampak ok sedikit tapi tiba-tiba hari ketiga petang, oksigen Syafa tiba-tiba drop dan doktor buat keputusan untuk intubate.
Kongsi Syahrul Hazni, daripada keputusan last x-ray 18 Julai, result paru-paru kena jangkitan kuman teruk, doktor nak repeat x-ray lagi sebab sekarang dah on antibiotik yang paling kuat. Kongsi Tengok keadaan Syafa sekarang dah makin baik sikit.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.