
Seorang ibu mana yang sanggup melihat anak sekecil empat tahun menanggung derita yang tidak tertanggung.
Namun itulah kenyataan pilu yang dikongsikan di laman Facebook baru-baru ini, apabila seorang pengguna media sosial mendedahkan pengalaman ngeri anak kecilnya yang berdepan masalah air kencing bercampur darah.
Lebih memilukan, wajah si kecil kelihatan bengkak dan sedikit kehitaman tanda jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuhnya.
Sedikit cerita pagi ini, air kencing anak umur 4 tahun bercampur darah, muka terlihat bengkak cenderung hitam, ini peringatan bagi kita semua sebagai orang tua tolong berhenti berikan anak-anak minuman atau jajanan yang berperisa atau berwarna,” jelasnya.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama, serta menyatakan kebimbangan terhadap lambakan makanan ringan, minuman manis, serta snek berwarna-warni yang mudah didapati dan sering dipasarkan secara agresif kepada kanak-kanak.
Umum mengetahui bahawa pakar kesihatan sebelum ini sudah memberi amaran tentang bahaya pewarna tiruan, perasa tambahan, serta bahan pengawet yang terkandung dalam makanan dan minuman ringan terutamanya yang dijual secara komersial tanpa kawalan ketat.
ntara kesan sampingan yang boleh berlaku akibat pengambilan berlebihan bahan kimia ini termasuk:
-Masalah buah pinggang dan hati
-Alahan
-Gangguan sistem imun
-Perubahan tingkah laku (hyperaktif)
-Keracunan atau kegagalan organ
Diharapkan perkongsian mengenai kisah air kencing berdarah ini dapat membuka mata ibu bapa di luar sana dan berhenti memberi makanan tidak berkhasiat kepada si kecil anda.
Sebagai ibu bapa yang sayangkan generasi masa depan, jadilah lebih peka terhadap apa yang anda berikan kepada anak-anak.
Sumber: Facebook