Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
Ads
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ads
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ads
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
“Bukan tak redha, tapi hati ini terlalu rindu” itulah kata-kata yang paling tepat sekali buat ahli keluarga yang pernah merasai kehilangan insan tersayang. Tak mampu digambarkan melalui kata-kata betapa rindunya pada insan yang telah tiada.
Sama seperti anak kecil ini yang merindui arwah abangnya. Hanya mampu dilukiskan kisah mereka dalam sehelai kertas kosong yang menggambarkan mereka tetap satu keluarga walaupun si abang telah pergi buat selamanya. Lukisan dari anak kecil tersebut mengundang sebak ramai.
Lukisan rindu hati seorang Iman
Dapat wassap dari teacher Iman.
Sungguh..
Hati Mama tak kuat tatkala melihat hasil yang dilukiskan Iman. Airmata Mama laju mengalir. Lukisan yang jujur dari seorang anak kecil
Yang merindui seorang Abang. Diluahkan melalui sebuah lukisan. Terima kasih Iman. Sentiasa ingat pesan Mama
Jangan pernah lupakan Abang Adam kamu. Jangan lupa bacaan al fatihah untuk Abang Adam. Abang Adam tetap Abang kamu selamanya. Sampai bila-bila.
Mama tahu kamu rindu. Mama dan kita semua pun rindu. Tapi Abang Adam kamu dah berbahagia di sana. Dah sihat di sana. Pastinya di taman Syurga. Moga 1 hari nanti kita sekeluarga akan bersatu semula di sana.
Puan Norunajwa Safiei sudi berkongsi tentang pemergian anaknya yang berjuang dengan sakit kanser darah dan “menjadi kenangan buat selama-lamanya.
Penyakit yang paling ditakuti Allah uji pada anak
Tarikh 4 Februari setiap tahun adalah tarikh Hari Kanser Sedunia. Izinkan saya berkongsi kisah anak Syurga saya Adam yang diuji sakit kanser.
Sewaktu dimaklumkan anak menghidapi sakit kanser darah (leukimia) hati bagai tidak percaya. Lutut rasa lemah. Kepala rasa sakit bagai di hempap batu yang besar. Penyakit yang paling ditakuti akhirnya di alami oleh anak sendiri.
Hanya air mata sebagai peneman
Air mata sentiasa menjadi peneman. Anak saya juga sering menangis. Mungkin masih terkejut dengan suasana wad yang sangat asing baginya. Akhirnya, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya tanamkan dalam diri yang saya perlu positif.
Perlu kuat di hadapan anak agar anak lebih kuat semangat. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Tapi saya cuba kelihatan tenang dan bagaikan tiada apa yang berlaku. Sentiasa layankan dan hiburkan hatinya.Berusaha untuk buat mereka tersenyum. Saya tidak mahu anak saya sedih. Tipulah jika saya tidak menangis. Tapi elakkan menangis di hadapannya.
Pengorbanan buat anak
Lama kelamaan anak saya juga semakin positif. Dia sentiasa tersenyum walaupun menanggung sakit yang dihadapinya. Sakit kanser bukan seperti sakit demam biasa. Tapi terlalu banyak ujian yang dialaminya selepas kimoterapi seperti ulser, demam, sakit badan. Bergantung kepada antibodi masing- masing.
Ujian yang dilalui buat saya lebih belajar. Belajar erti sebuah pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran. Pengorbanan seorang ibu yang amat kasih dan sayangkan anaknya. Juga kesabaran dalam menjalani hari-hari bersama mereka.
Tanggal 27 Ogos Allah jemput kembali pada-Nya
Sungguh, kadangkala runtun hati saya sebagai seorang ibu bila melihat rawatan yang diterimanya di kala umur masih kecil begitu. Namun, bila memikirkan itu salah satu usaha, saya perlu juga kuatkan hati.
Akhirnya tanggal 27 Ogos 2020 anak saya pergi jua. Walaupun berat, tapi saya sekeluarga redha dan ikhlas. Berbaik sangka dengan Allah. Ada hikmah atas perancanganNya. Sakit cuma asbab.
Hakikatnya masa mereka telah tiba. Allah lebih sayangkan mereka. Hilang sudah segala kesakitan mereka. Buat ibu bapa yang diuji anak sakit kanser atau sakit lain, moga kalian sentiasa di permudahkan urusan.
Diberikan kekuatan dan kesabaran. Hanya kepada Allah kita memohon. Anggap ini sebagai satu ujian dan hikmah. Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami situasi yang sama, berikanlah kata semangat. Kata semangat juga mampu untuk membuatkan mereka lebih kuat.
-Mama Wildan Syurga Muhammad Adam Furqan-
Tanggal 5 April 2013
Tarikh di mana Mama melahirkan kamu Mama sambut kelahiran kamu dengan tangisan gembira Gembira menyambut kelahiran seorang bayi yang sangat comel.
