Bertuahlah ibu jika semasa hamil, tidak ada keinginan yang melampau atau apa yang diidamkan itu mudah didapati.

Menurut Jururawat, Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Adakala, jika keinginan itu jika tidak dipenuhi, emosi si ibu akan dilanda badai.

Wanita mengandung rata-ratanya mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Bukan sahaja jenis makanan boleh dimakan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah ini diistilahkan sebagai ‘pica’.

Jangan terkejut ada rakan saya yang craving untuk menyedut bau petrol hingga diletakkan di tisu untuk bau bila perlu.

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam, Bahaya. Bayi Meleleh Air Liur Mitos!

Apakah kaitan mengidam dengan kehamilan?

Ada segelintir pakar perubatan mengatakan bahawa mengidam adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung.

Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya.

Malahan, alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi asbab kepada wanita hamil untuk mengidam makanan yang boleh melegakan alahan mereka.

Selain itu, kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang telah mencetuskan rasa mengidam seperti:

IKLAN

• Mengidam makanan laut mungkin disebabkan oleh kekurangan “calcium” dan “sodium”.
• Mengidam kekacang dan bijirin pula mungkin berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh
• Mengidam minum ais atau air batu pula mungkin disebabkan kekuranfan zat besi.
• Mengidam coklat pula menunjukkan peningkatan dalam keperluan kalori atau mungkin kurang vitamin B.

Sebenarnya, mengidam ni kadangkala perlu untuk meningkatkan jumlah kalori untuk pertumbuhan serta pembentukan janin.

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam, Bahaya. Bayi Meleleh Air Liur Mitos!

BAHAYA

Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti makan tepung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya.

Mengidam benda yang bukan makanan (PICA) harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.

Semasa hamil, pemakanan haruslah seimbang dengan jumlah kaliru serta khasiat yang mencukupi bagi membantu ibu dan janin sihat sepanjang bulan-bulan kehamilan.

IKLAN

Elakkan mengidam menguasai hati dan fikiran anda. Terutama yang mengidam melampau seperti setiap hari pagi petang siang malam nak makan aiskrim sahaja. Atau mungkin pagi mahu sate ayam, malammahu sate daging. Tidak ada sumber karbohidrat dimana-mana.

• Bukan tak boleh nak makan, tapi berpada-pada. Ambil makanan pada jumlah yang kecil. Asalkan dapat merasa. Saya tahu kaum wanita seperti kita ni bagaimana jika kehendak tidak dipenuhi

• Seeloknya tekankan kepada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal.

• Jika craving tersangatlah parah, seeloknya cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama pasangan ataupun mungkin menonton wayang. Tapi janganlah pergi jalan tempat senang nak dapat benda yang anda idamkan. Memang tak menjadilah nak lupakannya.

• Jangan terlalu diikutkan mengidam. Tidak mahu makan nasi langsung, tidak mahu sentuh nasi jika tidak dapat apa diidam. Bukankah kesihatan diri dan janin yang perlu kita ambil berat. Maka ambillah makanan yang lengkap dan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.

• Divert keinginan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.

IKLAN

Walau bagaimanapun yang paling penting disini adalah sokongan moral dari suami dan ahli keluarga kerana emosi ibu mengandung sering tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, kerana itulah ramai yang cakap bahawa pelukan seorang suami mampu meredakan emosi isteri. Ehem!

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam, Bahaya. Bayi Meleleh Air Liur Mitos!

Oh ya, kaitan mengidam dengan air liur bayi yang meleleh adalah #mitos. Kerana tidak ada kaitan antara keinginan ibu dengan janin yang dikandung. Sebenarnya lelehan air liur itu adalah bagi tujuan;

√ Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
√ Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
√ Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi

Kredit: Jururawat, Bel Nawhen

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam, Bahaya. Bayi Meleleh Air Liur Mitos!Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI