Selepas melahirkan, setiap ibu pasti ingin menyusukan sendiri bayi dengan susu ibu yang kita sedia maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Namun ada sesetengah perkara yang membuatkan ibu rasa cepat putus asa dan akhirnya memberikan bayi dengan susu formula.
Perkongsian oleh Dato’ Dr. Suriyakhatun untuk ibu-ibu baru yang akan menyusukan anak dengan susu ibu boleh dijadikan panduan. Menurutnya bakal ibu perlu mendapatkan ilmu penyusuan supaya tahu betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu. Tambahnya juga jika perlu ibu-ibu boleh berjumpa dengan pakar laktasi jika mengalami masalah berkaitan penyusuan.
Ikuti perkongsian beliau:
Saya harap bakal ibu semua akan dapatkan ilmu menyusukan anak dengan susu badan.
Selepas bersalin memang susu yang keluar sedikit dan pekat. Anak baru lahir perlukan susu ini. Susu awal ibu ada kolostrum yang anat penting untuk imun bayi. Janganlah disebabkan tak faham perkara ini ibu berikan anak susu formula dalam botol. Langkah ini mungkin akan gagalkan penyusan seterusnya di samping memberi anak susu yang serba kurang berbanding susu ibu.
Ads
Bila anak di biasakan dengan botol dan puting getah yang mudah di hisap berbanding susu badan yang memerlukan tenaga hisap ysng lebih kuat, anak akan tolak susu badan selepas itu. Ibu yang tidak ada pengalaman akan cepat mengaku kalah dan beri susu botol seterusnya.
Sebenarnya anak perlukan aktiviti menyusu dari ibu sebab usaha menghisap susu ibu latihkan lidah dan ototnya untuk bercakap kelak. Otot muka juga terbina dengan baik dan bentuk muka anak susu badan lebih sempurna.
Ads
Susu badan adalah susu hidup yang ada prebiotik probiotik enzim hormon dan antibodi yang melindungi anak. Susu formula tidak ada semua ini.
Susu badan memang kelihatan cair berbanding susu formula namun ini yang anak perlukan. Jika ibu makan seimbang emosi stabil cukup rehat dan buang ait besar lawas tidak ada sebab susunya kurang khasiat.
Ads
Berjumpa dengan kaunselor laktasi jika ada masalah penyusuan. Jangan cepat give up.
Ekzema adalah penyakit yang menyebabkan keadaan kulit menjadi merah, kering, gatal dan merekah.
Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai kaitan dengan genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah adalah penghidap ekzema maka ia akan memberi kesan genetik itu kepada anak.
Ada orang menghidap ekzema sejak bayi dan ada juga yang mendapatnya ketika sudah dewasa. Biasanya tanda-tanda ekzema yang berlaku pada bayi jelas kelihatan pada bahagian pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.
Antara cara rawatan penyakit ekzema yang biasa iaitu menggunakan ubat pencegah gatal, losyen pelembap dan antibiotik.
Seorang ibu, Fatihah Sidek berkongsi kaedah perubatan Islam yang akhirnya menyembuhkan penyakit ekzema anaknya dengan izin Allah setelah mencuba pelbagai cara perubatan.
Ok Bismillah. Malam ni nak share ikhtiar berubat cara perubatan islam dengan Ekzema zawa.
Zawa punya E ni dah macam-macam cara guna. Steroid memang totally out. Tak serasi. Lagi guna lagi teruk. Tapi, Bila kecemasan yang melibatkan dia alergy teruk ibu terpaksa jugak ambik.
Mostly ibu guna pendekatan jaga diet. Bagi real food. Semua makanan masak sendiri. Buat food diary. Sapuan semua yang natural saja sebab E dia super sensitive. Salah sikit berdarah / berair sebab garu.
E dia ni unpredictable sampai tahap ibu cut semua makan dia semula mula daripada 0. Mula dengan nasi kosong balik. Ikan pun cuba satu satu balik sebab masa Ekzema dia masuk bulan ke 7/8 macam tu, E dia dah mula bertenang. Then tiba tiba dia jadi heavy detox semula.
Memang buntu.
3 bulan terakhir sebelum E dia hilang, ibu ambik keputusan nak buat alergic test. Masa ni ibu tanya pada coach Mizhana Padzi kat mana tempat yang elok untuk buat alergic test.
Coach jawab cuba pegi Iridology Homeopathy dulu. Kat sana dia test anak mata guna mesin khas & kita akan dapat tau condition anak macam mana.
So ibu pergi. Gambar kat bawah ni ibu share beza anak mata ibu dan Zawa. Kondisi badan yang sihat bila result anak mata tu nampak smooth. Kalau tengok Zawa punya anak mata memang berselirat.
Di bahagian anak mata tu, doktor akan terangkan spot-spot tertentu contohnya bahagian bahu, belakang, usus dan sebagainya.
Dan perut Zawa ni berasid. Thats why lah bila ibu stop bagi dia makan ayam, E dia bertenang. So doc bagitaulah cara untuk balancekan balik pH perut.
Minum air beralkali, bagi makanan & buahan yang beralkali. Kurangkan protein & carbo.
Masa tu, ayah Zawa suruh ibu test sekali condition ibu. Sebab masa ni ibu lesu gila. Memang macam orang tak sihat. Kami fikir maybe kepenatan jaga anak siang malam tak ada rehat.
Bila check, doktor ada sebut la you selalu sakit bahagian bahu, belakang, dada dan lain- lain. Doktor cakap lagi, stress level awak sangat tinggi. Patutlah anak punya stress level pun tinggi. Dia absorb daripada ibu. Macam mana E dia nak baik?
Ini antara awak dengan saya ya. Saya nak tanya, suami ok? * Ala-ala berbisik
Ok doktor. Husband ok.
Awak ada gangguan?
Masa tu ibu macam kena karen sikit. Kenapa doktor tanya macam tu?
Sebab dalam brain kita ni ada 1 spot yang boleh tunjukkan kita ada gangguan. *Sambil tunjuk kawasan tu dalam result.
Inilah stage di mana kami suami isteri bergaduh selalu. Rasa nak separate. Kadang menangis, meraung dalam bilik air. Lost!
ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN
Lepas tu, mentua bawak ustaz daripada Darussyifa’ datang ke rumah kampung. Masa dia baca ayat-ayat suci terasalah kat belakang ni sakit. Dekat bahu. Takde adegan kena rasuk mahupun bacaan Allahuakbar kuat-kuat macam dalam tv tu tau.
Ustaz bagi air untuk mandi. Ada sedikit gangguan kata dia. Kita ikhtiar saja lah.
Lepas daripada tu, asbab berubat & balancekan semula pH perut dia, alhamdulillah zawa tido lena setiap malam. If tak sebelum ni malam dia tak boleh tidur.
Budak E biasalah dia tak boleh tidur sebab gatal tapi fasa tu dah lama berlalu. Dia punya tak boleh tidur sekarang lain. Dia menangis dalam tidur. Dia jerit. Mata tak bukak.
So sejak malam tu dia tidur lena. Terus tak berbuai. Kalau tak sebelum ni dia kerap la mengigau. Ibu dengan ayah pun dah boleh cakap elok-elok. Bercinta semula. Gitew.
Ekzema dia sebulan lepas tu nampak perubahan ketara. Dia start berpeluh banyak kat leher. Poo 3 kali sehari.
Which is good sebab benda tak elok dalam badan dan boleh keluar melalui organ yang betul. Dia dah tak keluar melalui kulit.
Untuk anak anak E, Dr su ke, Dr Hafiz ke, Mizhana ke selalu tekankan jaga emosi ibu sebab anak akan absorb kalau kita stress.
Mungkin ini rezeki Zawa baik daripada E dia setelah macam macam cara kami cuba. Apapun alhamdulillah syukur, E Zawa baik. Ibu ayah pun baik. Tak panas-panas dah.
Makan pun alhamdulillah, banyak dah cuba makanan baru.
Cerita pasal ni sampai sini je. Tak ada sambungan dah. Kalau memberi manfaat, alhamdulillah. Yang tak percaya pun tak apa. Saya cuma berkongsi
Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, memohon orang ramai supaya mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anak keduanya pada pertengahan bulan ini berjalan lancar.
Katanya, Adam Musa yang baru berusia setahun enam bulan menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
“Saya harap sepanjang dua minggu ini sama-sama mendoakan anak saya, Adam Musa Khairul Azhar yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pertama.
“Semoga Adam Musa segera pulih selepas pembedahan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan diberkati dengan kehidupan yang sihat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan IJN, doktor dan kakitangan di atas kelancaran urusan dan layanan sejak anaknya menerima rawatan di situ.
“Terima kasih kerana segala proses kemasukan Adam Musa ke wad berjalan lancar, malah semua kakitangan memberikan layanan yang baik.
“Dia asyik menangis sejak pagi, tetapi gembira selepas dapat menikmati buah beri biru dan tauhu dengan nasi.
“Saya sangat gementar, namun berharap anda semua dapat mendoakan Adam supaya cepat pulih,” tambahnya.
Terdahulu, bayi lelaki yang dilahirkan pada Disember 2017 itu pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.
Selain Adam, Hunny yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai seorang anak perempuan, Eva Medina, yang kini berusia tujuh tahun.