Ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia setelah dipercayai memakan buah epal yang sudah dilenyek reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Fawwaz Muhammad Fadlan yang berusia sembilan bulan.

Munirah Abd. Rahman, 38, berkata, dia dan suami, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.

Ibu Reda Fawwaz Pergi. Hanya Makan Buah Epal Yang Dilenyek, Bayi 9 Bulan Meninggal

Menurut Guru Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah di Kupang itu, keenam-enam anaknya termasuk mangsa dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sama sebelum ini.

IKLAN

“Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska ada menghubungi, namun tidak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubunginya pula.

“Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.

“Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa,” katanya.

IKLAN

Ibu Reda Fawwaz Pergi. Hanya Makan Buah Epal Yang Dilenyek, Bayi 9 Bulan Meninggal

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, Muhammad Fawwaz yang menangis selepas makan buah tersebut kemudian tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Baling, dekat sini.

IKLAN

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, pemeriksaan tubuh badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Utusan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI