Wanita terlihat lembut dan lemah, tetapi sebenarnya tidak. Sekali hatinya terluka, smpai bila pun sukar untuk mengubatinya. Mungkin luka itu sembuh, tetapi parutnya akan terpahat selamanya.

Sama seperti luahan hati isteri ini. Pedihnya terasa, suami menduakannya. Bahkan ibu mertua juga tidak berpihak kepadanya. Sedih apabila kedudukannya sebagai isteri diperlekehkan.

Ikuti luahan hati isteri ini.

Kenalkan nama, saya Sumaiyah. Seorang isteri yang mempunyai 4 orang anak. Berumur 30an. Perbezaan umur dengan suami 8tahun. Suami lebih tua dari saya. Saya berkahwin muda ketika berumur 22 tahun. Kami boleh dikatakan sweet couple oleh orang keliling kami.

Apa yang dilalui oleh kawan confessor dilalui sama dengan saya, yang mana suami baru terkantoi dalam 5 hari lepas. Sebelum penulisan dibuat, banyak kali saya memikirkan ianya mengaibkan suami atau tidak. Ini kali pertama saya meluah dalam facebook.

Ada Lebih Dari 1 Handphone, Untuk Berhubung Dengan Perempuan Lain

Sebelum ini, nak tag atau share di facebook tentang suami juga tak pernah. Tapi untuk bercerita dan meluahkan, saya memilih untuk menulis. niat tidak lebih dari itu. Suami yang saya sangat percaya, mempunyai handphone lebih dari satu dan menyimpan handphone di dalam kereta.

Setiap kali pergi ke kerja atau outstation dia akan guna dan bawa hp tersebut untuk bermesej dengan perempuan yang lebih dari satu. Yang sorang ex-gf nya yang hampir 15 tahun die kenal. Yang tidak berkahwin dan seorang lagi perempuan yang bekerja dengan adiknya, seorang janda anak 4.

Ini bukan kali pertama dia menipu saya, ini kali ke berapa kali saya ditipu. Dari mengandung anak pertama hingga anak ketiga. Dan tempoh perkahwinan hampir 10 tahun. Kalau ikutkan hati kali ini, memang saya memilih untuk bercerai memandangkan kewangan saya dah mencukupi dan saya dah reda tiada jodoh.

Ibu Mertua Menangkan Anaknya, Saya Dituduh Perampas

Cuma beza dari story confessor sebelum ni, ibu mertua saya sangat melukakan hati saya. Setiap kali tahu kami bergaduh, dia akan menangkan anaknya yang dah hampir umur masuk ke 40an tu. Setiap kali gaduh dia akan cakap, saya merampas anaknya dari perempuan itu yang mana ex gf suami yang dulu. Hubungan ex-gf dan ibu mertua sangat rapat. Kerap memberi makanan dan barang.

Saya tau hubungan suami dan perempuan itu, selepas saya beli baju nikah. Ya, saya tahu saya bukan menantu pilihannya. Cuma saya sebagai menantu sangat sedih dengan apa yang ibu mertua katakan. Sampai sekarang saya masih teringat memandangkan saya record perbualan kami.

Cuma untuk ibu mertua saya, saya hanya ingin meluah rasa, saya sudah mencuba jadi menantu yang baik. Saya sudah cuba menjaga hati suami dan ibu mertua yang saya sayang seperti ibu bapa saya. Setiap kali datang rumah, ibu mertua takkan makan makanan yang saya masak. Hanya minum sahaja.

Belum lagi usik tentang adik2 ipar yang tidak sukakan saya. Mereka akan bercakap dengan kakak ipar yang dorang suka sedangkan saya paling tua dia situ kalau dari segi pangkat, walaupun dari segi umur saya paling muda.

IKLAN
Adik Ipar Suka Malukan Saya, Semua Benda Serba Tak Kena

Saya tau dorang golongan profesional kesemuanya. Saya bukan sebaris mereka. Tapi bukan sebab itu, saya perlu diperli dan dihamun kerana tertidur selepas penat menghadiri majlis (ketika itu saya tengah mengandung ) oleh adik ipar.

Belum lagi adik ipar yang suka screenshots segala yang saya update di facebook. Apa yang saya pakai menjadi topik perbualan. Sedangkan apa yang saya pakai, semuanya dibeli sendiri.

Untuk suami saya, dia dah berjanji tidak akan mengulangi semuanya. Saya? Adakah saya percaya? Saya pun tak pasti. Tapi masa akan menjadi pengubat. Saya sentiasa percaya setiap yang keluar dari mulut suami saya.

Saya tak menghukum suami saya, saya melayan dia lebih dari sebelum ini. Saya anggap ini kekurangan saya dekat dia. Mungkin saya berkasaerkerana terlalu penat mengurus anak.

Saya tak nak tau ape die buat sebelum ni, sama sebelum kejadian. Allah yang tunjuk semua ni tanpa saya korek apa yang dibuat selama ini. Saya tidak pernah ambil tau ape yang dibuat sebab saya percayakan dia. Walaupun ibu mertua selalu cakap saya yang kuat jeles.

Saya juga pernah menyuruh suami berkahwin dengan ex-gf nya dan duduk serumah dengan perempuan itu dengan saya. Tapi suami tidak setuju dan tidak mahu berkahwin.

Untuk suami, saya dah cuba jadi yang terbaik. Dengan rupa yang saya ade, dengan umur yang masih muda, saya percaya tidak ada wanita yang sanggup perjudikan masa muda untuk menjaga anak di rumah. Anak- anak kita menjadi orang hebat dan ikut acuan yang awak nak. Belajar ilmu agama, dan bakal menjadi hafidz.

Berkorban Untuk Masa Depan Anak-Anak

Saya berkorban harini bukan untuk siapa2, kecuali masa depan yang cerah untuk anak- anak kita. Saya yang menjaga, mengajar, menghantar mereka ke tuisyen dan sekolah setiap kali awak ke kerja atau outstation.

IKLAN

Saya percaya, Allah maha mendengar. Allah tau yang saya korbankan. Tidak akan ada yang sia2 untuk pengorbanan ini. Harini saya masih tersenyum dan gembira dengan suami dan anak2. Saya percaya walaupun tidak bekerja di luar. Tetapi rezeki saya tidak pernah kurang dan sangat mencukupi untuk saya dan anak2 serta ibu bapa atau kakak dan adik saya ketika susah.

Saya mungkin miskin pada mata ibu mertua dan adik ipar duai saya. Tapi hidup saya tidak sesukar orang lain, sudah cukup untuk saya. Dapat tidur yang tenang tanpa fikir apa2 ,bagi saya masih menjadi rezeki.

Untuk ibu mertuaku, yang selalu memandang rendah padaku, saat ibu memerli saya dalam bahasa english (yang mana dia tahu saya tidak pandai english), saya okay. Ibu mertua ku, selama ini saya yang menjaga cucunya. Sayala menjaga anaknya selama ini.

Ibu mertuaku menganggap saya tidak ada apa- apa, dan selama ini ibu mertua juga menganggap saya nakkan anak dia kerana mereka berharta. Demi Allah. Dari kawin sampailah 5 bulan lepas baru saya menerima nafkah dari suami.

Saya yang sebelum ini pernah bekerja, suami pernah cakap dia tak akan bagi, selagi saya ada duit. Hinggalah baru 5 bulan, selama bertahun kawin, baru saya menerima nafkhah baru-baru ini. Ibu mertua tidak pernah tahu, segala perabot di rumah, baju semua anak saya yang beli, bil elektrik dan bil astro semua saya yang membayar ketika saya ade duit. Tak pernah sekali ibu mertua saya tau.

Suami Seorang Yang Baik & Menjaga Solat

Suami saya masih suami yang baik, makanan dan anak-anak masih dijaga. Masih solat. Cuma saya tak tahu mana silapnya saya sebagai isteri. Saya sebelum ini masih memakai seperti perempuan lain, tapi sejak anak makin membesar saya cuba melabuhkan pakaian saya, tudung saya, mungkin suami rasa lain. Saya faham. Tapi saya hanya cari keredaan Allah.

Saya bertahan demi anak2 yang saya sayang, bertahan untuk tidak menyusahkan kedua ibu bapa saya yang makin tua, bertahan kerana memikirkan kalau bercerai siapa yang ingin menjaga suami saya yang mana lagi 10 tahun hendak masuk umur 50an.

IKLAN

Saya boleh berkorban semua demi orang lain. Sebab saya percaya. Allah rencanakan yang terbaik untuk saya. Mungkin anak akan menjaga saya atau saya dapat menghabiskan masa tua yang tenang dengan anak yang saya sayang.

Ada kala orang menganggap saya bodoh. Saya tau perempuan simpanan, suami atau sesiapa saja mesti gelakkan saya.Tapi bezanya saya mencari reda Allah. Saya tidak mencari musuh dan saya mencari pahala. Saya yakin. Dan sangat yakin. Allah akan memberi hadiah lebih besar dari ini untuk saya.

Kalau sekali pun saya tidak tertulis mendapat kebahagian di dunia. Saya harap dapat disana nanti. Alhamdullilah Allah bagi saya kekuatan hati. Saya tidak lagi menangis. Tetapi lebih kepada redha.

Kawan2 doakan saya ya. Doakan saya menjadi isteri dan ibu yang baik untuk semua orang. Alang2 dah separuh umur, saya akan terus berjuang untuk kelebihan umur yang saya ada untuk bahagiakan semua orang keliling saya.

Buat masa sekarang, saya terpaksa tidak friend dengan semua adik ipar di facebook, bukan kerana saya marah. Tapi untuk mengelakkan saya sedih sebab melihat mereka sentiasa komen dan like gambar ex-gf suami saya.

Saya cuma buat untuk mengelak supaya tidak ada lagi marah dan benci. Cuma masih focus pada anak. Saya tahu mereka semua marahkan saya. Tapi ini sahaja saya ada untuk menjaga hubungan yang sedia rapuh.

Terima kasih ya Allah. Ini ujian hidupku. Semoga dengan kesabaranku, kau angkatlah darjatku ketika pemergianku. Dan menjadi kerinduan yang manis untuk semua yang pernah tidak berpeluang menyayangi ku.

Menantu dan ipar bukan pilihan,

– Sumaiyah (Bukan nama sebenar) via IIUM Confession

Bagi anda yang mempunyai pengalaman atau pengakuan menarik untuk dibuat, boleh klik KONGSI CERITA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI