Setiap ibu pasti bangga bila melihat anaknya berusaha bersungguh-sungguh, apatah lagi bila melihat hasil kerja si kecil yang begitu indah dan penuh warna. Namun siapa sangka, hasil yang sepatutnya diraikan itu bertukar menjadi detik yang menyedihkan buat seorang ibu ini.

Bayangkan perasaan seorang ibu apabila melihat karya anaknya dipandang remeh, hanya kerana terlalu cantik untuk dipercayai dihasilkan oleh kanak-kanak seusia itu. Bukan kerana mahu menang besar, tapi kerana anaknya layak dihargai atas usaha sendiri, bukan dituduh menipu atau dibantu orang dewasa.

Apa yang sepatutnya jadi kenangan manis, akhirnya meninggalkan luka di hati. Hanya kerana hasil kerja anaknya melebihi jangkaan, si kecil itu dinafikan peluang untuk diiktiraf.

Kisah Viral Tentang Anak Dituduh Menipu Kerana Lukisan Terlalu Cantik

Ibu Kesal Anak Dituduh Menipu Kerana Lukisan Terlalu Cantik

Kisah yang kini viral di Indonesia ini bukan sekadar tentang sebuah pertandingan mewarna  tapi tentang bagaimana kadang-kadang orang dewasa sendiri gagal melihat keikhlasan dan bakat tulen seorang anak kecil. Ia mengundang perbincangan hangat dalam kalangan ibu bapa di media sosial, terutama mengenai sikap prejudis dan penilaian tidak adil terhadap kreativiti kanak-kanak.

Menurut perkongsian Puan Nia, anaknya menyertai satu pertandingan mewarna bersama kira-kira 25 orang murid tadika lain. Segala proses pertandingan berlangsung di bawah pemantauan pihak juri dan panitia  jadi tidak timbul isu bantuan daripada ibu bapa. Namun, selepas keputusan diumumkan, hati seorang ibu ini benar-benar terguris.

Puan Nia bersama beberapa penjaga lain mula mempersoalkan keputusan apabila melihat hasil lukisan pemenang tempat pertama yang dikatakan jauh kurang kemas dan menarik berbanding lukisan anak-anak lain.

Ibu Kesal Anak Dituduh Menipu Kerana Lukisan Terlalu Cantik

Ads

Di maklumkan pihak pengajurkan menyifatkan teknik gradasi mesti dibantu ibu bapa. Budak tadika mana tahu buat macam itu.

Alasan itu membuatkan ramai ibu bapa lain turut terdiam. Pihak penganjur mendakwa lukisan anaknya terlalu cantik dan tidak masuk akal untuk dihasilkan sendiri oleh seorang kanak-kanak tadika  seolah-olah usaha dan latihan bertahun-tahun anak kecil itu langsung tidak dihargai.

Dalam pada itu, menurut Puan Nia, sudah banyak kali anaknya menyertai pertandingan mewarna, Puan Nia merasa kesal dengan jawapan serta sikap yang dipaparkan pihak penganjur kali ini.

Bakat Anak Kecil Perlu Dihargai, Bukan Diragui

Ibu Kesal Anak Dituduh Menipu Kerana Lukisan Terlalu Cantik

Menurut Puan Nia, anaknya sememangnya gemar melukis dan sering menghabiskan masa di rumah dengan pensel warna dan kertas lukisan. Ini jelas dipaparkan menerusi beberapa posting di instagram miliknya.

Kisah ini bukan sahaja menarik perhatian warga Indonesia, malah ramai netizen turut bersimpati dengan nasib anak kecil itu.

Ads

Meninjau di ruangan komen rata-rata sesetengah ibu bapa juga menegaskan bahawa setiap anak mempunyai kadar kemahiran dan kreativiti berbeza, bergantung kepada pendedahan dan latihan yang diterima. Ada kanak-kanak yang minat seni sejak kecil, malah mampu menghasilkan gradasi warna secara semula jadi hanya dengan pemerhatian dan eksperimen sendiri.

Tip Galakkan Minat Anak Dalam Mewarna

Kisah anak yang dituduh menipu kerana lukisan terlalu cantik ini memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa untuk terus menyokong minat seni anak masing-masing. Jika anak menunjukkan kecenderungan terhadap lukisan, berikut beberapa cara mudah untuk mengasah bakat mereka di rumah:

1. Sediakan ruang kecil khas untuk seni

Tak perlu besar, cukup satu sudut di ruang tamu atau bilik yang membolehkan anak bebas berimaginasi tanpa risau comot.

2. Gunakan bahan murah tapi selamat

Pensel warna, crayon, watercolour atau marker  biar anak cuba pelbagai medium supaya mereka tahu gaya yang mereka suka.

3. Jangan kritik hasil mereka

Walaupun nampak “pelik”, bagi anak, setiap garisan ada makna. Tanya mereka tentang cerita di sebalik lukisan itu. Itu akan buat mereka rasa dihargai.

Ads

4. Puji usaha, bukan hanya hasil

Anak akan lebih yakin bila tahu proses mereka dihargai  bukan hanya bila hasilnya “cantik”.

5. Tunjukkan contoh

Duduk dan warnakan bersama. Bila anak nampak ibu bapa pun seronok melukis, mereka lebih bersemangat dan kreatif.

6. Galakkan sertai pertandingan – tapi fokus pada pengalaman

Jelaskan pada anak bahawa menang bukan tujuan utama, tapi peluang belajar dan seronok mencuba perkara baru.

7. Simpan hasil kerja mereka

Letak di dinding, peti ais atau dalam folder khas. Ia bukan sekadar koleksi, tapi juga kenangan yang membina harga diri anak.

Akhirnya, kisah Puan Nia bukan hanya tentang pertandingan yang tidak adil, tapi tentang bagaimana orang dewasa harus belajar menghargai keikhlasan dan potensi anak-anak kecil.

Kerana bagi seorang ibu, melihat anaknya berusaha dengan sepenuh hati sudah cukup untuk dianggap pemenang sebenar  walau tanpa sebarang trofi di tangan.

Sumber: nailabitania

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads