Kematian adik Adam Rayqal minggu lalu, benar-benar buat semua orang sedih, kerana cara kematiannya begitu menyayat hati. Percayalah arwah dah tunggu ibu ayahnya di syurga.
Kes arwah Adam Rayqal dah kira selesai selepas polis berjaya menahan pengasuhnya tapi bagi seorang ibu yang turut kehilangan anak pada April lalu masih tidak berputus asa dan mencari keadilan untuk anak syurganya itu.
Mereka mempunyai persamaan. Punca kematian mereka adalah sama, disebabkan HENTAMAN PADA OBJEK YANG TUMPUL DI KEPALA! Tapi sekurangnya ibu ayah Adam telah berjaya mendapatkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Adam dan inshaAllah keadilan akan berpihak kepada mereka.
Tapi nasib aku dan suami sebaliknya, walaupun hasil post mortem sudah tunjukkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Aisy tapi untuk mendakwa si polan bukan senang. Kami perlukan bukti yang kukuh untuk jatuhkan pertuduhan tu. Semua atas usaha pihak berkuasa untuk membantu kami.
Perkongsian Puan Julia Rahim yang kehilangan anaknya, Nur Aisy Binti Mohd Ikhwan pada bulan April lalu, ramai orang di luar bertanya “Macam mana dengan kes anak kau, Julia?” Sukar untuk aku jawabkan sebenarnya. Sebenarnya masih dalam siasatan (Entah la nak siasat macam mana lagi kan. Bukti dan statement aku dan suami memang sehabis baik kami beri kerjasama). Mungkin kami bukan di kalangan orang yang berpengaruh untuk dapat perhatian dari mereka.
Ads
Bila kami cuba untuk share di media sosial, pelbagai suara-suara sinis yang keluar kononnya kami masih tidak redha?? Allahuakbar! Sedangkan niat sebenar aku dan suami untuk membuka mata orang di luar supaya kes macam ni harap tidak berulang lagi. Dan kami cuba untuk mendapatkan keadilan untuk anak kami kerana kuasa viral juga memang sangat-sangat membantu sebenarnya. Sebab apa, sebab kerjasama orang di luar dan pihak sepatutnya akan cuba ambil perhatian dan tindakan yang cepat.
Aku dapat rasa apa yang ibu bapa Adam rasa. Sedih, sakit, geram, kecewa dan macam-macam lagi perasaan ada dalam diri kami. Orang di luar mudah untuk berkata-kata, tapi orang yang menanggung tak payah cakaplah.
Cuma aku boleh kongsikan jika benda berlaku kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali berputus asa untuk mendapatkan keadilan bagi anak mereka. Sebab anak kita dah korbankn keseluruhan kesakitan mereka untuk kita. Dalam Islam pun kita dituntut untuk dapatkan kebenaran itu. Aku memang tak terkesan dengan kata-kata orang sekarang ni. Cakaplah apa yang mereka nak cakap, “Yang hilang tu anak aku, bukan anak kau!”
Sakit beranak ini pun tak habis lagi, kau nak suruh ‘maafkan orang tu” walhal orang itu tiada sebarang pengakuan, tiada sebarang perkataan “MAAF“. Yang ada hanya statement untuk menyalahkan aku dan suami dengan apa yang berlaku ke ats Aisy!
Ada lagi yang tanya pada aku “Kau tak cuba ke slow talk dengan dia?” Allahuakhbar! Sepanjang arwah Aisy di wad, aku cuba untuk bertanya secara baik dengan si polan. Bukan setakat itu sahaja, aku “MERAYU” kepada si polan supaya berterus terang dan berlaku jujur sebab dalam kepala otak aku, tak sanggup nak tengok Aisy di post mortem. Tapi si polan tetap bekeras dengan jawapan dia “TAK TAHU!“.
Ads
Tetapi bila pihak berkuasa share dengan aku apa keterangan si polan ini, baru aku tahu dia cuba untuk putar belit salahkan kami. Sedangkan terang-terang pagi itu anak aku memang sihat. Ada juga video pagi tu memang anak kami dalam keadaan yang sihat dan aktif dan tiada unsur dia terjatuh dari tangan kami.
Memang kau boleh lari si polan. Kau boleh cuba untuk rahsiakn semua ini, tetapi setakat kau boleh menipu semua ini, akhirnya kau akan kecundang juga dengan putar belit kau! Trauma aku tak payah cakaplah sampai ke saat ini aku memang selalui terfikir macam manalah keadaan Aisy ketika itu.
Sakitnya anak aku, kenapa si polan tak nak call aku. Kenapa perlu dirakam video dengan niat untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Kenapa biarkan Aisy dalam keadaan yang sangat-sangat sakit macam tu? Kejamnya kau. Aisy tak bersalah dengan kau, sampai hati kau boleh buat macam ini pada anak aku??
Ads
Aku tahu, sekarang ini kau pun pura-pura untuk hidup dalam keadaan tenang. Walhal hati kau memang tak tenteram pun tambah-tambah sekarang isu baby Adam ini hampir sama dengan kejadian Aisy! Korang rasa dia boleh tenang ke? Setakat mana kau boleh abaikan? Setakat mana kau boleh diam? Silap-silap benda ini boleh makan diri kau juga. Jadi tak perlulah kau nak update sangat status yang berunsur muhasabah untuk diri orang lain.
Jadi status ini aku public kan supaya kau boleh baca dan hadam apa yang aku rasa supaya kau sendiri rasa tak tenteram. Jadi kau kena ingat aku tak akan behenti untuk dapatkan keadilan untuk anak aku walaupun makan bulan, makan tahun untuk memperjuangkan kebenaran ini. Kau kena pegang semua ini ye.
