Mungkin ramai ibu berhadapan dengan rasa stres melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas anak mula menyembur air liur. Adakah ia saling berkait?

Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut. Mengikut mitos orang lama, ia disebabkan terkena air liur bayi, hakikatnya sebenarnya tiada kaitan langsung!

Stresnya Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak?

Jururawat, Puan Bel Nawhen berkongsi mengenai persoalan rambut di  kalangan wanita semasa hamil & selepas bersalin yang mungkin berlegar dalam masyarakat. Paling parah sekali ialah tidak membasuh rambut selepas bersalin sehingga 40 hari!

SOAL JAWAB TENTANG RAMBUT SEWAKTU HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN

Pada waktu kehamilan ataupun melahirkan akan ada muncul beberapa pertanyaan berkaitan rambut.

Seperti kita tahu, rambut merupakan mahkota kecantikan bagi seorang wanita. Makanya, jika terdapat sedikit masalah berkaitan rambut, adatlah kan kalau kita mencari jalan penyelesaiannya.

Soalan 1
Boleh tak saya mengubah gaya rambut atau mewarnakannya semasa hamil?

Jawapan
Seeloknya elakkan dari melakukan perkara demikian kerana dikhuatiri bahan kimia dari pewarna atau ubatan pengubah gaya rambut itu akan meresap ke dalam pori-pori dan kulit kepala ibu-ibu hamil.

Stresnya Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak?

IKLAN

Soalan 2
Benarkah selama kita hamil, ibu hamil tidak boleh potong rambut kerana bimbang bayi akan cacat?

Jawapan
Tidak ada kaitan antara potong rambut dengan bayi yang dikandung. Ia adalah mitos. Ibu hamil boleh sahaja kalau mahu potong rambut. Baru nampak segar dan kemas kan.



Soalan 3
Boleh atau tidak ibu-ibu baru melahirkan dari mencuci rambut. Benarkah ada larangan dari melakukan perkara demikian selama 40 hari?

Jawapan
Ia tidak benar. Sebenarnya, seeloknya ibu yang dalam berpantang terus menjaga kesihatan rambut. Sebenarnya larangan itu adalah bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi selepas melahirkan contohnya mudah pitam kerana dikhuatiri akan jatuh pengsan di dalam tandas. Cuba bayangkan kalau tak dibasuh selama 40 hari? Bau peluh yang terperangkap tu silap-silap akan buat kita pengsan.

Stresnya Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak?

Soalan 4
Boleh tak kita mandi selepas bersalin. Tak masuk angin ke dalam badan?
Bila waktu yang sesuai untuk mandi?

IKLAN

Jawapan
Selepas melahirkan, kebiasannya badan kita akan cepat melekit dan berbau. Yelah, dah kita guna tenaga kan semasa meneran dan mengeluarkan baby. Memang berpeluhlah semasa meneran tu.

Dengan mandi, badan kita akan berasa segar. Logiknya, badan yang melekit tu akan merimaskan kita kan. Jika tak dibersihkan sisa-sisa peluh atau ketuban bimbang pula kuman mudah menjangkiti kita. Mandi sahaja dengan air suam.

Jika ada larangan bahawa jangan mandi kerap-kerap semasa berpantang, ikutkan sahaja, tetapi sekurang-kurang mandilah sekali sehari dan basuhlah rambut selang 2/3 hari sekali. Saya sendiri mandi dan membasuh rambut saya kerana mahukan keselesaan dan kesegaran. Kemudian, keringkan rambut dengan sempurna.

Stresnya Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak?

Soalan 5
Benarkah air liur yang disembur oleh bayi akan menyebabkan rambut banyak gugur selepas bersalin?

Jawapan
Rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan oleh penurunan hormon estrogen (yang mana semasa hamil ia telah meningkat dan menyebabkan rambut akan tumbuh dengan banyak). Jadi air liur bayi bukan penyebab kepada keguguran rambut.

IKLAN

Mitos mengatakan bahawa dengan mandi/membasuh rambut selepas melahirkan akan menjemput angin meroyan adalah salah.



Meroyan bukanlah disebabkan oleh angin yang datang dan duduk di dalam badan. Tetapi lebih kepada masalah perubahan hormon; masalah peribadi seperti kurang pengalaman dalam menangani bayi bagi ibu yang kali pertama melahirkan selain kurang sokongan emosi dari suami dan keluarga dalam menjaga bayi.

Rujuk:
www.ukm.my/geografia
www.mjphm.org.my/mjphm/journals

Jangan jadi pengotor dengan membiarkan rambut tidak dicuci sepanjang tempoh berpantang. Kebersihan itu sendiri suruhan agama.

#BelNawhen

Sumber: Bel Nawhen

Artikel berkaitan: Bila Baby Mula Menyembur & Buat Bising, Mama Papa Kena Chill. Ada 5 Kebaikan Anda Perlu Tahu


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI