Ibu mengandung tak boleh tinggal buah. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.
Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.
Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.
11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung ok.
1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.
2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.
3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.
4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.
Ads
5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.
6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.
7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.
8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.
Ads
9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.
10. Magga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.
11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.
Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.
Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Selamat melahirkan bayi sulungnya pada Sabtu lalu, hari ini penyanyi, Wany Hasrita berkongsi nama puterinya selepas hari ketujuh kelahirannya.
Wany dan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi sepakat memilih nama yang cukup indah buat cahaya mata sulung mereka iaitu, Aishah Al Iman.
Menerusi Instagramnya, Wany turut memuat naik sekeping gambar keluarga, bersama suami dan cahaya mata sulung mereka ketika pulang dari hospital.
“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah.
“Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak. Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh je balik nnti,” kongsi Wany di kapsyen.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini bergelar ibu ini juga turut menitipkan doa buat anaknya sambil mengharapkan perjalanan yang indah dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.
“Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya.
“P/s: sbb kita tak buat majlis, kita throwback gambar masa ibu nak discharge hospital hari tu, muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal nursery 1 malam sebab kuning,” tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji pilihan nama Wany yang cantik dan sedap. Tak kurang juga disertakan dengan doa-doa yang baik untuk si comel Aisyah.
Pelakon cantik Datin Seri Zizie Izettebuat kejutan apabila memgumumkan dirinya sedang hamil tiga bulan dalam posting di Instagram peribadinya semalam.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar berkongsi berita gembira tersebut apabila dia memuat naik beberapa keping gambar throwback percutian di Rusia bersama anak-anaknya.
Dengan kapsyen tulisannya “Pic number 4 will surprise u!” nyata benar-benar memeranjatkan para pengikutnya. Bagaimanapun ramai yang mengucapkan tahniah bahkan ada yang mendoakan agar Zizie dikurniakan sepasang anak kembar perempuan pula.
Ibu kepada bayi kembar Aleph dan Aadam yang kini berusia 8 bulan dan dua lagi anak lain Jenna, 3 dan Ariq sememangnya terkenal sebagai ibu yang suka mempunyai ramai anak.
Rata-rata pengikut Zizie teruja dan gembira dengan berita pengumuman tersebut. Ramai yang mengucapkan tahniah dan turut berdoa supaya kandungan Zizie kali ini kembar perempuan pula.
Mereka turut berdoa agar Zizie dipermudahkan sepanjang kehamilan ini selain turut berpesan ibu anak empat ini menjaga kesihatan dirinya dalam kesibukan menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Pedih ulu hati adalah masalah yang sering dialami oleh ibu mengandung pada masa-masa tertentu ketika mereka hamil. Situasi ini berlaku terutama semasa trimester kedua dan ketiga ketika hamil.
Keadaan ini juga dikenali sebagai pencernaan asid. Ia merupakan kerengsaan atau sensasi terbakar di esofagus yang disebabkan oleh kandungan perut yang refluks (naik) dari perut.
Ibu Hamil Ramai Alami Masalah Pedih Ulu Hati
Berdasarkan kajian mengenai Heartburn in pregnancy, pedih ulu hati adalah simptom gastrousus yang paling biasa pada wanita hamil, dengan sebanyak 17 peratus (%) hingga 45% insiden berlaku semasa kehamilan.
Dalam beberapa kajian, kelaziman keadaan pedih ulu hati telah meningkat daripada 22% pada trimester pertama hingga 39% pada trimester kedua, dan sehingga antara 60% dan 72% pada trimester ketiga.
Cegah Sebelum Makin Teruk, Cuba Tip Ini
Apa Itu Pedih Ulu Hati?
Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh asid perut yang masuk ke dalam kerongkong (esofagus) apabila otot yang melingkari (sfinkter) bahagian bawah esofagus tidak tertutup sepenuhnya selepas makanan masuk ke dalam perut. Kebiasaannya, sfinkter tersebut akan tertutup dan asid serta isi kandungan perut tidak berpatah kembali atau refluks ke dalam esofagus.
Ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala, ia boleh naik sehingga ke tekak. Pedih ulu hati ialah keadaan yang biasa berlaku dan ia bukan satu keadaan yang serius. Jenis dan gaya pemakanan boleh menyebabkan asid refluks.
Punca pedih ulu hati semasa hamil
Keadaan pedih ulu hati yang berlaku semasa kehamilan mungkin berlaku akibat perubahan hormon, yang boleh menjejaskan otot saluran pencernaan dan penerimaan makanan. Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon kerana dalam keadaan biasa, sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus. Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.
Di samping itu, rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan perut menjadi penuh dan seterusnya menolak asid perut ke atas. Walaupun ia jarang berlaku, batu hempedu juga boleh menyebabkan pedih ulu hati selama kehamilan.
Apakah yang memburukkan keadaan ini?
Makanan pedas, berminyak dan berlemak diketahui sebagai penyebab kepada keadaan pedih ulu hati juga berkemungkinan membawa masalah kepada wanita hamil. Makanan yang tidak dicerna dengan baik atau bergerak dengan cepat semasa mengandung. Jadi, makan hidangan besar atau makan secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko untuk pedih ulu hati. Selain itu, makan sebelum tidur juga boleh mendorong kepada keadaan ini. Merokok boleh menyebabkan pedih ulu hati lebih parah dan ia merupakan satu lagi sebab untuk anda hentikan tabiat ini, terutamanya semasa mengandung.
Ini tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad untuk mencegah ulu hati ketika hamil.
TIP MENCEGAH PEDIH ULU HATI SEMASA HAMIL
Kekal terhidrasi
Selain penting untuk kesihatan dan kesihatan anak anda, air membantu membasuh semua asid tambahan daripada makanan yang kekal di saluran penghadaman. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga akan membantu melancarkan penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Makan sikit tapi kerap
Semasa hamil, perut kekurangan ruang untuk berkembang. Memastikan perut sentiasa sibuk sepanjang hari dengan pengambilan makanan dalam kuantiti kecil adalah penting. Elakkan makan lewat petang, dan lebih memburukkan lagi adalah jangan berbaring selepas makan.
Ini kerana apabila anda berbaring atau melakukan aktiviti yang memerlukan anda membongkok selepas makan, anda membuka laluan aliran, mewujudkan potensi asid membiak. Oleh itu, pastikan anda duduk atau bergerak sedikit selepas makan.
Pakai pakaian yang longgar
Jangan tambahkan tekanan pada kawasan yang sudah kekejangan. Jadi elakkan memakai pakaian ketat dan pilih pakaian hamil yang lebih selesa bagi mengelakkan anda berasa terbakar.
Selain itu, pakaian longgar tidak akan menyekat pinggang dan diafragma. Manakala pakaian ketat di sekeliling pinggang boleh mengganggu perut anda, yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Elakkan makanan yang mencetuskannya
Kenal pasti makanan yang mendorong kepada pedih ulu hati anda dan buangnya dari diet anda. Walaupun tiada makanan yang dilarang secara umum, pencetus pedih ulu hati biasanya termasuk makanan berasid, seperti buah sitrus dan tomato, makanan berminyak atau goreng, makanan pedas, coklat, kopi dan minuman berkarbonat, serta alkohol.
Tidur sebaiknya
Untuk mengelakkan pedih ulu hati pada waktu malam, elakkan pengambilan apa-apa makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Kedudukan tidur dengan meninggikan kepala katil dan meletakkan sesuatu di bawah kaki. Jika anda tidak tidur mengiring ke kiri, asid perut sukar bergerak untuk mencapai ke esofagus.
Rumah bersepah sering menjadi topik perbualan yang mencetuskan pelbagai pandangan. Ada yang merasa ia perkara biasa, sementara yang lain menganggapnya sebagai tanda gangguan tertentu.