Bab makanan yang boleh tambah susu ibu adalah tajuk yang paling kerap dibualkan oleh ibu-ibu menyusu. Majoriti ibu menyusu sentiasa bersemangat dan gigih berusaha untuk memastikan pengeluaran susu mereka terus ‘meriah’.
Jadi bila orang kongsi resipi ‘milkbooster’, confirm ibu menyusu akan cuba buat walaupun tak semestinya setiap orang akan mendapat hasil yang sama.
Perkongsian resipi tambah susu ibu daripada seorang ibu menyusu, Puan Linn Amalina ini wajib dicuba oleh semua ibu-ibu menyusu ya. Mana tahu serasi dengan anda.
Linn sangat faham yang ramai mummies ada masalah dari segi penyusuan, susu tak semeriah dan pekat macam mummies yang lain tapi pada masa yang sama nak berusaha juga sedaya upaya untuk bagi susu ibu sepenuhnya kepada bayi masing-masing CUMA tak tahu cara terbaik untuk rancakkan pengeluaran susu, kan?
Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, haa eloklah amalkan petua yang bakal Linn ceritakan satlagi ni ??.
Mudah atau tidak bergantung pada kerajinan mummies la ya. Kalau rajin dan ada masa, kejap je dah siap tau.
Jangan lupa #SHARE dan #TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive bf pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni.
Ads
TAKE NOTE : Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
Ads
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
CARA-CARANYA
Halba dan longan kering tu kita basuh dulu ye untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Dah basuh, toskan jap.
2. Ambik satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air tau. Dah menggelegak tu kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Dah larut je gula tu, kita tutup api.
4. Siap pun milkbooster kita ni. Sebelum minum, tapis dulu halba tau. Kalau longan tu kita boleh masukkan je dalam gelas kita. Sambil minum sambil kunyah longan. Air ni siyes rasa macam air laici kang.
Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam panas atau sejuk bergantung pada citarasa masing masing.
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau.
Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Melalui pengalaman doktor sendiri, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.
Tanda-tanda jahitan terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut
Risiko
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourished) dan urang daya tahan penyakit.
Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka. Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan lambat sembuh
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tindakan anda
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Jahitan terbuka semula?
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
Tempoh sembuh
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
Luka cepat sembuh
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
Penjagaan luka jahitan
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Bahaya jahitan terbuka
Jahitan terbuka tidak membahayakan nyawa kecuali kalau ada jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan dan lambat mendapat rawatan. Selain itu, jika tidak dijahit, dan dibiarkan, luka jahitan terbuka bersalin memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.
Rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan. Segera berjumpa doktor untuk pastikan jahitan tidak terbuka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarlah mengantuk sekalipun, bangunlah untuk menyusukan bayi anda pada waktu malam. Banyak kelebihan menyusukan anak ketika orang lain sedang nyenyak tidur ni. Salah satunya adalah kandungan hormon prolaktin yang tinggi, itulah yang menjadi penguat kasih sayang ibu dan bayi.
Pembimbing Penyusuan, Nor Azura, ada berkongsi tentang kelebihan menyusukan bayi pada waktu malam:
1.Biasanya bayi yang menyusu dari susu ibu akan menyusu 2-3 jam sekali termasuklah pada waktu malam.Ini kerana komposisi susu ibu sangat mudah dihadam oleh bayi.
2.Ransangan (hisapan) yang kerap pada payudara dapat mengurangkan penghasilan FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation.
FIL adalah sejenis protein di dalam susu badan, rangsangan yang kerap dari bayi dapat mengurangkan penghasilan FIL.
Lebih lama payudara ibu tidak dirangsang,penghasilan FIL akan semakin banyak didalam susu ibu. FIL akan hantar signal pada otak bahawa penghasilan susu perlu dikurangkan pada sesi seterusnya.
Maka,jika semalaman bayi tidak bangun menyusu dan ibu pula tidak mengepam,penghasilan susu akan makin berkurang. FIL juga boleh buat susu kering seandainya rangsangan kurang atau tiada. Jangan salahkan FIL, itu cuma tugasnya.
Tugas anda? Pastikan bayi menyusu dengan kerap.. Apabila bayi tidak menyusu secara terus atau berjauhan dari bayi, gantikan rangsangan dengan pam.
3.Selain itu, penghasilan susu pada waktu malam tinggi dengan kandungan lemak,ia membantu menambah berat bayi.
Ha,nak bayi tambah berat dengan jayanya? Kerapkan penyusuan waktu malam ya.
4.Kandungan susu pada waktu malam juga tinggi kandungan hormon prolaktin. Ia adalah hormon kasih sayang antara ibu dan bayi.
Agak rasa penghasilan susu kurang ke,kerap-kerapkan menyusu malam ya. Ia akan menambah penghasilan prolaktin dan seterusnya menambah penghasilan susu.
5.25% dari penyusuan susu seharian adalah dari penyusuan waktu malam.
Bonus🎉🎉
-Sediakan air minum ditepi tempat tidur isteri,ibu menyusu kerap dahaga. -Atau snek, lapar dan ibu menyusu berpisah tiada. -Kuncikan jam untuk ibu bangun menyusukan bayi. -Atau anda boleh bantu isteri dengan tukarkan lampin bayi di malam hari.
Sekiranya ibu lihat bayi dapat tidur dengan tenang selepas disusukan, maksudnya dia sudah kenyang. Ketika menyusu waktu malam, bayi bukan hanya membasahkan tekak tetapi sama seperti waktu siang, anak akan mendapat foremilk dan hindmilk. Oleh itu, penyusuan pada waktu malam juga sangat penting untuk bayi anda.
Ibu bapa yang ada anak kecil, bab kebersihan harus sentiasa dititikberatkan. Nampak macam biasa, kadang perkara ini boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Begitu juga dalam bab kebersihan botol susu, ada yang buat acuh tak acuh. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!