Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa.
Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka. Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta. Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan. Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Ads
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu. Jika tidak, jangan terus memaksa. Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun? Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak. Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Ads
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil. Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur. Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi. Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen, barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
Ads
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan. Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara. Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama. Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa. Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya.
Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan. Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Tungau debu
Atau dust mites adalah organisma kecil yang hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas dan lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain. Ia menyebabkan si manja bersin dan selesema dan jika kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.
3)Telur
Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
4)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
5)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan yang yang kaya dengan zat baik untuk perkembangan otak si manja. Mulakan dari awal untuk menjana perkembangan otak si kecil dan badan yang sihat.
Mama papa boleh sediakan 10 jenis makanan super ini untuk si kecil. Elakkan makanan rapu yang tidak berkhasiat dan pemakanan seimbang.
Selain makanan super dan mengelakkan makanan ringan atau segera, senaman dan aktiviti fizikal juga penting untuk si kecil.
10 MAKANAN SUPER BAIK UNTUK SI KECIL
1. BROKOLI
Brokoli adalahsuperfood sejati kerana kandungan vitamin C yang hebat dan juga mengandungi fitonutrien beta, asid fizik dan kalium. Cara penyediaan brokoli yang terbaik ialah dikukus kerana ia boleh mengelakkan kurangnya kandungan vitamin C di dalamnya.
2. AVOKADO
Avokado adalah buah yang sarat dengan nutrien yang diperlukan oleh si manja. Ia mengandungi protein tertinggi dalam kategori buah dan kaya dengan lemak mono tak tepu iaitu jenis lemak yang “baik” yang membantu mencegah penyakit jantung.
3. KELEDEK
Keledek adalah sumber baik kalium, vitamin C, dan serat dan sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia kaya antioksidan yang membantu mencegah jenis kanser dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga mempunyai rasa manis semula jadi.
4. OATMIL
Oatmil mengandungi vitamin E, B, potassium dan zink yang membantu otak berfungsi pada kapasiti penuh.
5. SUSU DAN YOGURT
Susu adalah sumber protein dan vitamin B yang baik untuk perkembangan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Ia mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Protein & karbohidrat memberikan tenaga kepada otak.
6. TOMATO
Tomato tinggi kandungan lycopene, pigmen merah dalam tomato yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Lycopene boleh diserap dengan lebih cekap oleh badan jika tomato dimasak dengan lemak seperti minyak zaitun.
7. BAYAM
Sayuran berwarna hijau ini mengandung vitamin A yang tinggi, vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosforus, mangan dan zat besi.
8. TELUR
Telur sarat dengan protein dan sangat baik untuk otak si manja. Bahagian kuning telur mengandungi choline yang berfungsi menguatkan daya ingatan.
9. MENTEGA KACANG
Kacang dan kekacang ialah sumber vitamin E dan thiamin yang membantu fungsi otak dan sistem saraf.
10. BIJIRIN PENUH
Otak memerlukan glukos dan bijirin penuh membantu menyeimbangkan paras glukos dalam darah. Bijirin penuh mengandungi vitamin B yang amat diperlukan oleh sistem saraf.
Rancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga akan ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Bagi anda yang ingin mendapatkan info padat, tip daripada pakar serta perkongsian daripada ibu bapa mesti tonton episod ke-11 ini yang akan ke udara pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis setiap kali hendak ‘membuang’. Sesekali mungkin tidak mengapa, inikan pula setiap hari. Usahakan untuk mengubah diet anak dengan makanan khas untuk usus.
Apa makanan khas untuk usus ini? Makanan bersifat prebiotik adalah makanan terbaik untuk bakteria baik melancarkan usus anak kecil kita. Doktor Mazliana Mazlan kongsikan jenis-jenis makanan yang perli kita pilih.
Prebiotik lengkapkan fungsi sistem imun dan sistem penghadaman anak. Prebiotik ni makanan kepada bakteria baik di usus. Atau nama lain bakteria baik tu, kita panggil probiotik. Baca betul-betul k.
PRObiotik – bakteria baik di usus PREbiotik – makanan kepada bakteria baik (PRObiotik)
Antara contoh prebiotik;
Oat
Barli
Kekacang
Madu
Pisang
Epal
Berries
Bawang merah dan bawang putih
Cendawan
Asparagus
Leek
Sengkuang
Prebiotik tak dapat dihadam oleh usus manusia. Tapi ianya akan jadi makanan dan akan berjaya dihadam oleh probiotik.
Makanan yang baik kita bagi pada bakteria di usus, maka baiklah usus anak-anak. Baja yang baik kita tabur di usus anak, dapatlah ia jalankan fungsi dengan baik insyaAllah.
Usus yang baik, penting untuk fungsi sistem imun dan sistem penghadaman yang optimum.
Bila prebiotik cukup;
* Sistem imun anak akan kuat.
* Anak susah nak sembelit.
Pelbagaikan makanan dalam gambar, supaya anak dapat keperluan prebiotik yang cukup. Real food ni kan, setiap satunya banyak betul khasiat yang ada. Rugi kan kalau kita tak banyakkan real food dalam makanan anak.
Orang selalu kata, makanan proses itu tak boleh, makanan proses ini tak boleh, jadi apa nak makan. Tapi, baaaaaanyak sangat real food yang ada sebenarnya tau, cuma kita je belum sempat explore sepenuhnya.
Kita cuba sama-sama ya, perbaiki setiap hari, insyaAllah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.