Namun.. Allah pinjamkan kamu hanya beberapa tika Mama harus pulangkan semula di saat umur kamu 7 tahun 4 bulan kepada Pemilik kamu yang hakiki Ke negeri kamu yang abadi. Saat bersama kamu sangat indah
Diberi peluang memeluk, mencium, membelai kamu dan menjaga kamu adalah satu kenangan terindah bagi Mama Ayah. Syukur Allah bagi peluang itu walaupun cuma seketika. Kamu anak yang sangat manja Anak yang sangat menghiburkan Sentiasa membuat satu perkara lain dari yang lain
Yang sehingga kini kami masih ingat segala kenangan kamu. Senyuman kamu, tangisan kamu, gelak tawa kamu dan suara manja kamu… Semuanya masih segar dalam ingatan.
Dan.. Hari ini 5 April 2021
Tahun pertama kami menyambut tanpa kehadiran kamu Sungguh terasa kehilangan kamu.
Tiada lagi nyanyian lagu harijadi kamu Hanya bacaan al fatihah dan surah Yaasin yang kami bacakan
Tiada lagi kek untuk kami raikan kamu Tapi Mama berikan kek harijadi kamu pada insan2 yang pernah merawat kamu di wad 8C dulu.
Hadiah yang Mama sediakan untuk kamu akan Mama wakafkan agar pahalanya sentiasa mengalir untuk kamu. Saudara mara kamu juga adakan tahlil sempena hari lahir kamu Adam.
Tanda ingatan mereka yang tak pernah lupakan kamu. Selamat hari lahir Wildan Syurgaku Adam Furqan yang ke 8
Pastinya di sana lebih indah bersama rakan syurga kamu yang lain. Tiada apa yang lebih indah melainkan taman Syurga yang sentiasa diimpikan semua orang. Tunggu kami di sana ye Syg..dan Pimpin tangan kami di sana nanti..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah berak sampai berdarah, usus bengkak, ibu ini sebak anak baru setahun lebih alami kanser saraf tahap 3.
Ibu mana yang dapat menahan rasa melihat anak sendiri menanggung kesakitan. Perkongsian Puan Maryiam Edran tentang anaknya, Mawar Hanania ini pasti membuatkan air mata menitis laju. Membayangkan tubuh anak kecil sedang berjuang melawan barah.
Pucat & susah nak buang air besar. Seminggu sekali sahaja kadang-kadang tu berdarah. Rupanya Mawar alami masalah usus.
Mawar dirujuk ke hospital kerajaan. Bila X-ray, doktor kata “usus anak awak ni bengkak.”
Nampak sendiri buah pinggang Mawar ada mass. Ketumbuhan besar 12cm. Ketumbuhan 12cm pada budak 1 tahun lebih adalah besar sangat-sangat.
Mawar perlu jalani bone marrow & hasil diagnosis disahkan Right Neuroblastoma (kanser saraf) tahap 3. Akan jalani 7 kitaran kimoterapi, pembedahan & radioterapi.
Mama sedih tengok Mawar muntah, demam & tak selera. Pernah tak boleh berjalan sebab terlampau lemah.
Nak tampung perbelanjaan lain, kami anak beranak cukup-cukup makan je.
Bakal jalani kimoterapi ke-4.Mama harap Mawar kuat, lepas habis kimoterapi akan bedah buang ketumbuhan pada buah pinggang.
Mawar juga ada 5 ketumbuhan lain selain di buah pinggang.
Ainul Mardhiah semakin menunjukkan perkembangan positif. Ayahnya Ahmad Safiuddin menyampaikan khabar gembira Ainul kini sudah membuka mata.
Ainul yang menjalani pembedahan berisiko tinggi selama 5 jam Isnin lalu bagi membuang ketumbuhan seberat 200gram. Bayi yang kuat, Ainul setiap hari menunjukkan perkembangan yang baik.
Ainul, 10 bulan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia. Si kecil ini dikhabarkan bakal dipindahkan ke wad biasa pada hari ini.
Selain itu, ayahnya juga turut bercerita tentang gelagat Ainul di wad. Dia kini tidak lagi meronta untuk mengeluarkan tangan, sebaliknya tidur lebih lena apabila kedua belah tangannya dikeluarkan.
Warganet terus mendoakan Ainul Mardhiah agar pulih dan sembuh. Ada juga yang turut sebak melihatkan perkembangan Ainul.
Ada juga yang memohon agar ibu dan ayah Ainul berehat dan memelihara kesihatan walau pun sedang sibuk menjaga permata hati mereka itu.
Dalam perkembangan terbaru, mama Ainul, Nurul Erwani berkongsi video Ainul cuba untuk menghisap jari dan menoleh ke kiri dan ke kanan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.