
Dalam usaha memperkasa peranan ibu tunggal di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan secara rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 menerusi satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung pada 15 Julai 2025 bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan serta kebolehupayaan golongan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai wanita khususnya ibu tunggal yang menjadi mangsa keengganan bekas suami mematuhi perintah tersebut, sekali gus memerlukan sokongan guaman untuk menuntut hak mereka.
Turut mencuri perhatian pada majlis peluncuran rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 itu ialah selebriti terkenal, Nur Fazura, yang tampil anggun dan bersemangat menyokong inisiatif tersebut. Kehadirannya bukan sahaja menyerikan suasana, malah menjadi simbol solidariti dan inspirasi buat para ibu tunggal yang hadir. Aura positif serta komitmen Fazura dalam memperjuangkan isu wanita jelas terpancar, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon wanita Malaysia yang disegani.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis bermakna ini. Menurut beliau, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan aura pemerkasaan wanita, khususnya para ibu tunggal yang sering kali menjadi tulang belakang keluarga tanpa disedari ramai.