Ibu menyusu nak berdiet boleh tapi kena ikut langkah betul untuk maintain susu. Kenapa? Sebabnya anak masih memerlukan zat dari ibu. Jika terlalu mengamalkan diet yang drastik susu pun akan terus berkurangan
Berkongsi mengenai perkara ini, Penasihat Diet, Mohd Khairul Azuan menyatakan ramai ibu yang bertanya sebelum ini, bolehkah mereka menurunkan berat badan semasa dalam tempoh penyusuan bayi.
Jawapannya, Boleh. Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada bayi yang masih memerlukan susu ibu.
Ads
Mulakan selepas bayi berumur 2 atau 3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.
Makan 1500kcal-1800kcal sehari (bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori). Kurangkan makanan yang berminyak. Makan sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Berapa kerap? Sekurang-kurangnya jarakkan dalam tempoh dua jam.
Elak amalkan diet shortcut! – no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet. Ia boleh menjejaskan kualiti susu. Amalkan dietsihatyang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.
Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500gramseminggu ataupun 2 kilogram sebulan. Sikit tak pe asalkan anak cukup khasiat.
Menyusu sekerap mungkin. Anda burn 300-500kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn.
Kurangkan kalori secara berperingkat.. jangan dari 2500kcal terus ke 1500kcal. Mesti effect kualiti susu.
Pastikan minum air dengan secukupnya iaitu 2-3 liter sehari.
Perbanyakkan makanan yang sihat seperti buah-buahan sebagai snek dan selepas/sebelum makan utama untuk tambahan vitamin dan kalori.
Kalsium dari sumber protein seperti ikan, ayam, daging, susu dan lain-lain sumber untuk kekuatan tulang ibu dan anak.
Ambil minyak tetapi hadkan dua jenis hidangan sahaja sehari.
Ads
Walaubagaimanapun, saranan di atas tidak dapat menggantikan saranan dari doktor dan dietitian kerana saranan di atas lebih bersifat umum.
Ads
Diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan ibu dan anak.
Air rebusan kurma merah sangat bagus buat ibu-ibu dalam pantang yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Selain membantu ‘menjana’ susu badan, air rebusan kurma merah ini juga baik untuk kulit.
Air rebusan ini menjadikan kulit ibu-ibu jadi lebih berseri. Rugi siapa tak cuba. Melalui perkongsian Nurul Syazwani wanita ini berkongsi petua yang diperolehinya daripada seorang rakannya yang berbangsa Cina.
“Hari itu masa lepas pantang susu badan saya tiba-tiba drop. Lepas itu ada kawan saya bangsa cina suruh cuba buat air rebusan kurma merah ini.
“Ada juga yang suruh minum air kotak kurma merah itu. Bukan tak nak tapi kandungan gula dalam air kotak itu terlalu tinggi. Takut penyakit lain pula yang datang nanti.”
Mari kita cuba air rebusan kurma merah yang kita buat sendiri ini ya.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Kurma merah
2. Kurma hitam
3. Goji berries
4. Longan kering
5. Rose buds
6. Gula batu (jika suka manis)
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan dan toskan.
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air.
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air.
Manfaat lain:
Air ni bukan sahaja untuk tambah susu badan, tapi banyak juga khasiat lain yang akan kita dapat. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ini.
Di semua hospital sama ada awam atau swasta, terdapat papa kenyataan: “Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk” di pintu utama dan wad. Peraturan ini bukan saja-saja di buat oleh pengarah hospital. Ini kerana kanak-kanak merupakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Tapi masih ada lagi segelintir ibu bapa yang memandang ringan tentang larangan ini. Masih ada lagi yang membawa anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit di sana. Ikuti perkongsian En. Faisal Firdaus tentang betapa bahayanya kuman-kuman yang terdapat di hospital walaupun nampak sangat bersih.
Berkilatkan lantai depan ICU ni?
Sampaikan ada pelawat boleh duduk. Bawak kanak-kanak lepastu baring-baring atas lantai.
Puting anak jatuh lepastu masukkan balik dalam mulut ank. Tak basuh pun! Kemam-kemam je, bg ank.
ADOIIII!!!!
Kak, abang, pakcik, makcik…
Ape yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ye memang betul kami, mop, buffing lantai tu setiap hari.
Tapi, apa yg tertumpah atas lantai tu? Darah.. Nanah.. Lendir.. Urine.. Nampak? Tak Nampak? Ooo sebab dah dibersihkan. Tapi kuman yang ade kat situ? 100% bersih?
Ni ha, korang google la sendiri monster-monster yang boleh MEMBUNUH anak kalian menurut otai bius kami Dr Mohd Sany;
Tak sayang anak-anak? Biarkan diorg bergolek gelantang atas kuman-kuman tu? Maaf saya pakai bahasa pasar. Hospital bukan tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit. SEMUA PENYAKIT ade kat sini. Anda sebagai cerdik pandai bawak anak-anak untuk mencari penyakit. Then bawak balik dan kongsi dengan yang lain?
Sy sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama kanak-kanak. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat.
Penyakit disini bukan calang-calang. Dan kebanyakkanya sangat tinggi risiko yang membawa maut kepada ANAK anda!!
Selepas melahirkan anak, ibu mula rasa bimbang dan takut-takut untuk membuang air besar. Semuanya kerana rasa khuatir untuk meneran selepas jahitan melahirkan anak.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku dan kerana itulah ibu bersalin disarankan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berpantang. Menjadi satu kerisauan bila mana sayur yang diambil membuatkan badan jadi ‘berangin’.
Jadi sayur apa yang boleh dimakan dan baik untuk badan? Hello Doktor kongsikan tip untuk pemilihan mama ketika berpantang.
Berikut merupakan antara sayuran yang baik untuk ibu selepas bersalin:
Kangkung
Mungkin anda pernah mendengar bahawa kangkung tidak boleh dimakan semasa berpantang kerana boleh menyebabkan badan berangin?
Namun sebenarnya, ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ini kerana reaksi tindak balas setiap individu adalah berbeza.
Ini bermakna, anda boleh makan sayur kangkung ketika berpantang. Malahan pengambilan kangkung dikatakan boleh membantu pengeluaran susu ibu dengan berkesan.
Selain itu kandungan zat besi dalam kangkung turut boleh membantu menambah kekuatan dan mencegah anemia selepas bersalin.
Bayam
Sayuran berdaun hijau seperti bayam amat bagus untuk diet selepas bersalin. Ini kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta tinggi vitamin B. Bahkan sayur bayam untuk ibu berpantang ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai hidangan wajib ada.
Ia juga mengandungi antioksidan, serat, zat besi, magnesium, kalium dan kalsium. Bayam merupakan sayuran antiradang yang kaya dengan zat besi dan berfungsi membantu mengurangkan gula dalam darah.
Tomato
Berfungsi membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Malah tomato adalah sumber makanan utama likopena antioksidan – yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Di samping itu, tomato juga dapat mengurangkan tanda regangan (stretch marks) serta pigmentasi. Kandungan air yang tinggi dalam tomato bersama serat amat bagus untuk membantu mencegah sembelit – antara isu penghadaman sering dialami wanita selepas bersalin.
Lobak merah
Lobak merah yang mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6 dan vitamin C ini terkenal kerana kebaikannya untuk fungsi mata.
Tetapi buat ibu selepas bersalin, sayuran ini sangat sesuai dijadikan menu makanan berpantang kerana ia dipercayai membantu mengurangkan nafsu makan. Kesannya, ia membolehkan berlakunya penurunan berat badan.
Pengambilan sayuran ini juga membantu meningkatkan tahap beta-karotena ibu dan susu badan. Selain itu pendedahan rasa lobak dalam susu ibu boleh meningkatkan penerimaan lobak merah oleh si kecil apabila mereka mula mengambil makanan pejal.
Lobak juga dianggap sesuai sebagai sayur untuk ibu berpantang caesar kerana ia membantu membaiki tisu yang rosak dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
Peria
Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit.
Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.
Brokoli
Seperti lobak merah, sayur ini turut menawarkan manfaat kepada kesihatan mata kerana kandungan lutein dan vitamin A.
Mempunyai kandungan serat yang tinggi, brokoli sangat bagus diambil sebagai sayur untuk ibu berpantang yang berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit.
Kandungan kalium dan magnesium di dalam sayur ini turut berfungsi mengawal tekanan darah.
Lobak putih
Sama seperti lobak merah, lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan. Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih juga amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.
Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.
Jadi, tidak kira apa pun sayuran yang diambil, ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas tubuh anda. Misalnya walaupun brokoli mungkin memberikan manfaat dan bagus sebagai sayur untuk ibu berpantang tetapi sekiranya ia menyebabkan ketidakselesaan seperti perut kembung atau berangin, sebaiknya pilihlah sayuran lain.
Roti Mayo Keju Tarik ialah snek mudah dan lazat menggunakan roti, mayonis serta keju mozzarella. Ikuti resipi lengkap dan petua untuk hasil lebih rangup serta berkeju.