Jangan ingat tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa kau boleh jalani hidup macam biasa. Kau tak tahu kesan yang berpanjangan aku dan seluruh keluarga tanggung terutama sekali untuk Fatihah dan Imani yang tak henti bertanyakan Aisy dan cuba untuk faham apa yang sebenarnya berlaku ke atas adik mereka.
Jadi jangan pertikaikan redha aku! Apa yang aku buat semuanya untuk segala pengorbanan anak syurga aku Aisy! Aku tak akan berhenti dan berputus asa!
Kita biasa mendengar tentang doa. Yang paling biasa dilakukan ialah selepas solat atau tatkla melalui saat-saat yang sukar. Namun begitu, Kuasa Doa juga boleh dilahirkan melalui 4 saluran: hati, pemikiran, perkataan dan perbuatan. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dengan 4 perkara ini agar kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Doa Melalui Hati
Ini adalah niat kita dalam melakukan sesuatu. Contohnya, jika niat kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerana Allah dan demi kasih-sayang kepada keluarga, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa tersebut dengan menjadikan tugas kita ringan, malah menyeronokkan.
Contohnya, apabila kita memasak, kita rasa seronok dan puas melihat keluarga ceria makan bersama, kerana kasih-sayang banyak disalurkan melalui makanan. Begitu juga apabila kita menunjuk-ajar sesuatu kepada anak, kita akan melakukannya dengan sabar dan penuh belas kasihan.
Doa Melalui Pemikiran
Ini bermaksud kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan optimistik, bukannya negatif dan pessimistik Jika kita sentiasa berfikiran buruk tentang anak kita, maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita yakin dan percaya akan kebolehan mereka, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa kita dengan mengurniakan anak yang pandai, bertanggungjawab dan berdikari.
Doa Melalui Perkataan Yang Indah
Perkataan ibu bapa adalah doa. Oleh itu, jauhilah dari bercakap dengan bahasa yang biadap, kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Sebaliknya, gunakanlah perkataan yang baik seperti “Bertuahnya anak ibu!” walaupun tatkala sedang marah.
Jauhi dari melabel mereka dengan perkataan negatif kerana takut nanti ianya akan cepat dimakbulkan Tuhan.
Doa Melalui Perbuatan
Rajinlah membantu orang lain kerana ia seolah-olah kita berdoa “Aku dah cukup bahagia sehingga aku mampu membantu orang lain pula.” Begitu juga apabila kita bersedekah, ianya seolah doa “Aku kaya!”.
Allah akan pasti memakbulkannya dengan memberikan kita lebih kebahagiaan dan kekayaan. Wallaahua’lam.
Berbanding santan kotak, santan segar selalu menjadi pilihan kita untuk memasak. Bagi menyediakan makanan bayi, adalah lebih baik untuk turut menggunakan santan segar.
Ini kerana ia tidak melibatkan sebarang proses pembuatan dan penambahan bahan pengawet yang tidak sesuai untuk bayi. Namun menyimpan santan segar perlu disimpan dengan cara betul. Bimbang tidak tahan lama.
Perkongsian pengguna Tik Tok, @nraffhinsyrh yang menyimpan dalam icu cube ini anda kena cuba. Simple tapi lebih senang untuk memasak.
Untuk baby, sebolehnya gunakan santan segar dalam masakan. Santan kotak kebiasaannya mengandungi bahan pengawet. Simpan cara macam ni lagi senang tau mommies.
Macam biasa, simpan dalam ice cube ni je.
Biasa kalau beli santan nak guna sikit je kan. So buat macam ni la. Senangkan mommies?
Nak letak puri makanan anak, beras dan bubur pun boleh.
Nak pakai ambil je 2-3 ketul. Santan pun tak rosak.
Bila dah bergelar ibu, kerisauan paling utama adalah pada anak. Anak sakit, tak selera makan, meragam atau merengek tanpa sebab akan buat ibu rasa tak senang hati. Sebagai ibu, pastinya kita nak yang baik-baik saja untuk anak.
Bagi ibu yang ada anak kecil, bahasa badan bayi pun dah buat ibu faham apa yang tak kena pada anaknya.
Untuk ibu yang ada anak tak selera makan, boleh buat urutan dibahagian belakang anak.
Urutan Anak Tak Selera Makan
Langkah 1
Selak baju hingga nampak tulang belakang anak
Langkah 2
Urut di tepi tulang belakang secara menaik
Langkah 3
Kemudian turun ke tepi hingga ke bontot
Langkah 4
Ulang selama beberapa minit sambil berdoa moga anak bertambah berselera
Urutan Bayi Kembung
Ibu yang ada masalah baby kembung atau sembelit pula boleh buat urutan I Love You
Cara urutan ini bagi memudahkan bayi mudah buang angin, melegakan kembung perut, membuat bayi lebih selesa dan tidur lebih lena.
Urutan Bayi Cepat ‘Membuang’
1) Mulakan urutan di tapak kaki bayi dan picit di tengah-tengah tapak kaki itu secara membulat.
2) Urut di setiap ibu jari kaki anak
3) Lepas tu urut pula atas tapak kaki
Semoga bermanfaat dan membantu ibu bila ada anak dalam situasi ini. Kadang bila anak tak selesa dia akan merengek sehingga ibu tak tahu nak buat apa. Lepas ni dah boleh praktikkan ye!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.