Keibubapaan

Ibu Bapa Berlonggok Di Kantin Sekolah: Menyakitkan Hati Bila Anak Terpaksa Rehat Tepi Longkang

Share

Ibu Bapa Berlonggok Di Kantin Sekolah Bukan Isu Kecil

Hari pertama persekolahan Tahun 1 selalunya penuh dengan momen manis dan emosi. Anak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, ibu bapa pula teruja nak menemani, ambil gambar dan pastikan anak selesa di persekitaran baharu.

Namun, dalam keterujaan itu, ada segelintir ibu bapa yang terlupa tentang batasan dan hak murid lain. Isu ibu bapa berlonggok di kantin sekolah ini sebenarnya bukan perkara baharu, malah berulang hampir setiap tahun.

Perkongsian Seorang Bapa Yang Menyentuh Hati

Menerusi satu perkongsian, seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak gadisnya yang berusia 12 tahun mengadu situasi yang sama berulang saban tahun.

Setiap kali sesi persekolahan baharu bermula, khususnya melibatkan murid Tahun 1, kawasan kantin sekolah akan dipenuhi ibu bapa. Ada yang berdiri rapat di tempat murid beratur, ada yang menunggu anak makan, malah ada yang terus duduk di meja kantin.

Akibatnya, murid-murid lain tidak mempunyai ruang untuk berehat dan makan dengan selesa.

Anak Terpaksa Rehat Di Tepi Longkang

Apa yang lebih menyedihkan, anak kepada bapa tersebut terpaksa duduk berehat di tepi longkang kantin kerana semua tempat duduk dipenuhi oleh ibu bapa yang menunggu anak masing-masing.

Situasi ini jelas menunjukkan bagaimana sikap ibu bapa berlonggok di kantin sekolah boleh memberi kesan langsung kepada murid lain yang tidak bersalah.

Respon Mohd Fadli Salleh Yang Tepat

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pendidik terkenal, Mohd Fadli Salleh. Beliau menyatakan rasa terkejut kerana masih ada ibu bapa yang tidak mempunyai common sense dalam persekitaran sekolah.

Menurut beliau, kehadiran ibu bapa bukan sekadar seorang dua, malah ada yang membawa satu keluarga lengkap  adik-beradik, atok dan nenek  semata-mata untuk menunggu seorang anak makan.

Ada lagi perangai parents suka duduk kat meja kantin masa rehat murid.

Tak ada common sense langsung. Dah la sekolah tu baik benarkan parents masuk ajsr anak membeli, pantau anak hari-hari awal persekolahan ni. Dah bagi kebenaran khas ditibai ambil hak murid-murid lain pula.

Memang patut la kebanyakan sekolah dah tak benarkan mak ayah masuk ke sekolah walau hari pertama. Puncanya segolongan macam ni lah.

Budak sampai rehat dan makan tepi longkang kerana mak ayah murid tahun 1 duduk di meja kantin tunggu anak dia makan. Siap pakej bawak semua ahli keluarga, adik beradik, atok nenek tunggu anak makan.

Adoi la. Ingatkan 2026 dah tak berulang dah peristiwa ini. Rupanya masih ada.

Bawak-bawak la fikir tentang orang lain juga. Jangan dok pentingkan diri sendiri dan anak sendiri sahaja.

 

Bila Kebaikan Sekolah Disalahgunakan

Sekolah sebenarnya bertolak ansur dengan membenarkan ibu bapa masuk pada hari-hari awal persekolahan bagi membantu anak menyesuaikan diri. Namun, sikap ibu bapa berlonggok di kantin sekolah ini seolah-olah mengambil kesempatan sehingga mengganggu hak murid lain.

Lebih mengecewakan, ada ibu bapa yang terus duduk di meja kantin ketika waktu rehat murid.

Punca Sekolah Larang Ibu Bapa Masuk

Gambar AI

Tidak hairanlah jika kini banyak sekolah memilih untuk tidak membenarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah walaupun pada hari pertama. Larangan ini bukan dibuat tanpa sebab, tetapi berpunca daripada segelintir ibu bapa yang terlalu mementingkan anak sendiri.

Akibat sikap ini, ada murid yang terpaksa makan dan berehat di tempat yang tidak sepatutnya.

Bukan Tentang Anak Kita Sahaja

Isu ibu bapa berlonggok di kantin sekolah sepatutnya membuka mata semua pihak. Sekolah adalah ruang bersama, dan setiap murid mempunyai hak yang sama untuk makan, berehat dan belajar dengan tenang.

Pesanan Yang Perlu Dihayati Bersama

Pesanan Mohd Fadli Salleh jelas lakukan yang terbaik untuk anak, tetapi jangan sampai mengganggu hak orang lain.

Hari pertama sekolah bukan hanya tentang anak kita, tetapi tentang semua anak yang sedang belajar berdikari. Bertimbang rasalah dalam bertindak, kerana sedikit keprihatinan mampu mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Published by
Nor Yusoff