Tragedi yang berlaku pada Oktober tahun lalu menjadi ingatan seumur hidup buat seorang ibu, Umi Kalsom Md Saleh, 35, apabila anak lelakinya, Muhammad Izz Rayyan, 5, melecur dari pinggang ke kaki akibat terkena minyak panas.

Berlaku sekelip mata

Menerusi laporan mStar, kejadian yang berlaku pada Izz Rayyan itu dalam sekelip mata sahaja ketika pekerja sedang melakukan proses penukaran minyak masak.

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

Berkongsi kisah itu, Umi Kalsom memberitahu kejadian berlaku di kedainya di Rengit, Batu Pahat. Saya berniaga kuih bangkit dan dalam masa sama turut berniaga ayam goreng. Ketika itu pekerja nak tukar minyak sisa gorengan ayam kepada minyak baru.

“Minyak yang panas itu dituang dalam periuk dan diletakkan di atas lantai. Belum sempat nak angkat ke atas meja, Rayyan kebetulan lalu dan entah macam mana, dia terjatuh dan terduduk dalam periuk berisi minyak panas itu.

“Ketika itu saya ada urusan di luar, hanya ada ibu dan pekerja di kedai. Masa dia jatuh, ibu kata Rayyan cuma menjerit kesakitan tapi tak menangis.

“Bila dapat panggilan daripada pekerja, saya ingat terpercik minyak saja. Tapi bila mereka beritahu keadaan Rayyan, rasa macam nak gila,” kongsinya.

@sitirayafood Anak bertuah mama,Alhamdulillah kini Rayyan da sembuh..masih jalani followup hospital lgi#RAYYAN #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – M H A S – musicworld

Guna kulit bahagian belakang, tampal tempat melecur

Menurut Umi Kalsom, kulit anaknya melecur 19 peratus iaitu daripada bahagian pinggang ke bawah.

Tambahnya, disebabkan kecederaan tersebut, anaknya terpaksa menjalani pembedahan ‘skin graft’ di mana kulit bahagian belakang badan terpaksa diambil untuk ditampal pada kulit yang rosak akibat lecuran.

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

IKLAN

“Empat minggu Rayyan dirawat di hospital dan saya turut berkampung di sana untuk menjaganya. Memang detik yang sangat sukar lihat anak kecil sakit, tambahan pula suami bertugas di Dubai ketika itu.

“Rayyan ni anak yang kuat, dia tak banyak mengadu sakit. Yang betul-betul nampak dia rasa sakit hanya lepas kesan bius hilang ketika hari pembedahan.

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

“Namun saya bersyukur, tak henti-heti orang doakan kesembuhan Rayyan. Malah kawan-kawan dan penduduk setempat turut buat solat hajat,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

Beransur pulih 

Kini empat bulan sudah berlalu, Umi Kalsom mengakui keadaan anaknya sudah mula beransur pulih dan mampu melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain meskipun pergerakannya sedikit terbatas.

“Rayyan dah boleh berjalan perlahan-lahan, boleh ke sekolah dan bermain. Alhamdulillah lega tengok keadaan Rayyan sekarang. Kini Rayyan perlu follow up setiap bulan.

IKLAN

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

“Tapi saya akui kami berdua masih trauma. Doktor pernah cadangkan saya bawa Rayyan bertemu pakar psikiatri sebab dia kerap mengigau ketika awal-awal insiden dulu. Tapi sekarang dia dah okay.

“Saya pun sangat trauma, sehinggakan tak berani lagi nak tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai hingga sekarang. Saya memang sangat protective tak bagi anak-anak ke kawasan dapur dah.

“Selepas kejadian, saya ambil keputusan untuk tutup terus kedai ayam goreng. Hanya kedai biskut saja beroperasi,” ujarnya lagi.

Harap jadi peringatan bersama

Menurut Umi Kalsom, perkongsian kisah Rayyan yang dibuat di aplikasi TikTok baru-baru ini hanyalah sekadar mahu mengimbas tragedi pahit tahun lalu dan dalam masa yang sama mahu mengingatkan ibu bapa di luar sana agar peka dengan anak-anak.

“Kita faham anak-anak kecil memang tengah lasak, jadi kena awasi kawasan yang boleh mendatangkan bahaya.

IKLAN

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

“Keduanya andai kata kes macam ni berlaku kepada sesiapa selepas ini, siram bahagian tubuh yang melecur dengan air dan biar mengalir. Jangan lumur apa-apa, tapi siram air.

“Kita tak minta tapi dah tertulis benda nak jadi. Ini ujian untuk kami dan mungkin teguran untuk saya sebagai ibu. Namun pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.

“Yang penting kena reda dan tawakal,” katanya lagi.

Kredit: mStar & TikTok @sitirayafood

Ibu Trauma Anak Melecur Pinggang Ke Bawah Selepas Terduduk Dalam Minyak Panas

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI