Ibu yang mempunyai darah jenis O mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir. Bagi memahami kenapa perkara ini berlaku, kita kena faham kenapa ada blood grouping system.
Seperti yang kita tahu badan manusia tidak akan membenarkan benda asing seperti bakteria, virus, fungus dan juga sel-sel yang lain untuk memasuki badan kita. Cara badan kita nak kenalpasti benda asing ini adalah mengenal pasti antigen-antigen yang terletak pada permukaan sesuatu benda asing tersebut.
Berkenaan dengan antigen ini, cuba kita bayangkan diri kita sendiri. Setiap seorang daripada kita mempunyai IC sebagai bukti yang kita ini adalah rakyat Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai IC ataupun dia mempunyai passport adalah bukan rakyat Malaysia. Jadi kita tahu siapa yang sebenarnya betul-betul rakyat Malaysia ataupun pendatang asing.
Ini memudahkan penguatkuasaan undang-undang jika berlakunya sesuatu. Begitu juga antigen ini. Ianya boleh digambarkan seperti IC yang menunjukkan bahawa sel itu berasal daripada tubuh badan kita sendiri ataupun sesuatu yang asing.
Jika ianya asing, maka sel darah putih akan menangkap ataupun istilah yang lebih tepat adalah memakan sel asing tersebut dan membunuhnya. Inilah adalah salah satu mekanisma pertahanan badan untuk mengelakkan benda asing mencerobohi badan.
Dalam sel darah merah, ada beberapa jenis antigen yang digunakan untuk system grouping. System grouping bagi sel darah merah yang selalu digunakan di Malaysia ada 2 jenis iaitu ABO dan juga rhesus daripada 30 lebih sistem grouping yang lain.
Dalam post ini kita cerita pasal ABO grouping sahaja. Saya cuba ringkaskan seringkas yang mungkin supaya semua boleh faham. Sesorang itu ditentukan jenis darahnya pada antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah. Jika sel darah itu ada antigen jenis A, maka darah itu jenis A. Jika sel darah itu ada antigen jenis B, maka kita katakan ia adalah darah jenis B.
Ads
Apa pula cerita darah jenis O? Pada darah jenis O tidak wujudnya kedua-dua antigen tersebut. Makna kata, Antigen A dan B tidak wujud pada permukaan sel darah merah orang yang mempunyai darah jenis O. Kalau darah jenis AB pula bermaksud, kedua-dua antigen A dan B itu akan hadir pada permukaan sel darah merah
Yang paling penting adalah perkara yang akan saya terangkan ini. Sesiapa yang mempunyai darah jenis A akan menghasilkan antibodi yang akan melawan darah jenis B. Manakala, siapa yang mempunyai darah jenis B pulak akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A.
Orang yang mempunyai darah jenis O pula akan menghasilkan antibody yang akan melawan kedua-dua darah jenis A dan juga B. Orang yang mempunyai darah jenis AB pula tidak akan menghasilkan antibody untuk melawan kedua-dua jenis antigen tersebut.
Saya ringkaskan,
Darah Jenis A —–> menghasilkan antibodi B
Ads
Darah Jenis B —–> menghasilkan antibodi A
Darah jenis O —–> menghasilkan antibodi A dan B
Darah jenis AB —–> tidak menghasilkan antibodi
Jadual ringkas berkenaan kumpulan darah ABO berserta antibodi yang dihasilkan oleh mereka
Ads
ANTIBODI NI APA PULAK?
SECARA RINGKASNYA ANTIBODI INI ADALAH PROTEIN YANG AKAN MENYERANG SEL YANG MEMPUNYAI ANTIGEN TERSEBUT. SEBAGAI CONTOH, ANTIBODI B AKAN MENYERANG SEL DARAH MERAH JENIS B DISEBABKAN IANYA MEMPUNYAI ANTIGEN B PADA PERMUKAAN SEL DARAH MERAH ITU. SEBAB ITU DARAH JENIS A TIDAK BOLEH DIDERMAKAN PADA ORANG YG MEMPUNYAI DARAH JENIS B
Kenapa ibu yang mempunyai darah jenis O menyebabkan bayi senang kena kuning?
Hanya bayi yang mempunyai darah selain daripada O iaitu A, B dan AB akan mempunyai risiko yang tinggi untuk kuning. Kalau bayi itu sendiri mempunyai darah jenis O, ianya tidak berisiko untuk mendapat kuning walaupun emak mempunyai darah jenis O. Ini kerana seperti yang saya katakan diatas bahawa seseorang yang mempunyai darah jenis O akan menghasilkan antibodi untuk melawan darah jenis A, B dan juga AB.
