Demi anak, apa juga dugaan ibu ayah rela berkorban. Apa yang diceritakan ibu ini amat menyentuh hati, betapa tabahnya menempuhi dugaan anak yang sakit.
Naqisha Nazrin, 4 tahun 3 bulan tidak pernah sakit selama 5 bulan pertamanya. Malah jaundis yang sering dialami bayi baru lahir pun tidak dialaminya. Ibunya, Ika Nazrin langsung tidak menyangka rupanya ada penyakit jantung berlubang yang sedang dialami anak.
Ni la litte fighter saya, Nia Naqisha Nazrin 4tahun 3bulan. Boleh nampak parut kat dada dia tu. Saya dulu pun tak tahu anak saya, Nia Naqisha sakit jantung berlubang (VSD).. Umur 5 bulan baru dapat detect secara tak sengaja. Selama 5 bulan tu Nia tak pernah sakit. Kuning pun tak pernah. Merata dah bawa dia
DALAM PANTANG NIA BERNAFAS LAJU
Actually masa dalam pantang dah perasan nafas Nia laju sikit dari abang-abang dia (ni anak ke-3).. Pernah mengadu kat nurse/doctor tapi katanya normal.. Pastu kerap berpeluh kepala.. Duduk tempat aircond pun kepala peluh basah bantal.. Kalau menyusu pun nampak dia tercungap..
BERPELUH & MENCUNGAP SIMPTOM MASALAH JANTUNG
Rupanya ini semua simptom baby ada masalah jantung (dulu saya tak tahu).. Saya pernah bagitau kat doctor/nurses setiap kali check up tapi depa kata normal normal ? Saya ibu, saya tahu ada tak kena dengan anak, cuma tak tahu apa dia.
Ads
Sebulan sebelum penyakit jantung Nia dikesan.
Dipendekkan cerita masa Nia check up bulanan umur 5 bulan tu doctor klinik kesihatan dengar ada kahak banyak kat paru-paru.. So kena neb kat klinik (1st time).. Then doctor buat surat refer ke Hospital S****..
NIA KUAT, BERTAHAN 5 BULAN TANPA UBAT
Terus pi Hospital S**** masa kat emergency kena masuk zon kuning terus.. Doctor kat sana cek guna stethoscope dengar bunyi murmur (kalau ada masalah jantung akan ada bunyi ni)..
Terus kena warded untuk buat ECHO (scan jantung) esoknya.. Hasil ECHO sah jantung berlubang VSD 6mm.. Doctor terus start 3 ubat jantung (Frusemide, Captopril, Spironolactone).. Doctor kata kuat Nia bertahan 5 bulan tanpa ubat.. Oh ya..Nia tak pernah biru sepanjang tu.. So lagilah saya tak tahu dia sakit jantung..
3 hari sebelum operation, Nia makin kurus, lesu
“TIADA LAGI BERPELUH & MENCUNGAP, JANTUNG DAH KUAT”
Umur 5bulan detect.. Umur 9bulan operate belah dada (open heart surgery – VSD closure).. Sekarang alhamdulillah jantung Nia kuat dah.. Ubat jantung semua dah stop 6 weeks lepas operation.. Dah tak ada berpeluh or tercungap macam dulu.. Follow up cek jantung 18 bulan sekali kat hospital..
Ads
RINGKASAN RAWATAN DILALUI NIA
1/7/2015(umur 5bulan 5hari) – Nia detect jantung berlubang VSD 6mm.. – masuk wad 1 minggu dan start 3 ubat jantung
20/8/2015 – 1st follow up untuk ECHO (scan jantung).. doctor terus bagi tarikh operation
29/10/2015 – operation open heart surgery kat Hospital S**** – umur Nia 9bulan 3hari masa ni
Ads
Hari mula didiagnos jantung berlubang.
ALAMI PENDARAHAN OTAK, KOMA SEBULAN & 64 HARI DI ICU
Ibu ini menerima ketentuan takdir. Selepas pembedahan, Nia mengalami komplikasi yang teruk. “Dia kena pendarahan otak (Intracranial Hemorrhage). Kesan dari ni buat dia koma 1bulan, 64 hari duduk wad ICU dulu. Kiranya dia macam back to zero.
Nia kini sedang dalam proses untuk belajar duduk, berdiri dan berjalan. Fisio dan terapi dia semua di sebuah hospital. Bab jantung dia setel dah. Cuma kini Nia diduga kena bab lain pula.” ujar Ika kepada Pa&Ma.
PEKA TANDA-TANDA AWAL BAYI JANTUNG BERLUBANG
Ika turut berkongsi simptom-simptom anak ada masalah jantung yang boleh dilihat ibu-ibu lain:
– kerap berpeluh terutama kepala
– duduk dalam bilik aircond pun berpeluh basah bantal
– kepala panas, badan kaki tangan tak panas
– nafas laju
– menyusu tercungap atau sikit-sikit
– kurang selera makan
– berat naik tak cantik
– kuku/bibir biru (tak semua)
“Nasihat saya, kalau anak ada simptom seperti di atas (tak semua simptom) boleh bawa jumpa doctor. Lagi bagus kalau dapat buat ECHOCARDIOGRAM (scan jantung) ,” kata ibu tabah ini mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan. Tapi apa kesan terhadap second atau third-hand vaping?
Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping?
Apa itu 2nd dan 3rd hand vaping
1st hand: tukar hisap vaping
2nd hand: asap/wap vaping yang disedut oleh orang sekeliling dari first hand vaping
3rd hand: asap/wap yang melekat pada karpet, dinding, baju, permainan kanak-kanak.
Itu sebabnya bau asap rokok/vape masih lama di dalam kereta perokok.
2nd dan 3rd hand vaping juga tidak terlepas dari mendapat kesan sampingan kimia melalui sedutan dari udara atau melalui kulit.
Lebih bahaya kepada kanak-kanak kerana mereka mudah untuk memasukkan objek ke dalam mulut, maka toksin ini senang untuk menyerap dalam badan mereka.
Kenapa kita perlu risau kepada 2nd dan 3rd hand vaping?
Ianya boleh menyebabkan
-Kanser
-Penyakit jantung
-Kerosakan paru-paru
-Asthma
Bagaimana pula kesan kepada ibu mengandung?
Ianya akan menyebabkan
-Kelahiran bayi pramatang
-Kematian di dalam kandungan
-Kematian bayi secara tiba-tiba (sudden infant death syndrome)
Kepada kanak-kanak atau pesakit asthma, dengan menjadi 2nd atau 3rd hand vaping, risiko untuk mendapat serangan asthma adalah tinggi.
Sayangi keluarga anda. Berhenti vaping. Amalkan gaya hidup yang sihat.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu bapa akan memilih jajan untuk diberikan kepada rakan anak-anak setiap kali ada majlis yang diraikan. Tak kiralah gula-gula, keropok, jeli atau sebagainya. Budak-budak memang suka tapi nilai khasiatnya memang tak ada.
Banyak lagi makanan berkhasiat atau cenderamata boleh digantikan untuk bagi anak-anak kecil gembira. Asalkan kita kreatif.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Ahmad kenapa makanan ringan ini tak elok untuk anak dan sebolehnya jika boleh elak, baik elakkan.
Hadiah dari jiran sempena hari jadi anaknya yang ke-2 tahun. Untuk pengetahuan semua makanan ini tiada nilai nutrisi, tinggi gula, bahan pengawet, pewarna. Jika anak-anak mengambil makanan ini secara berterusan terutama kepada kanak-kanak bawah 3 tahun ia memberi kesan kepada IQ mereka. Kesan yang ketara anak-anak akan ‘ketagih’ dan akan tantrum jika makanan ini tidak diberikan.
Tiga tahun adalah fasa perkembangan otak kanak-kanak secara progresif. Fasa ini otak mereka perlukan makanan yang berkhasiat dan padat nutrisi. Contohnya nasi bersama ikan, ayam dan sayuran.
Anak sukar tidur malam boleh jadi mereka suka makan atau minum tinggi gula. Tinggi gula salah satu penyebab tinggi kolesterol dalam darah, ditukar kepada lemak yang tidak sihat.
Kesan jangka masa panjang pula jika berterusan. Boleh menyebabkan obesiti, kencing manis, masalah jantung dan juga kanser.
Jadi kepada ibu bapa berusaha untuk membesarkan anak-anak tanpa jajan, gula-gula, air gas perasa dan pewarna tiruan. Carilah kudapan yang lebih sihat tanpa gula dan garam.
Fahamkan juga kepada anak pentingnya air masak. Salah satu punca sembelit disebabkan kurangnya anak-anak minum air masak. Fahamkan anak pentingnya sayuran hijau,buahan,kekacang untuk bina imuniti (tentera untuk lawan penyakit) . Untuk bagi makanan kepada bakteria baik dalam usus. (sumber, prebiotic mineral& micronutrients)
Alhamdulillah hasil dari usaha saya. Anak tidak meminta untuk makan, dia hanya pegang dan main sahaja sehingga pulang ke rumah. Saya simpan makanan segera ini untuk kajian saya.
Saya tidak buang dalam tong sampah, ia hadiah dari jiran@sahabat kita pandai-pandailah apa yang kita boleh buat. Jangan lihat apa yang mereka beri, tapi lihatlah siapa yang memberi.
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesan regangan atau stretch mark dan wanita hamil memang sinonim antara satu sama lain. Keadaan itu terjadi apabila kulit meregang kesan tekanan berlebihan apabila anda mengalami pertambahan berat badan secara drastik sewaktu hamil.
Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Ketika iti, akan timbul garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan beberapa bahagian tubuh yang lainnya.
Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark, ia akan menjadi kekal tetapi ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk mengurangkan penampakan kesan itu.
Amalkan suplemen vitamin B6, C dan magnesium
Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi. Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.
Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.
Buat urutan
Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
Sapuan gel aloe vera
Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini
Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.
Minyak vitamin E
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.
Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.
Bersenam
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Sapuan jus lemon
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.