Kita merungut kerana tidak dapat ke mana-mana macam dulu. Tak dapat bebas ke mana, malah kerja pun terpaksa ditangguhkan. Namun hakikatnya kita paling beruntung kerana masih dapat hidup selesa di rumah sambil menonton televisyen dan makan dengan perut yang kenyang.

Ada insan lain yang terpaksa melalui tempoh kuarantin yang begitu memeritkan. Dr Ahmad Samhan berkongsi cerita mengenai seorang ibu dan bayinya yang terpaksa dikuarantinkan akibat Covid-19.


“Puan, batuk anak puan ok? Ada nampak dia bernafas makin laju tak? Selsema ada lagi?”

Kedengaran suara doktor bertanya dari corong telefon. Cepat-cepat si ibu melihat dada anaknya untuk memastikan keadaan anak baik.

Sayu melihat anak kecil yang sedang nyenyak tidur. Sesekali dia terbatuk. Baru berusia 8 bulan. Kasihan pada tubuh sekecil ini perlu kuat untuk melawan virus covid-19.

Mereka ditempatkan dibilik isolasi. Tiada siapa dibenarkan melawat. Hanya ada tandas dan katil. Lihat depan, dinding. Pusing ke belakang, pun dinding. Dongak ke atas, siling. Saling tak ubah seperti penjara.

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

Sesekali kedengaran bunyi pintu diketuk. Makanan akan ditinggalkan di depan pintu. Setiap dua hari pula, doktor akan masuk dengan pakaian penuh bertutup dari atas hingga kebawah, tak ubah seperti angkasawan.

Jauh disudut hati, berharap anak ini cepat sihat. Terus kuat. Mahu lihat dia membesar dan ceria seperti kanak-kanak lain. Melihat dia bertatih, tersenyum manis dan belajar untuk berjalan.

Beginilah situasi pesakit yang berada di wad isolasi. Sunyi. Sepi. Bosan. Murung. Kosong. Sukar sekali untuk digambarkan keadaannya.

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

Kami sebagai doktor hanya mampu berdoa supaya anak kecil itu terus kuat. Cuma mampu berpesan pada ibunya, segera beritahu doktor jika keadaan anak makin teruk.

IKLAN

Terus juga beri harapan pada ibunya supaya jangan sesekali berputus asa. Walaupun kita diarahkan untuk duduk dirumah jangan keluar tapi kita tidak sebosan mereka.

Jika bosan diruang tamu, kita boleh ke dapur. Jika bosan di bilik, kita boleh ke halaman rumah. Masih boleh menonton tv bersama keluarga atau ke tingkap memandang langit luas sambil mencicip kudapan ringan.

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

 

 

Jika kami ditempat mereka, mungkin kami tidak akan sekuat itu. Deritanya hanya Allah yang tahu. Sungguh kita patut bersyukur.

Syukur kerana jika lapar, boleh terus berjalan ke dapur.

Syukur kerana jika bosan, masih banyak aktiviti dan kerja boleh dilakukan.

IKLAN

Syukur sekurang-kurangnya anak kita didepan mata dan masih sihat.

Syukur tuhan bila kita memahami bahawa tuhan sedang menuntun dan membimbing kita.

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

Bersyukur dan sabar mesti sering. Bayangkan kalau kita berada ditempat mereka. Antara perasaan cemas dan berusaha untuk mengekalkan kewarasan diri pasti ada antara kita yang tewas.

Dengan itu mari kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia berusaha berjuang untuk memutuskan rantaian penyebaran virus ini dengan satu kalimat.

STAY AT HOME.

Dr Ahmad Samhan

IKLAN

Menarik: Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid-19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Ibu & Bayi 8 Bulan Terpaksa Kuarantin Macam Penjara, Doktor Kongsi Pengalaman, “Bersyukurlah Kita Dapat Duduk Selesa Di Rumah”

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat sini . FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI