Hebat sungguh seorang ibu! Saat pertama kali dirinya hamil, dalam hati dah bertekad, anak yang dilahirkan nanti akan dijaga sebaik mungkin. Tanpa kenal erti penat dan lelah, seawal mengandung pun tak kisah bila perlu berulang ke klinik untuk buat pemeriksaan kandungan dan kesihatan.
Bila dah selamat bersalin, rutin ibu sebelum ini pun turut berubah. Ada yang tak kisah tidur beberapa jam sahaja atau tak dapat rehat cukup asalkan keperluan anak selesai dulu. Ini semua mengambarkan betapa besar pengorbanan ibu. Itu belum lagi ibu yang bekerja. Kalau ibu suri rumah sekalipun kesibukannya tetap sama.
Perkongsian Puan Adawiyah Abdul Rahman yang juga ibu kepada 8 orang anak sangat betul sama sekali!
Salah satu struggle menjadi ibu bekerja, ibu-ibu banyak menghabiskan cuti untuk anak. Anak demam, anak batuk selesema, anak dedar dedar pun ibu cuti.
Belum masuk part pengasuh tak sihat, pengasuh balik kampung, taska tutup atau kuarantin. Sudahnya, cuti habis untuk anak-anak.
Ads
Ibu sakit macamana sekali pun tetaplah gagah juga ke office. Asbab sayangkan cuti sebab merasakan cuti lebih penting untuk kegunaan anaknya.
Begitu juga ibu yang tidak bekerja. Sakitlah macamana pun ibu tetap gagah untuk anak anaknya. Tetap bangun melaksanakan tanggungjawabnya. Sebab itu tiada istilah cuti bagi kebanyakan ibu yang tidak bekerja.
Maka hargailah setiap ibu bekerja mahupun tidak bekerja. Darjat mereka sama mulia di sisi Allah bila ikhlas menjadi seorang ‘IBU’.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” kata Nur Shamimi yang juga ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid sambil mengusap jasad anaknya selepas ditemui lemas di lombong berdekatan taman perumahan.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.
Biasanya bermain di taman permainan
Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, Perak sambil ditemani adik beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Arwah anak istimewa
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah autisme, hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini (Selasa) dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.
Akan merindui keletah manja arwah
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.
Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat anak sulung penyanyi, Shila Amzah iaitu Seth Uwais yang dijangkiti kutu membuatkan wargamaya berdekah.
Mana tidaknya, menerusi Tik Tok Ubai, Ubai berkongsi kisah Seth yang dijangkiti kutu selepas bersekolah. Paling menarik perhatian pastinya gelagat Seth yang mengomel ketika berbual bersama Ubai.
Menerusi perkongsian itu juga, Shila turut melakukan rawatan syampu rambut bagi menghilangkan kutu di kepala Seth.
Menurut Ubai, dia juga turut mengalami masalah yang sama selepas berjangkit dengan Seth Uwais.
“Saya pun kena, satu rumah kena. Saya rasa insecure kenapa gatal-gatal,” kongsi Ubai.
Apa yang mencuit hati warganet apabila Seth seola-olah gembira apabila dia dijangkiti parasit itu. Ubai pula sempat berseloroh menyatakan masalah tersebut bukanlah satu pencapaian.
Tambah comel lagi, menerusi video tersebut Seth juga turut meminta maaf dan meminta doa agar dirinya lekas sembuh. Memang comel.
“Doakan saya cepat sihat,” kata Seth comel.
Susulan itu, Ubai dan Shila membuat keputusan membawa Seth ke kedai gunting rambut bagi merawat masalah kutunya selain mengenakan syampu kutu bagi menghilangkan masalah tersebut.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)