
Golongan ibu yang menghadapi masalah penyusuan diseru supaya lebih berhati-hati dengan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kaunselor laktasi atau ibu menyusu di media sosial. Dalam keadaan emosi yang rapuh dan keinginan kuat untuk menyusukan bayi dengan sempurna, ramai ibu mudah terpedaya dengan individu kononnya ingin membantu, tetapi sebenarnya mempunyai niat tidak baik.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dikenali sebagai ‘Farid’ yang didakwa menyamar sebagai kaunselor laktasi untuk mendekati ibu-ibu menyusu. Lelaki berkenaan menggunakan nama dan pendekatan profesional kononnya untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik penyusuan, tetapi kemudiannya menghantar mesej berunsur lucah serta soalan tidak sopan berkaitan tubuh wanita.
View on Threads
Kaunselor Laktasi Bertauliah, Nad Masrom, mendedahkan wujud kes di mana individu tidak dikenali berjaya memperdaya ibu menyusu sehingga sanggup berkongsi gambar bahagian tubuh atas alasan untuk mendapatkan nasihat penyusuan.
“Kaunselor penyusuan atau ibu yang ada masalah penyusuan, hati-hati! Golongan macam ini boleh menyamar jadi ibu ada masalah atau kaunselor yang (kononnya) nak bantu,” katanya dalam satu perkongsian di akaun Threads miliknya.
Menurut Nad, individu seperti ‘Farid’ ini bijak memanipulasi emosi ibu yang sedang tertekan atau kecewa kerana menghadapi masalah penyusuan. Mereka menggunakan bahasa lembut dan berpura-pura prihatin bagi menimbulkan rasa percaya sebelum mula bertanya perkara yang tidak senonoh.
Nad menegaskan agar semua ibu sentiasa mengutamakan keselamatan dan maruah diri ketika berurusan dalam talian. Kaunselor laktasi sebenar tidak akan meminta gambar peribadi atau melakukan konsultasi melalui mesej peribadi tanpa prosedur rasmi.
Ibu selepas bersalin sering berada dalam keadaan emosi yang sensitif dan terdedah kepada tekanan, terutama apabila berdepan cabaran menyusukan bayi. Rasa kecewa dan putus asa boleh membuatkan mereka mudah percaya kepada sesiapa yang tampil dengan kata-kata lembut dan menawarkan pertolongan.
Oleh itu, sokongan suami dan keluarga sangat penting untuk membantu ibu mengharungi fasa awal penyusuan dengan tenang. Suami boleh menjadi pelindung dengan menasihati pasangan agar tidak mendedahkan hal peribadi atau berbicara dengan individu tidak dikenali di media sosial.
Perjalanan penyusuan sememangnya mencabar, namun jangan biarkan keinginan untuk berjaya menyusukan anak menjadi pintu kepada ancaman siber. Dapatkan bimbingan daripada sumber sahih dan profesional, bukan daripada individu yang meragukan niatnya.
💗 Mama, jangan mudah percaya pada orang yang mengaku pakar. Maruah dan keselamatan diri jauh lebih penting daripada segala-galanya. Dapatkan bantuan hanya daripada kau
BACA LAGI : Ibu Menyusu Bukan Mengada-Ngada, 6 Perubahan Emosi & Fizikal Yang Suami Perlu Faham