Ads

Ibu Berpantang Maut Selepas Bersalin: Kisah Tragis Yang Jadi Amaran Besar Buat Semua Ibu

Ibu Berpantang Maut Selepas Bersalin, Kisah Ini Benar-Benar Menyentuh Hati

Wanita maut selepas enam hari bersalin ini benar-benar menyentuh hati ramai, terutama dalam kalangan ibu yang sedang melalui tempoh berpantang. Niatnya cukup sederhana, mahu kelihatan segar dan kemas sebelum bertemu keluarga mertua, namun siapa sangka ia berakhir dengan tragedi yang tidak disangka.

Ibu Berpantang Maut Selepas Bersalin: Kisah Tragis Yang Jadi Amaran Besar Buat Semua Ibu
Gambar Hiasan AI

Dalam tempoh sepatutnya tubuh diberi ruang untuk pulih sepenuhnya, kejadian ibu berpantang maut ini menjadi peringatan besar bahawa fasa selepas bersalin bukan masa untuk memaksa diri, walaupun atas alasan ingin menjaga penampilan.

Niat Mahu Tampil Kemas Bertukar Tragedi

Menurut laporan, wanita tersebut dilaporkan merahsiakan kehamilannya dan selamat melahirkan bayi kira-kira enam hari sebelum kejadian. Demi keinginan untuk tampil lebih segar, dia membuat keputusan ke salon rambut untuk mencuci dan mendandan rambut.

Rawatan rambut berjalan seperti biasa, bermula dengan mencuci, mengeringkan dan seterusnya sesi blow-dry. Namun, ketika proses pengeringan rambut sedang dilakukan, wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Duduk Terlalu Lama Undang Risiko Maut Selepas Bersalin

Hasil siasatan mendapati, wanita tersebut dipercayai duduk terlalu lama sehingga menyebabkan darah beku di bahagian kaki bergerak ke paru-paru. Keadaan ini dikenali sebagai embolisme pulmonari, iaitu situasi serius apabila aliran darah ke paru-paru tersekat dan bekalan oksigen terhenti dalam masa yang sangat singkat.

Kes ibu berpantang maut ini membuktikan bahawa tempoh selepas bersalin adalah fasa berisiko tinggi untuk pembentukan darah beku, terutamanya jika ibu kurang bergerak atau berada dalam posisi statik terlalu lama.

Ads
Ibu Berpantang Maut Selepas Bersalin: Kisah Tragis Yang Jadi Amaran Besar Buat Semua Ibu
Gambar tangkap layar di Instagram @drbelswellness yang berkongsi kisah wanita yang baru bersalin 6 hari didapati maut selepas duduk lama di salon rambut.

Penjelasan Pakar Tentang Risiko Darah Beku

Menurut Dr Christable, wanita dalam tempoh selepas bersalin memang berisiko tinggi mengalami pembentukan darah beku disebabkan perubahan hormon dan keadaan tubuh yang belum pulih sepenuhnya.

Lebih membimbangkan, haba panas daripada air ketika mencuci rambut atau penggunaan alat pengering rambut boleh menyebabkan pembuluh darah mengembang, sekali gus meningkatkan risiko darah beku bergerak ke organ penting.

Ibu Berpantang Perlu Lebih Berhati-Hati

Kisah ibu berpantang maut ini menjadi peringatan jelas bahawa penjagaan selepas bersalin bukan sekadar soal pantang makan atau pemulihan rahim semata-mata. Keselamatan tubuh secara keseluruhan perlu diberi perhatian serius.

Doktor menyarankan agar individu, khususnya ibu dalam pantang, bangun dan bergerak ringan setiap satu hingga dua jam bagi melancarkan peredaran darah. Elakkan duduk terlalu lama tanpa rehat, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdedah kepada haba atau posisi statik.

Ads

Ibu Berpantang Maut Selepas Bersalin: Kisah Tragis Yang Jadi Amaran Besar Buat Semua Ibu

Tips Elak Darah Beku Selepas Bersalin

Langkah Pencegahan Yang Disarankan Pakar

Antara langkah penting yang boleh diamalkan oleh ibu selepas bersalin termasuk mula bergerak sebaik sahaja selamat, walaupun hanya berjalan perlahan di dalam rumah.

Ibu juga dinasihatkan supaya tidak duduk terlalu lama dan menukar posisi setiap satu hingga dua jam. Minum air secukupnya sangat penting kerana darah yang terlalu pekat lebih mudah membentuk darah beku.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, penggunaan stoking tekanan atau compression stockings mungkin disarankan oleh doktor untuk membantu aliran darah.

Ads

Selain itu, ibu perlu peka dengan tanda amaran seperti kaki bengkak, sakit dada, sesak nafas secara tiba-tiba atau rasa tidak selesa yang luar biasa.

Jangan Abaikan Isyarat Tubuh Ketika Berpantang

Sesungguhnya, kisah ibu berpantang maut ini mengajar kita bahawa tiada yang lebih penting daripada kesihatan ibu selepas melahirkan anak. Jika tubuh belum pulih sepenuhnya, berehatlah dan jangan memaksa diri.

Ibu yang sihat adalah hadiah paling berharga buat bayi dan keluarga. Semoga perkongsian ini membuka mata semua ibu dan ahli keluarga agar lebih peka, prihatin dan tidak mengambil ringan tempoh berpantang.

BACA LAGI : Ibu Pantang Stres Susu Kurang, Ini Tips Cara Atasinya!

Sumber: Instagram @drbelswellness

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

NASOM Perkenal Logo Baharu: Langkah Inspirasi Perkukuh Sokongan Anak Autisme &...

NASOM perkenal logo baharu sebagai simbol komitmen memperkukuh sokongan dan advokasi buat anak autisme serta keluarga di seluruh Malaysia.