Setiap ibu pasti mahu menyediakan sajian yang berkhasiat untuk si manja. Stok sayur ini salah bahan dalam penyediaan sajian bayi, boleh kuatkan antibodinya.

BEBAS MSG, GARAM DAN GULA

Resipi stok sayur ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hanim Omar. “Stok sayur ni kte guna utk letak dalam makanan anak boleh untuk kita pun boleh sebagai perasa. Seperti yang sedia maklum, bahan perasa yang terdapat dipasaran mengandungi monosodium glutamate (MSG) dan kita  tak yakin pembuatannya mungkin terdapat garam dan gula.

Untuk makanan anak yang berusia bawah 2 tahun sebaik-baiknya tidak menggunakan garam, gula dan monosodium glutamate (say NO TO SALT, SUGAR & MSG). Jadi dengan adanya vege stock ini, anak tetap dapat makan sedap dan segala nutrien yang ada pada sayur yang kita gunakan untuk buat stok in diperolehi kepada anak terutama sekali kepada anak yang tidak gemar kepada sayur sayuran,” kata ibu kepada Muhammad Asyaraf Hakimi yang berusia 7 bulan. Katanya lagi, stok sayuran ini sudah boleh diperkenalkan kepada bayi berusia baby tujuh bulan.

Resipi Buat Stok Sayur Untuk Sajian Bayi. Elok Untuk Anak Tak Suka Sayur, Baik Untuk Kuatkan Antibodi

PROSES PENYEDIAAN

Kata Nurul Hanim, menyediakan stok sayuran ini sangat mudah. Boleh gunakan apa sahaja sayur yang hendak digunakan. Kulit-kulit sayur yang sudah dibersihkan pun boleh digunakan.

 

IKLAN

Bahan-bahan (semua dipotong dadu)

  1. 2 biji bawang besar*
  2. 7 ulas bawang putih*
  3. 3 batang lobak merah*
  4. 2 batang saderi*
  5. 1 batang leeks*
  6. Bunga kubis
  7. Brokoli
  8. 2 sudu besar Minyak zaitun/minyak sawit
  9. 1 liter Air

Resipi Buat Stok Sayur Untuk Sajian Bayi. Elok Untuk Anak Tak Suka Sayur, Baik Untuk Kuatkan Antibodi

Cara penyediaan

  1. Gunakan periuk stainless steel atau kaca. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * sehingga sedikit layu (5minit).
  2. Masukkan air, bunga kobis dan brokoli atau apa-apa sayuran yang anda suka. Renihkan selama 45-55 minit menggunakan api perlahan.
  3. Sejukkan stok sayuran tersebut.
  4. Tapis dan ambil air rebusannya sahaja.
  5. Simpan di dalam bekas bertutup seperti kiub ais dan bekukan ia untuk memudahkan penggunaan dan memanjangkan jangka hayat stok tersebut.

CARA PENYIMPANAN

IKLAN

Stok sayuran yang di simpan di bahagian chiller pada peti sejuk dan boleh bertahan selama 5hari manakala jiika dibekukan boleh bertahan sehingga sebulan atau lebih.

INFO MENGENAI STOK SAYURAN

Ibu ini juga turut berkongsi info mengenai stok sayuran ini seperti berikut;

Resipi Buat Stok Sayur Untuk Sajian Bayi. Elok Untuk Anak Tak Suka Sayur, Baik Untuk Kuatkan Antibodi

IKLAN

Jumlah kalori: 11kcal/cawan

Nutrien penting yang diperolehi daripada stok sayuran ini ialah;

  • Sodium
  • Vitamin B1
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin B5

IMMUNE BOOSTER SEMULAJADI

Menurut Nurul Hanim, stok sayuran ini juga bagus diberikan kepada kalau anak yang demam. “Saya sudah cuba kepada anak saya. Salah satu  immune booster jugak sayuran ni.

Petang hari Jumaat dia demam, saya buatkan sup ayam yaang dicampur stok sayuran & syok ayam. Alhamdulillah 5 jam selepas tu demam kebah. Dan sy ulangi berikan anak makan sup tersebut untuk mrmbuka selera makannya semula.

Sumber: Puan Nurul Hanim Omar

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI