
“Baru nak ke dapur pun anak dah melalak. Nak ke tandas pun rasa macam nak buat misi sulit!”
Pernah tak ibu alami situasi macam ni? Anak kecil yang tak boleh langsung berpisah walau sesaat. Nak tidur pun nak peluk, nak mandi pun ikut, nak masak pun kena ‘dukung sambil goreng’. Memang penat. Tapi… tahu tak, sebenarnya ini petanda yang sangat positif?
Kalau anak asyik ikut ke mana saja ibu pergi, itu tandanya dia yakin dan percaya
pada ibu. Dalam dunia kecilnya, ibu adalah zon paling selamat. Bila ada ibu, dia rasa tenang. Bila tak nampak ibu, dia rasa gelisah.Dan itu normal. Sangat normal.
Fasa ni biasanya berlaku sekitar usia 6 bulan hingga 2 tahun. Anak dah mula sedar yang ibu dan dia bukan satu entiti. Ibu boleh hilang dari pandangan — dan itu buatkan dia rasa tak selamat.
Dia belum tahu konsep “ibu pergi kejap, tapi akan balik semula.” Jadi bila tak nampak ibu, terus fikir yang ibu takkan balik.
Kalau anak melekat 24 jam, itu bukan sebab dia manja
atau nak mengada. Tapi sebab dia tengah belajar membina keyakinan diri dan emosi.Kajian pun tunjuk, anak-anak yang rapat dengan ibu dari kecil akan lebih mudah berdikari bila dah besar. Sebab dia tahu, ada tempat yang selamat untuk dia kembali bila perlukan sokongan.
1. Beri masa dan ruang – perlahan-lahan.
Tak perlu paksa anak berdikari. Mulakan dengan tinggalkan anak main sekejap, sambil ibu ada berhampiran. Bila dia nampak ibu tak ke mana pun, dia makin yakin.
2. Gunakan objek kesayangan.
Bantal busuk, mainan kegemaran, selimut lembut – semua ni boleh bantu anak rasa ‘disambung’ dengan ibu walaupun ibu tak di sisi.
3. Jangan lupa diri sendiri.
Anak ke mana, ibu ke situ bukan sebab dia manja. Tapi sebab dia tengah belajar tentang kasih sayang, kepercayaan dan keselamatan.
Suatu hari nanti, anak yang sama akan berlari masuk kelas tanpa toleh ke belakang. Dan masa tu… ibu pula yang akan rindu ‘melekat’nya dia 💗