Ketika proses kelahiran, darah jenis O ibu yang mempunyai antibodi A dan B mungkin akan bercampur dengan darah bayi dan menyebabkan antibodi ini menyerang sel darah bayi. Ini menyebabkan sel darah merah itu pecah dan produk akhir adalah bilirubin yang menyebabkan kekuningan pada bayi. Jika kandugan bilirubin dalam darah terlampau tinggi, maka perlunya bayi tersebut menjalani ‘phototherapy’ untuk mengurangkan jaundice.
Jika kuning terlampau tinggi, bayi akan diletakkan dibawah lampu khas untuk mengurangkan kekuningan pada bayi.
Oleh itu, kalau datang ke klinik sebab bayi kuning tiba-tiba doktor tanya emak darah jenis apa, tak perlu pelik dan tertanya-tanya. Ini disebabkan ia ada kaitan dengan kekuningan pada bayi.
Jika lampin si manja penuh atau bocor, bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis. Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar. Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham?
Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Nampaknya setelah menimang cahaya mata hasil menggunakan khidmat ibu tumpang, pelakon antarabangsa, Priyanka Chopra dan suaminya, Nick Jonas mendedahkan juga wajah anak perempuan mereka yang sudah pun berusia setahun.
Letak emoji gambar anak tiap kali post gambar
Sebelum ini, pasangan selebriti itu memilih untuk menyorokkan wajah anak mereka dengan meletakkan emoji setiap kali membuat posting di media sosial.
Namun, menerusi posting terbaru pelakon berasal dari India itu di Instagram, dia telah berkongsi video sewaktu hadir ke Star Caremony bagi meraikan Jonas Brothers Hollywood Walk of Fame.
Dalam video yang dikongsikan, Priyanka dilihat memangku anak perempuannya yang diberi nama Malti Marie.
Pendedahan wajah Malti telah menjadi perbualan hangat media tempatan apabila rata-rata memuji kecomelan anak pasangan tersebut yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.
Untuk rekod, Nick Jonas dan Priyanka telah berkahwin pada 1 Disember 2018. Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan telah menimang seorang cahaya mata perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang pada awal tahun 2022.
Sejak dari itu, mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas kepada umum dan kerap meletakkan emoji apabila berkongsi gambar bersama.
Kalau mak ayah perasan, masa bayi menangis kuat-kuat masa newborn dulu… tak ada setitik pun air mata keluar. Muka merah menyala, suara macam siren ambulans, tapi pipi kering. Kenapa ya?
Jangan risau. Ini bukan tanda baby tak normal. Sebenarnya, bayi memang lahir tanpa air mata yang mengalir keluar. Dan ia ada sebab saintifik yang sangat menarik!
Air Mata Bayi – Ada, Tapi Belum “Keluar” Lagi
Sebenarnya kelenjar air mata bayi (lacrimal glands) dah mula terbentuk sejak dalam rahim lagi. Tapi, sistem tu masih belum cukup matang untuk hasilkan air mata yang mencurah-curah.
Jadi… waktu dia lahir dan menangis, hanya suara & ekspresi je keluar dulu. Air mata? Tunggu turn dia.
Selalunya sekitar umur 2 ke 6 minggu, barulah ibu ayah boleh nampak baby menangis dengan air mata sebenar. Ada juga kes yang lambat sikit, tapi tak perlu panik kalau baby aktif, sihat dan respon normal.
Ramai menyangka air mata hanya berkait dengan emosi, namun sebenarnya air mata mempunyai peranan penting dalam kesihatan mata, antaranya:
Melembapkan permukaan mata supaya tidak kering
Menyingkirkan habuk atau bahan asing
Melindungi mata daripada jangkitan
Membantu penglihatan lebih selesa
Jadi apabila bayi mula mengeluarkan air mata, ia bukan semata-mata kerana sedih, tetapi sebagai satu proses biologi untuk menjaga kesihatan matanya.
Menangis tanpa air mata dalam tempoh awal kelahiran adalah perkara biasa dalam proses perkembangan bayi. Ia bukan petanda masalah, sebaliknya menunjukkan tubuh si kecil anda sedang belajar dan berkembang dengan baik.
Sebagai ibu bapa, memahami fakta ini dapat membantu anda bertenang dan tidak terlalu bimbang. Teruskan memerhati perkembangan anak, dan jangan ragu untuk mendapatkan pandangan doktor jika terdapat perkara luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.