Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu pesanan ringkas turut tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan awal kes tersebut mendapati, seorang wanita tempatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa telah menahan anaknya dan meminta wang tebusan.
“Wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan mendapati anaknya dalam keadaan selamat.
“Wanita itu serta-merta memutuskan panggilan dengan suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu Cubaan Penipuan.
Ads
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut.
“Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah sekirannya anda mengalami situasi tersebut.
“Hubungi balai terdekat sekiranya anda mengalami masalah dan berhadapan dengan situasi ini serta jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.
“Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” jelas beliau.
Ads
Amihizam berkata, orang ramai juga boleh melaporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.
“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” ujarnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Sekelip mata berlaku dan tanpa disedari ahli keluarga. Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan apabila maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.
“Siasatan mendapati mangsa berumur setahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah untuk pergi ke bas sekolah di hadapan rumahnya, tanpa disedari oleh kakak mangsa.
“Pemandu bas berkenaan kemudian menyedari bas yang dipandu telah melanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah bas tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Parah di kepala dan badan
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian di badan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
“Pemandu bas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Kalau nak jadi sekelip mata je. Buat ibu bapa tolonglah sentiasa hati-hati. Walaupun di depan rumah sendiri pun belum tentu keselamatan anak-anak kita terjamin. Keadaan sekarang tak sama macam zaman kita dulu-dulu yang bebas bermain dengan riang.
Hari ini, jika terleka sikit, macam-macam kes jenayah berlaku. Perkongsian dari seorang ibu, Puan Rehana Ahmad ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Allah.. terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni macam mana. Masih terkejut, fobia walaupun ramai yang bertanya kejadian sebenar yang berlaku.
Hati-hati, depan rumah pun tak selamat
Tapi Allah lindung keluarga kami lagi. Alhamdulillah cuma nak kongsi pada orang ramai supaya hati-hati. Mungkin modus operandi baru untuk culik budak. Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang, 21/12/2020.
Pintu grill rumah memang selalu bertutup & bermangga. Tapi petang kejadian itu ada ahli keluarga. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar dan biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau tak ada ahli keluarga lain kat luar, dia duduk di pintu je intai orang.
Namun pada hari kejadian itu sekitar jam 6.30 pm tu waktu suami balik kerja. Jadi waktu tu cakap dekat anak, Aryan, papa balik. So Aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanya balik. Kami duduk di meja makan tengah borak. Sambil mata tengok Aryan dekat pintu grill.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, papanya lewat sikit. Allahu masa ni, adik Zaliana Asmida keluar dari tandas dan dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik Aryan.
Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bila dengar Aryan menangis terus dia menjerit Aryan.
Waktu dia menjerit Aryan nampk orang tu lari. Bila tengok dekat pintu orang tu dah tak ada. Aryan nak nangis pegang pipi. Masa kejadian tu berlaku betul memang tak alert. Sebab first ingat ada orang nak main dengan Aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan Aryan. Jadi saya ingat mula-mula tak ada apa-apa sebab kejiranan sini memang tak ada masalah.
Pipi anak bengkak
Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bila tengok pipi Aryan bengkak, rasa tak sedap hati. Sebab pertama kenapa lari bila Mida jerit nama Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka.
Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab masa tu tangan kiri Aryan berpaut pada grill. (yang ni memang saya tengok sebab mata tengok ke Aryan sebab tu tak perasan dekat cermin nako ada orang).
Dan sebab ketiga yang menguatkan lagi instint, papanya baru keluar lif masa kejadian, dan nampak ada seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar seorang mak cik. Cuma dia tak la tengok muka lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan siapa-siapa main kejar-kejar. Nak-nak pulak letih balik dari kerja.
Masa related semua tu rasa macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan.. Allahu..tak tahu la macam mana. Bila inform pada blok supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan akan periksa CCTV.
Blok ni memang budak lepas je bermain. Kadang boleh tengok budak kecil-kecil turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak saya memang saya tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rasa selamat. Sebab dia orang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.
Sebelum ni selalunya cubaan culik depan rumah, rumah taman atau rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendiri. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap macam mana.
Jadi anda perlu hati-hatilah. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kita kecil-kecil dulu bebas ke mana-mana. Main dalam semak, hutan rileks je. Pergi kayuh basikal pergi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys. Beringatla.. Bukan dengan penyakit je risau, dengan manusia pun risau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar...