Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.

Ibu mengandung tak boleh tinggal buah!

Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.

Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.

11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung:

1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.

2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.

3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.

IKLAN

4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.

5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.

6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.

7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.

IKLAN

8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.

9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.

10. Mangga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.

11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.

IKLAN

Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.

Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.

Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.

Kita cuba sama-sama ya.

Kredit: @mazliana.mazlan

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/