‘Sebab saya minum air gula tu la bacaan gula saya naik…kalau tak minum mesti ok je’. Banyak kali dengar keluhan ibu mengandung apabila disahkan kencing manis waktu hamil (gestational diabetes mellitus GDM) menyalahkan air gula yang diminum sebagai punca gula dalam darah naik dan akhir sekali kena GDM.
Menurut Dietitian, Puan Nur Hafizah M Sobri, ia tidak ada kena mengena sebaliknya ada sebab kenapa bacaan gula tinggi.
1. Kenapa ada waktu mengandung dan masa tak mengandung kembali normal?
Sewaktu mengandung hormon berbeza dari waktu tidak mengandung
– perbezaan ini akan menyebabkan hormon insulin (yang menjaga paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif dari biasa ataupun dihasilkan lebih kurang dari biasa.
Yela masa ni badan mommies tengah fokus nak jaga baby…tapiiiii kalau tak jaga bukan sahaja efek kepada baby tapi mommies ada risiko mendapat kencing manis dalam tempoh 5 – 15tahun akan datang.
2. Kenapa kena minum air gula ‘pure’ tu dan bukan air gula biasa?
sebab apa apa selain dari gula akan memberi efek kepada kadar bacaan..
ada lemak? protein? atau karbohidrat lain selain gula? ia akan melambatkan kadar penyerapan gula dan memberi bacaan palsu…tu sebab kena minum air pure gula dan bukan minuman lain.
3. Tapi satu je bacaan tak cantik…sebelum/selepas minum je..
Bacaan sebelum memberi indikasi lain dari bacaan selepas mommies….
Bacaan sebelum tunjuk kebolehan badan mengawal paras gula dalam keadaan puasa (8jam tak makan apa apa)…
Bacaan selepas pula tunjuk kebolehan badan mengawal paras gula selepas 2 jam makan…
tu sebab satu je tak cantik… huhuhu dah lekat…
Ads
4. Tapi…tapi….awat sebelum mengandung yang lepas takdak tapi kali ni ada pulak..
– alamak yang ni sebab usia makin meningkat pun salah satu faktor risiko nak dapat GDM..selain tu BMI lebih 27kg/m2, ada sejarah anak besar, ada mak/ayah/adik beradik kencing manis semua antara faktor yang makin lama risiko nak dapat GDM tu naik..
5. Ok saya faham dah…habistu macam mana nak kawal dengan baik?
👇👇👇
No 1–>>> Diet yang sesuai untuk ibu GDM
Wajib jumpa Pegawai Dietetik (Dietitian) di KK atau Hospital untuk dapat tahu cara pemakanan sesuai nak kawal kencing manis tapi pada masa smaa tak lapar dan baby boleh membesar dengan baik…
Tips diet sementara tunggu nak jumpa dietitian?
Ads
1. Amalkan suku suki separuh modified
Suku karbo (nasi, mee, meehoon, kuetow, roti etc)
Suku protein (ayam,ikan, daging, seafood, telur etc)
Separuh sayur hijau (tak kisha berdaun ke tak, dalam 2 senduk nasi tu)
2. Makan on time (jangan skip)
3. Ambil air kosong
👇👇👇
No 2—>>>Ubat atas saranan doktor perubatan yang bertauliah
Jika perlu bantuan ubat jangan risau, doktor akan membantu anda
👇👇👇
No 3—> Ikuti temujanji yang diberi
Ads
Sebab bila ada GDM macam macam boleh jadi dekat baby dan mommy…selang 2 minggu dari appointment sekarang pun boleh nampak baby jadi besar, tak cukup membesar, berat naik mendadak…ish macam macam la…so jangan marah ye kalau kami nak ‘berdating’ dengan anda lebih kerap.
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi. 😭 pic.twitter.com/7eVaKBohDX
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Nak bawa tengok anak di NICU, tapi akhirnya ke bilik pengurusan jenazah
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim anak batuk berterusan sekarang ini amat merisaukan mak ayah. Lebih-lebih lagi bila ubat-ubatan tidak meredakan batuk anak. Tak perlu risau, apa kata mak ayah cuba tepukan Chest Physio ini pula bagi meredakan batuk kahak anak.
Tip yang dikongsikan oleh seorang doktor di Tik Tok, @klinikputrabagan ini mak ayah kena cuba. Amalkan tepukan ini dengan teknik yang dikongsikan oleh beliau.
Musim anak-anak tak sihat sekarang. Disini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.
Kalau kita tengokkan kanak-kanak ni selalu berkahak, lagi-lagi baby, kanak-kanak di tadika dan anak-anak istimewa.
Bila berkahak akan menyebabkan anak jadi penat. So macam mana kita nak jaga paru-paru anak-anak ini, lebih-lebih lagi anak istimewa supaya tak jadi penat.
Kita buat Chest Physio, yang ini exercise untuk kuatkan paru-paru anak-anak kita ya. Ini panduan yang dikongsikan oleh doktor.
Langkah 1 Boleh pegang anak dalam kedudukan yang selesa.
Langkah 2 Curve kan sedikit tapak tangan. Biar tangan melengkung ke dalam.
Langkah 3 Tepuk di atas dada kanak-kanak, tepuk dari atas ke bawah dan ulang.
Langkah 4 Buat sebelah dada lagi dan ulang proses yang sama.
Langkah 5 Boleh ulang langkah yang sama di belakang badan.
Saya suka buat macam ni daripada anak kita baru lahir sampai anak kita sebelum ke sekolah tadika kita boleh amalkan cara ini.
Sambil-sambil duduk lepas mandi, pegang sekejap dan buat tepukan ni.
Tak kisah sama ada nak buat tepukan di belakang atau di depan sahaja. Yang penting kita rajin buat.
Bila kita buat macam ni, dia punya kahak dan paru-paru tu akan vibrate. Bila vibrate, kahak anak tak berada di paru-paru dan akan hilang.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...