Tidak terduga apabila mendapat berita tentang bayi yang baru dilahirkan oleh ibu ini rupanya tiada penglihatan sejak lahir. Malah 3 kali detail scan yang dilakukan ketika kehamilan juga tidak mampu mengesan sebarang masalah pada mata bayi comel ini.

Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah masuk hari ke-5 selepas kelahiran bayi ini. Segalanya berubah. Ikuti perkongsian ibu ini

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Baca: “Ya Allah Panjangkan Umur Anakku.” Aafiyah Perlukan Rawatan Masalah Jantung Terbalik

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya disahkan mengandung pada bulan Januari 2020. Rafeeq Zhakeef anak kedua. Ada sorang anak yang sulung, lelaki juga, Rifdan Zameer. Sepanjang mengandungkan rafeeq, alahan semua macam biasa, sama lebih kurang macam abg dia. kira flownya sama je. Cukup kandungan 26week, saya ada buat details scan. Tidak ada apa yang tak kena yang doctor detect. Semua baik-baik je.

Sepanjang saya pregnant pun, tak ada apa yang luar biasa, semua sama macam mengandungkan anak sulung, Rifdan. Saya tak ada kencing manis masa mengandung, tak ada darah tinggi. semuanya normal dan baik-baik sahaja.

Lilitan Kepala Janin Kecil Dibawah Graf Normal

Cuma masa kandungan masuk 36minggu, doktor ada detect lilitan kepala bayi sedikit kecil dibawah graf bagi ukuran lilitan kepala baby yang normal. Maka dari situ saya perlu refer ke hospital sebanyak 2 kali untuk melakukan details scan. Tapi memang tak ada apa yang perlu dirisaukan kata doktor. Seminggu sebelum tarikh bersalin, doktor sarankan saya untuk warded awal, untuk tempoh pemantauan dan diberi tempoh 4 hari untuk bersalin normal. Jika gagal bersalin normal, doktor akan minta untuk melakukan secara pembedahan Czer.

Dipaksa Bersalin

Rafeeq akhirnya dilahirkan secara Czer kerana percubaan bersalin normal gagal selepas jantung Rafeeq mula ada masalah selepas lebih 8 jam doktor pecahkan air ketuban. Tarikh 7 September 2020 (Isnin) jam lebih kurang 8.50pm, Rafeeq selamat dilahirkan secara Czer.

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Bayi Dihantar Ke NICU, Menyusu Tapi Tak Buka Mata

Selepas bersalin, Rafeeq terus dimasukkan ke NICU kerana doktor perlu memantau pernafasan baby. Ketika itu pernafasan Rafeeq laju dan memerlukan bantuan pernafasan. Tapi Alhamdulillah, Rafeeq stabil cuma memang ditahan di NICU dan ketika itu saya diward selepas bersalin. Hari pertama dan hari kedua di ward, saya memang nampak tak ada yang tak normal pada Rafeeq.

Saya melawat Rafeeq sehari 2 kali (Pagi dan petang) itu pun untuk menyusu sahaja dan masanya sangat terhad dengan keadaan Covid-19 ketika itu, masih berjaga-jaga. Sepanjang 2 hari, 4 kali menyusukan Rafeeq, akak tak nampak dan tak teliti apa yang tak kena pada bayi.

IKLAN

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Semuanya dalam keadaan baik, masa menyusu bayi tidur dan tak buka mata.

Masa lahir doctor memang check baby macam biasa. Dalam tempoh dua hari, memang doctor kata belum nampak baby bukak mata. Mata belah kiri ada bukak sikit dan mata belah kanan tak bukak langsung. Awal-awal tu doctor memang bagi masa baby bukak mata dengan natural.

Hari ke-3

Masuk Hari ketiga warded, Pagi (10 September 2020) Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr. Goh menghubungi suami saya untuk berjumpa dengan kami berdua pada jam 5 petang. Kami ke NICU seperti yang diminta untuk berjumpa Dr.Goh.

Dr.Goh memberitahu mereka detect abnormal pada baby. Tapi masa tu masih belum jelas lagi yang Dr.Goh ceritakan. Dia banyak bertanyakan latar belakang dan salasilah keluarga kami, kedua-dua belah keluarga saya dan suami. Dalam perbincangan tersebut juga, Doctor ada tanya tentang environment pekerjaan jika ada terlibat dengan environment chemical. Dan awalnya, Doctor hanya minta doa yang baik-baik.

Doctor menjelaskan tentang situasi Rafeeq dimana sesuatu yang abnormal pada bayi iaitu mata, lilitan kepala dan titik lengkuk pada tulang belakang bayi. Ketika itu saya dan suami hanya mampu doa yang baik-baik sahaj. Kami tak terlintas bahawa bayi kami tiada penglihatan mata.

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Hari Ke-5

Masuk hari ke-5, Rafeeq masih di NICU dan saya sudah discharge. Doktor Pakar Kanak-Kanak menghubungi sekali lagi untuk membuat conference antara saya dan suami, doktor pakar kanak-kanak dan doktor pakar mata.

IKLAN

Hari kelima, baru lebih details dan terperinci yang doc terangkan tentang Rafeeq. Masa conference dalam bilik meeting dalam ward NICU, doc pakar kanak kanak cerita lebih lanjut tentang Rafeeq. Tentang 2 perkara yang lain yg abnormal. Lilitan kepala dan lengkuk di tulang belakang.

Doktor ada beritahu yang mereka hantar sample darah untuk buat ujian kormosam (ujian genetik) untuk beberapa sindrom yang berkaitan dengan mata, kepala dan tulang belakang. Dan bila doctor alihkan pada penerangan doctor mata.

Doctor mata menerangkan yang pembentukan mata Rafeeq terganggu dan mata sebelah kanan Rafeeq bersaiz kecil (mikro) kemungkinan tanpa bebola mata dan mata sebelah kiri kelihatan ada bebola mata tapi pembentukan anak mata terganggu.

Doctor pakar mata Hospital Taiping memaklumkan pada kami suami isteri, yang Rafeeq memang tiada harapan untuk melihat.

Kami suami isteri tergaman (speechless) saling berpandangan.. dan masa tu cuba ada kekuatan bertanya “tidak ada apa cara ke untuk bantu anak saya”. doctor hanya memberitahu usia Rafeeq lebih 6 bulan boleh/akan refer ke pakar mata Hospital Kuala Lumpur untuk pembedahan kosmetik sahaja. (cantikkan keadaan mata).

Masa tu kami suami isteri maklum, memang penglihatan Rafeeq tak ada. Masa tu memang tak ada kata-kata penyambung.. diam je.. sepi.. saling berpandangan.. keadaan masa tu.. macam tak percaya pun ada kami yang hadapi situasi tersebut.. cuma.. tersentak.. bila salah sorang doctor kanak-kanak mula bersuara dengan nada yang sangat pada kami “bermotivasi”.

Ayatnya “ibu, ayah, satu kekurangan anak, tidak bermakna dia hilang segala fungsi, kita masih perlu ajar dan didik anak, ajar berjalan, ajar memegang, ajar segala tentang kehidupan. Ibu ayah jangan risau, kita sama-sama bantu untuk mengajar dan memantau perkembangan anak”

Dan selepas itu, nurse tolak masuk cot baby, dan tunjuk Rafeeq kepada kami. Dengan kuasa Allah swt, segala perasaan sedih risau semua tadi, hilang. Yang ada dalam diri kami kekuatan, “InShaAllah, kami boleh menjaga mendidik anak ini sedaya kami”.

IKLAN

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Penyebab itu doctor tak boleh nak sahihkan, sebab boleh jadi pelbagai sebab. Yang doctor ada terangkan kemungkinan sahaja sebab-sebab terjadinya. Kemungkinan yang doctor ada bincangkan:-

1. Genetik – faktor keturunan, untuk mengesahkan faktor ini yang doctor ambil sample darah baby untuk melalui ujian kormoson.

2. Jangkitan kuman – untuk jangkitan kuman ni, doctor menilai dalam tempoh saya mengandung ada tak terlibat dengan bahan bahan chemical (sebab itu yang doctor tanya environment kerja) – (Suami isteri tak terlibat dengan kerja chemical)

Untuk 2 faktor ini, ikut result yang doctor bagi pada kami, kedua-dua nya negative. Maksudnya, Rafeeq lahir tanpa penglihatan bukan faktor keturunan/sindrom atau jangkitan kuman.

Doctor pun tak boleh nak sahihkan faktor utamanya. Allahu’alam..

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Baca: “Damailah Suamiku, Ramai Doakan Awak.” Perginya Wira Negara & Ayah 4 Anak

Kami terima semua ni secara perlahan-lahan dan Alhamdulillah. Kata-kata semangat dari semua orang, mak abah, adik beradik, saudara saudara, kawan kawan.. memberi kami kekuatan dan keyakinan yang Rafeeq akan baik-baik sahaja. Risau akan masa depan itu ada, tapi kami letak terus kepercayaan kepada Allah swt yang mana sehebat hebat perancang.

Rafeeq Zakheef adalah satu bentuk rezeki buat kami yang mana kami sedar, kami perlu jaga dan asuh sama seperti abangnya, Rifdan Zameer. Kami akan sentiasa bagi kata-kata positif bila dia dah besar nanti, beri kasih sayang sama banyak dengan yang lain dan dia perlu yakin dengan diri sendiri kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing.

“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

Rafeeq Zakheef, bermaksud “yang baik, yang membanggakan”. InShaALLAH, Rafeeq anak yang baik anak yang akan membanggakan umi abi dan keseluruhannya. Rafeeq anak yang hebat. Ramai yang sayangkan rafeeq. Jadi anak soleh ye, berbakti dan memberi manfaat yg baik untuk semua. Allah SWT ada dengan kita.

Kredit: Rozaila Radzali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI